Friday, November 12, 2010

R.I.P Facebook?

Salam semua.. =)

Entry sblom ni, aku cakap pasal aku deletekan akaun Myspace aku. Dah wassalam dah menda tu. Entry kali ni nak cakap pasal social network yg paling digilai rakyat Malaysia, hatta PM tu pun sibuk dok suruh org2nya reach out to people with this one method.

Kali ni, aku cadang nak delete akaun Facebook aku plak. Dalam list of friends, now I have roughly 400 people. Out of that, dalam 90% aku kenal personally dalam real world. Kawan2 skolah, kolej, keje, kawan2 sekarang ni. 

Lagi 10% tu, tak kenal. Baru nak kenal2 kat FB. Manatau kot2 leh wat skandal ke (brani mati kuar statement ni), carik jodoh ke, hapa ke.. hahahah... =P

Dan aku ni plak, sangat la rajinnya nak hapdate status and komen2 status orang kat situ. Carot2, kutuk2, keji2, kasi kata2 semangat, wish besday, macam-macam lagi la.. Hehe...

Anyway, semalam aku tergerak ati nak suspend akaun FB aku. Kejap.

Alasan? Takde pape alasan yang spesifik. Aku just nak buat je. Just Do It bebeh~ Pastu ada la timbul speku-speku (spekulasi) sisi yang cam hareeemmm dan jugak keriangan some of kawan2 aku...

Contohnya - "Why did you suddenly delete your account? Are you trying to avoid someone?"

"Have you done something sinister in there and you wish other people didn't know about it?" [Biadap sangat opismate aku yg wat speku ni... cakar ngan garfu mau?]

"Yay! Lepas ni bole la kitorang kutuk you kaw-kaw dalam FB tu. Carot2kan you puas2.. ahahahhaha" (Kan!! Suka kaw kan! Jawapan beta - "Heleee... takpe... I'll be oblivious to whatever happening in FB after this... So, tak kessaaaahhh. Hahahahah..")

"Halaaa.. kenapa you delete akaun you.. tak best laaaa..." [My respond untuk ni - "Duhh... like I'm no longer contactable la kan? My phone is still functional la. You bole sms or call me. Bukannya I cut off totally pun. Lain le kalu mati dah.. Memang takde apa2 connection ngan duniwai ni lagi la.. hahahaha..."]

Well, aku bukannya delete akaun tu forever pun. Sementara je. Nanti bila aku da rajin nak login balik, aku just login je la.. Check kat Google, katanya kalu deactivate account, dalam masa 2 minggu akaun tu still ada. Kalu nak reactivate balik, just login macam bese je. Senang.

Initial plan is to suspend my account for about one week. Date suspension starts from 11/11/10. Tengok la nanti macam mana. Kalu withdrawal syndrome tak kuat sangat, I think I can survive without FB for about 1 week. 

Haritu masa tak dapat main game Mafia Wars & Farmville kat FB, perghh.. Gila pelik rasanya. That's withdrawal syndrome. Hahahah... 

Sekarang ni kene hati-hati sebab takleh ada accidental login kat FB tu. Kalu tak, akaun akan active balik. Aku da link-kan akaun Foursquare aku kat FB. Sekarang ni gila nak mobile check in kat sumer tempat yang aku pegi. 
Kalu naik LRT pepagi pun, kalu bole, setiap stesen yang stop tu, sumer aku nak check-in. Gila nak kumpul point. Hahahhahaha...

Tapi cara keji ni tak dibenarkan oleh foursquare. Katanya rapid-fire check in ke, tah kemende tah. =P

Anyway, kes accidental login ni, kalu aku postkan check-in aku kat FB, system akan otomatik loginkan aku dan subsequently, membatalkan account suspension tu. Sebab tu kene hati2. =)

Anyways, tengok la cemane life without FB ni. Sebelom ni, sehari bole lebih dari 10jam dalam FB (termasuk hari bekeje. Riang ria je login pesbuk dari opis. Walaupun dilarang. Hahahaha...). Lagi2 skang ni da subscribe mobile data plan kat Maxis. Kalu bole, selagi bukak mata, selagi tu nak online FB. Hahahahah...

Lets say, kalau aku berjaya tak login selama 2 minggu, akaun aku akan permanently di delete oleh sistem FB. Well, if that happens, takpe la kot...

Before this, takde FB, idup je... after this, kalu takde FB, rasanya ok je kot. Hehehe... 

Okeh! Semangat! Semangaaaaat!!! =)

Skang ni, FB badge aku kat blog ni tak nampak muka aku lagi dah. Nampak tulisan - FACEBOOK je. 



-Sekiyan- 

p/s: Aku jugak da delete akaun Tagged.com aku. Lepas ni nak delete apa plak eh? Hahahahahah...

Sekarang da tau kenapa ada tanda soal "?" kat title entry kali ni? Sebabnya menda ni bukan final decision lagi. Tengok la cemane ek.. =)