Sunday, May 30, 2010

aku menangis

Salam...

Semalam, Jumaat 28 May 2010, aku menangis. Selepas bertahun-tahun aku tak menangis. Last time menangis, sebab break-up ngan lover aku. Anyway, entry kali ni bukan nak cakap pasal menda yang dah bertahun-tahun lepas jadi. Aku nak share pasal sebab aku menangis semalam.

Aku menangis pasal mak aku. Pasal Mama aku. Pasal Puan Murtini Mukhtar.

Sejak 2~3 minggu kebelakangan ni, aku dah nekad nak carik peluang untuk tambah pendapatan. Gaji aku sekarang ni sekadar cukup untuk sustain diri sendiri from month to month je. Aku rasa dah sampai masa untuk aku bebetul carik jalan untuk support parents aku. Especially mak aku.

Sebelum tu, nak cakap pasal mak aku ni. Umurnya dah 59 tahun. Lahir pada 1951. Ayah aku pulak, 1941.

Ayah aku seorang penjual aiskrim. Mak aku yang buat. Sekali dengar, memang sounds like fun and interesting. Self-made ice cream. 

Tapi tak ramai yang tau, its a very labor intense work. