Tuesday, October 19, 2010

R.I.P Myspace

Salam semua...

At last, last week, berjaya jugak mission nak mendelete akaun Myspace aku. Da lama giler niat nak delete. Tapi rasa sayang sangat sebab - 

 1. Banyak giler pic dalam akaun tu. Beratos-ratos ko tau! Kalu ditotalkan, maybe sampai seribu lebeh kot. (Tapi banyak album hide sebab ada pic yg seasonal)

 2. Kalu da banyak picture, banyak la komen2 yg diterima. Especially komen2 untuk pic yg seksi, terdedah sana sini tu. Nakal mereka tu semua... (ahahahah... sendiri yg gatal, tak hengat!) Trust me, giler banyak pic yg separuh ato lebih dari 50% bugil dalam myspace tu. (maksodnya, pic pakai swim trunk yg ketat, pkai spenderr je, etc.)

 3. Banyak gak komen2 yg diterima. Lupa nak wat screenshot untuk komen2 tu. Lebih dari 5,000 komen2 kot. Sebelom zaman Pesbuk, Myspace la pojaan hati. Berkat berjam2 kat mspace tu setiap hati, beribu-riban la komen yg diberi dan diterima.. Yang paling best, ada yg berani nak postkan no tepon memasing dalam komen kat page aku. Aku pulak, tengok mood. Besenya, aku tak publish komen2 tu. Tapi kalu rajin, publish je. Hahahah...

 4. Tiap kalu update status ada je yg komen2. Ada responds. Tu yg buat jadi best tu. Nakal mereka-mereka itu... hakhakhak~ (sekali lagi, tak malu tuduh orang lain nakal. Sendiri tak hengat!)

Tu la dia sejarah aku ngan Myspace. Aku buat akaun tu dari bulan April/May 2007. Last week, delete sudehh~

Bawah ni pic2 kenangan sebelom didelete.. =)

Pic 1 - Tak pasti la bila derang letak feature ni. Tapi profile view aku ada 41k view. (naseb bek profile pic ni nampak muka je. Selamat. Leh tunjuk kat blog ni.. hahaha..)

Pic 2 - Friend list tak seberapa la. Baru 3 riban lebih. Orang lain ada sampai 15 riban kau tau! Gila sosialist! Hahahaha.. Cuma nak cakap kat sini, Pic no 3 yg bernama Orlando tu kawan aku. Dah meninggal dunia. Baek orangnya. Soft spoken dan sangat2 baik. Sebab sangat baik, org selalu amik kesempatan atas dia. Kesian aku dgr citer dia. Selalu gak share stories. Penat gak suh dia lawan balik. Tapi dia takmo sebab dia bukan jenis org camtu. Dia meninggal sebab lung infection. Meninggal dunia pada 3 May 2009. Umo baru 24 taun time tu. Alfatihah untuk Arwah Ejoi. Gosh... I miss him... Hope to see him again soon.


Pic 3 - Rekuest kensel akaun kat Myspace.

Pic 4 - Tetap nak buat verification! Orang nak kenselkan, sukati orang la!


Pic 5 - Dapat email. Kunun cakap - kitorang rasa sebak ko tinggalkan kitorang. Janganla wat camtu sayank...
Ptuih! Hahahhaha.. Bole blah~ Hati suda nekad! =]


Pic 6 -  Masuk sistem penkenselan akaun. Yes!


Pic 7 - Akhernya~! Tidak jumpa lagi akaun Indra Ardnie || nxx7.blogspot.com tu... hehehehe.. Syabas beta! Syabassss!

Monday, October 04, 2010

baru..

Salam Semua...

Hehehe.. penyakit malas da berjangkit2 & semakin meleret2... malas nak hapdate blog segala bagai nehh~

Bulan raya da nak abes.. taun ni memang sangat bestnya raya & puasa. Puasa best sebab da explain kat entry yg sebelom ni. Raya taun ni plak best sebab ada saja invitation open house. Weekdays, weekend. Makan sokmo! Hahahah.. Gemok laaaa~ =P

Open house kat rumah kwn2. Open house kat hotel. Yang penting, kenyang. Alhamdulillah.. =)

Oh yer... Dalam masa sebulan ni, ada a few things yang jadi yang aku nak share kat sini...

