Wednesday, April 06, 2011

Mohd Ishak Bin Mustapha Kamal

Mohd Ishak Mustapha Kamal.





Seorang sahabat saya yang telah pergi selama-lamanya pada pagi Ahad, 20 Mac 2011 akibat barah sistem limfa.

Saya mengenali arwah pada tahun 2004/2005. Waktu tu, saya masih lagi seorang volunteer di Petrosains. Saya masih ingat lagi, pertama kali saya berkenalan dgn arwah, sewaktu arwah masih dalam On Job Training (OJT).

Waktu tu, saya ditugaskan di stesen/section Diorama. Saya sebagai volunteer 'lama', share bits and pieces of knowledge that i have on that station with him.

Memula, rasa menyampah pun ada sbb dia ni mcm poyo sket. Asik2 menyampuk je bila org kasi explaination on things. Inspite of that, he still wants to learn n able to cracks some jokes wif me as if dah lama kenal dia eventho that's the first day we met.

N dia mmg cepat mesra dgn semua org, including saya jugak. And after that, kadang2 kitorang akan ditugaskan dlm station yg sama.

Until a few months later, ada satu school holiday program yg makes our friendship becomes better.

Me, ishak n a few other volunteers (hadi, shafiq, nuril, faten, farah, shahril, shima, etc) were chosen to be the volunteers to conduct the school holiday program workshop.

Because its a new program, so, the training takes longer time than the usual training for other programmes. One month.

Dlm masa sebulan tu, kitorang semua (about 10 of us) berkurung dlm training room, testing d lego mindstorm set n try to familiarise with d system as much as we can.

Masa tu lah kitorang semua get to know each other more. In our group, Is lah yg paling menonjol. Dia n perangai gila2 dia tu. Always manage to makes everyone laughs and we laughs so hard, selalu sampai kuar air mata sbb gelak.

Antara benda2 gila yg dia buat, dia bc instruction on how to operate d lego set tu (in english), gaya mcm org tgh mengaji. Siap letak jari kat telinga n tone suara mcm mengaji. We were like, Is bongokkk!! Tapi lps tu, ramai2 bantai gelak tak kering gusi.

Kalau bosan2, dia ajak menari reramai dlm training room tu. Dan kitorang sengaja menari gila2 kat dpn cctv yg komfem, polis bantuan boleh nampak. Pastu gelak tak ingat dunia.

Lagi, main truth or dare. Antara yg dibuat, paksa faten turun sliding tube, kepala yg turun dulu. Faten tu chubby2 sket. Bila buat mnda tu, mmg bantai gelak tak ingat lah..

And many2 more keletah Arwah Is yg kadang2 tu, buat pening kepala nk layan. He's like that. Able to lighten up n cheer up d mood in where ever the place he is at that time. Ada masa2 serius, tapi, most of the time, its cheerful moments.

Never ever ada kenangan yg kurang atau tak menyenangkan kalau dgn arwah Is. Kekadang tu, dia ada gak cerita masalah dia pada saya n jugak kitorang sumer2, tp tak pernah sebagai sebab nk buat alasan utk cari simpati kwn2nya.

Dia cerita sumer masalah dia tu pun sbb kitorang paksa dia cerita. Kalu tak, mmg takkan keluar dr mulut dia apa2 psl masalah dia.

Banyak sharing session n luahan perasaan tu happens durig 'the truth or dare' games yg kitorang buat selalu.

He's also very professional. Sangat suka tgk dia mengajar participants2 lego. Sabar n cara pengajaran dia tu, simple n seboleh2nya, dia akan buat semua org faham.

At the end of d workshop, mmg penat, mmg sangat obvious sbb physically n mentally, semua volunteers yg involved dlm workshop tu kepenatan.

Being Ishak, he manage to make us forgets all those tiredness n cheer us up dgn gaya gila2 dia tu.

Memula, dia memang ada ckp pd saya yg dia berminat nk jadi facilitator kat petrosains sbb mengajar/facilitate org adalah menda yg dia suka.

