Wednesday, September 08, 2010

Salam Raya!

Salam semua…

Lately ni rasa macam terabai sangat dah blog haku ni. Bersawang-sawang dah. Kalau kucen, komfem kucen tu da sangat selebet dan mungkin mati kelaparan sebab diabaikan. Haizhhh…

Memang ada idea nak sambung tulis merapik-repek citer yang dah jadi dalam life aku. Tapi takde mood nak tulis sebab ada ‘clash of interest’ dalam diri sendiri.

“Kalu aku sambung tulis blog ni, bole ke berperangai gila2 cam dulu gak?”

“Ato kene pakai ayat-ayat skema sebab semenjak dua menjak kebelakangan ni, post haku dah jadi serious yang very DBP-ish macam pengetua skolah kasik speech masa perhimpunan.”

(Diatas adalah dialog aku dengan Indra – diri sendiri.. Hiks! Hahahah…)

But that’s not me lah… I’m sooo not serious type of guy yang cakap sepatah-sepatah macam pengetua skolah.


So, haku decide nak revert back to the same old style yang haku buat dulu untuk tulis blog haku ni.

Besides, its my blog aite? So, its my own prerogative on what is it the thing that I want to do here.  =)

So, here it goes lah…

Wahh!! Insyaallah lagi dua hari nak beraya dah!

Rasanya korang2 sumer ni musti excited nak giler nak beraya kan? Aku? Aku biasa je kot… tak excited sangat… coz raya tetiap taun sblom ni, rutinnya sama je. Bosan lagi membosankan sebab beraya kat KL.

Nak pegi shopping mall, banyak giler yang tutup…

Last year raya, aku pegi IKEA ngan kawan2 aku pada hari raya pertama. Yes! Betol! IKEA!

Sedeh kan? (Carot) Hahahah… Orang lain gi lawat saudara mara etc etc, aku gi lawat IKEA. Sungguh mantap cara merayakan Aidil Fitri aku ni? Makan Swedish meat ball kat sana.. Erk~ Lapar la plak. Dah la pagi tadi tak saho..

Anyway, the main purpose untuk blog entry kali ni bukan pasal raya. Pasal puasa…

To tell you guys the truth, this is the most happiest and most meaningful Ramadhan yang aku penah rasa so far as an adult. (erk~ adult tak semestianya tua kan? Aku muda lagi kan? Hahahha.. =P)

Sebabnya, ada a few…

1st skali, TAK pernah sehari pun dalam Ramadhan kali ni, aku berbuka puasa sensorang. Alhamdulillah.. YEay! Eventho ada sehari tu aku memang bebetul nak bukak pose sorang2. Dah reject kawan ajak bebuka sama hari tu, still, about 10 minutes before bebuka, terserempak kawan kat Cold Storage tengah bayar makanan dia. Dia ajak berbuka.

Plan awal2, makan pastries ngan beli air kat Cold Storage je. Makan kat depan fountain park klcc ni. But then, bila terserempak ngan kawan yang lama tak jumpa tu, dia cakap, dia bebuka sorang2. So, tak jadi la aku bebuka sorang2. Bebuka ngan dia.

So, menda ni aku rasa happy sangat2 sebab memikirkan sebelum2 ni, penah gak bebuka sorang2 kat opis. Sebab kemaruk nak makan Domino’s Pizza. Besenya order 2 regular Pizza Thin crust – my favorite is classified chicken. Terbaek wok!! Ngan sometimes, kalau tamak, order spicy ciken wing. Dan sumer tu dihabiskan sendiri. 3 or 4 kali gak la ada peristiwa tersebot. Hahahaha…

Anyway, bagi aku, kalau dah berbuka ngan kawan2 tu, rasanya tu memang rezeki aku. (notice tak, aku sebut bebuka ngan kawan2.. aku memang jarang balik bebuka ngan family. Sebabnya malas nak bersesak2 kat lrt tu dan usually, kalu kerja, aku balik after 6pm. Selalu after 6.30 camtu. Tak sempat nak naek lrt, tunggu bas dan segala bagai tu)

Lagi, aku rasa extra tenang puasa ni. Unlike past2 puasa… Tapi yang ni aku taknak elaborate lah… Let it be just me yang tahu the details. =)

Insyaallah, kalau umur panjang, boleh jumpa dengan Ramadhan next year pulak. Harap2, apa yang aku rasa sepanjang Ramadhan ni, stay macam ni selama yang mungkin.

Untuk Sahabat-sahabat sekalian, Selamat Hari Raya Aidilfitri aku nak ucapkan.

Ikhlas dan rendah diri dari hati yang paling dalam, saya Mohon & Minta Ampun dan Maaf atas semua kesalahan, ke-khilaf-an, keburukan, kesilapan, kekurangan, kejahatan dan segala dosa yang saya lakukan secara sengaja atau tidak selama awak semua mengenali diri saya ini. Saya manusia yang terlalu tak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan. Ada masanya saya sedar saya melakukan kesalahan, tapi saya ego dan sombong tak nak mengaku salah saya. Saya menganggap semua tu benda remeh yang tak perlu saya pedulikan. Saya silap.

Ada masanya jugak saya tak sedar yang saya dah lakukan kesalahan. Selagi saya masih bernafas, selagi nyawa ini Allah tak cabut lagi, selagi tu lah saya akan terus-terus melakukan kesilapan. Saya Minta Maaf atas segala-galanya.

Saya jugak tak layak lagi nak memaafkan orang sebab rasanya kesalahan diri sendiri terlalu besar. Tapi saya dah lupakan semua yang saya sakit hati sebelum ni. Life’s too short to fret and to keep stressed out.

Pasal kad raya plak, takde masa extra taun ni nak wat digital kad. (Taun lepas, aku rajen nak googlekan imej kad raya & combine sumer2 kad tu. Kununnya kad raya sendiri… Kununnyaa..)

So, recycle je kad raya taun lepas. Hokeh kan? Hahahah.. =P

Salam lebaran semua… Semoga anda sentiasa diberkati and semoga raya kali is the best raya ever! Insyaallah…


P/S: Baju raya taun ni kaler merah pekat. Sumbangan my mum yang sayangkan saya dan menyampah tengok saya malas beli baju melayu sendiri dan menyampah jugak tengok saya pakai baju tahun-tahun lepas. Cita-cita kunun nak beli baju melayu baju slim-fit. Tapi tu cita-cita palsu sebab tak berusaha pun nak carik. Bizi sokmo. Mengalahkan pengetua skolah. Hiks! Hahaha.. =P