At last, after 350,000 viewers or so, aku berjaya jugak access akaun aku yang satu tu dan berjaya delete semua-semua yang berkaitan. Lega sangat-sangat. Dah lama nak delete menda-menda tu. Tapi tak dapat sebab access was blocked by most of the ISP.

Paham apa? Tak paham? Its okay. Pada yang tak paham tu, tak perlu tau apekemendanya. Yang paham tu, wat2 bodo sudeh~ Hehe... =P
Lagi, aku da create an account kat Formspring - website untuk Q&A session. Interbiew la katanya.. Kunun2 berniat nak menjawap sumer soklan yang bakal ditanya dengan sejujur-jujurnya.. So, tengok la cemane nanti.

Formspring aku - www.formspring.me/ardnie

Next, bebaru ni aku beli CD - Last week.Hari Khamis [30 Sept]. CD yang pertama dibeli pada taun ni. =]

Actually takde niat nak beli pun. Time tu tengah tunggu pic passport aku siap kat kedai gambar. Orang kedai tu cakap, siap dalam seploh menet. Sebab malas nak naik ke opis balik, aku merayau-rayau la kat Suria KLCC. Online kjap kat Starbucks, pastu gatai kaki masuk dalam kedai CD.

Nampak a number of CD's disusun kat depan kaunter. Atas meja. (ada diskaun 20% untuk CD yang derang letak atas meja tu.) Belek2 sapakah artis yang terlibat - "Hmmm.. Tak kenal, next! Tak best, next! Dah ada... Next! Lagu bodo.. Next!"

"Eh, CD ni murah! Maher Zain. Hurmm... Sapa ni eh? Rasanya macam penah nampak status update kawan baek aku kat FB (dia ni memang suka menghapdate status yang tahpape. Pastu peminats2 dia berebut komen. Hahahaha.. Matilaaa.. Ikram kene carot dalam blog aku.) not so long time ago. Aku baca sepintas lalu je status dia tu. Katanya lagu Maher Zain best."

Aku nak beli, tapi kompius kejap sebab kat cover CD tu tulis - music version.
What is this suppose to mean? Tanya counter guy tu - "Sekiuz me, errr.. menda ni maksodnya takde vocal ke? Macam karaoke je ke?"

Ye la.. kene la tanya & clarifykan sebab harga CD ni murah compare dengan CD-CD lain. Manala tau tertipu lagi ke. Hapa ke... Sebab 2 taun lepas ada beli CD Kak Siti (whoops! terkantoi! hahaha.. guwe memang beli macam2 CD okeh. Dari Muse ke Maroon 5 ke Celine Dion ngan Mariah Carey ngan Siti Nurhaliza. - sumer ori eh... Aku tak support piracy.) yang murah. RM25 kalu tak silap.

Compilation kununnya. Excited sangat punya pasal, beli je. Tak tanya pun kat counter tu, dan tak belek2 pun. Bila pasang, audio je. Pulak tu, yang tensennya bukan bunyi original music instrument (gitar, drum etc etc) tapi bunyi "ting ting ting" camtu... (Sori, lupak apa version menda alah album tu. Alaaa.. yang lebih kurang sama ngan music box tu. Pusing2kan key-nya, pastu benda tu berbunyi la semenet dua)

Hampeh! 

Tertipu guwe!

Geram! Tak tau mana aku campak CD tu. Hahahaha...
So, kali ni memang tanya bebetul la. Takmo jadi sekalu lagi. Lepas orang tu komfemkan,
aku beli ler.

Sebelum ni memang aku tak penah dengar mana2 lagu dari Maher Zain tu. First track aku dengar, memang best!! Meremang bulu roma bila dengar lirik lagu tu... Haishhh...

Kesimpulannya, saye nak rekomenkan kepada kenkawan untuk beli CD Maher Zain ni dan dengar lagu2 dari dia. Memang sangat-sangat best dan out of 14 tracks dalam CD ni, at least pada aku, 12 lagu adalah lagu2 yang sangat best didengar. 

Sangat berbaloi and worth of money spent for this CD - RM27.90. As oppose to typical new artist (dia ni artis baru kan? aku tak penah wat kaji selidik plak pasal ni), dalam satu album yang ada 10 lagu, 2 ato 3 je yang best. Lain-lain, crap! Harga, RM40 or so. Memang bodo~

Ni dia cover CD Maher Zain yang aku kidnap dari blog orang lain setelah rajin mencari di Google. 

Selamat mendengar! =)