Tapi maybe takde rezeki dia bekerja kat petrosains. Jawatan terakhirnya ialah lecturer di salah satu kolej kat shah alam. He manage to work in the field that he loves to do. To teach other people.

Kali terakhir saya jumpa arwah, sewaktu malam harijadi saya. Nov tahun lepas. Saya, arwah Is, nuril, Teesilia, idayu n aidil berkaraoke dia pavilion. Mmg sangat obvious yg arwah nampak tak sihat. Badannya panas, dan arwah batuk2.

Saya dan kwn2 lain tak suspek langsung yg arwah ada penyakit yg serious, lebih2 lagi kanser. Saya bising2 gak malam tu, suruh arwah berhenti atau kurangkan merokok sbb arwah mengadu dah lama batuk n sakit tekak.

Sebelum ni, kalau diajak berjumpa beramai2 camtu, selalunya arwah tak dpt dtg sbb ada urusan lain. Tp mlm tu, arwah dtg juga walaupun tak berapa sihat.

Akhir tahun lepas, mama arwah meninggal dunia. Arwah selalu bercerita tentang mamanya pada kami waktu training lego. Arwah sangat sygkan mamanya.

Dlm 3 minggu lps, saya diberitahu sahabat baik arwah yg arwah Is dimasukkan ke hospital sebab doc ada jumpa ketumbuhan dia lehernya - kanser.

Akhirnya, pada pagi tadi saya mendapat khabar arwah sudah tiada lagi. Innalillahiwainnaillaihirojiun...

Allah lebih menyayangi arwah. Lebih kurang 80hari arwah ishak menyusul selepas meninggalnya ibu arwah.

Kami semua terasa sangat2 kehilangan arwah. Walau usianya singkat, tapi arwah berjaya memberi impak yg sangat bersar pada sesiapa yg bertuah yg dpt mengenali arwah.

Semangat arwah, sikap yg sentiasa positif, auranya yg menyenangkan dan segala2 mengenai personaliti arwah yg sangat2 disenangi rakan2nya termasuk kami.

Saya dan empat rakan yg lain (nuril, aidil, shafiq n farah), sempat melawat arwah selepas mayatnya dibawa pulang.

Sayu dan sangat hiba bila saya melihat jasad seorang sahabat saya terbujur kaku di tengah2 rumah. Rupa arwah sangat bersih. Dia kelihatan seperti org yg sedang tidur nyenyak. Sangat tenang. Menitis air mata bila mengenangkan kenangan yg saya, arwah dan rakan2 yg lain dah lalui bersama2.

Tak ada lagi Ishak yg kedua. Ada di kalangan kawan2 arwah yg memanggilnya boy. Tapi kami selesa memanggilnya Is atau Ishak.

Bila saya membaca wallpost arwah di FB ni, dari anak2 didik arwah dan rakan2nya, mengalir lagi air mata. Begitu ramainya yg sayangkan dan sukakan arwah. Tak kira kaum. Saya sangat tersentuh.

Ya Allah.. Ampunkan dosa2 sahabat kami ini ya Allah. Permudahkan hisab amalnya, lapangkan kuburnya, hindarkan dan peliharalah dia dari siksa kubur, tempatkan dia dikalangan hamba-hambaMu yg beriman, payungi dan naungi arwah dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu. Ampukan dosa-dosanya Ya Rahman.

Ishak, kami sangat-sangat merindui gelak tawa dan keletah kau Is. Terlalu awal kau pergi. Kami sangat2 sayangkan kau. Ishak, semoga rohmu tenang di sana. Amin amin ya Rabbal alamin...

Mohd Ishak Bin Mustapha Kamal
(30 Apr 1984 - 20 Mac 2011)

notakaki: Note ini ditulis pada (Sunday, March 20, 2011 at 11:48pm). Pada malam arwah meninggal dunia. Asalnya,, saya postkan note ni kat dalam FB saya. Dah lama berniat nak postkan menda yang sama dalam blog saya ni. Cuma tak berkesempatan...

Al Fatihah...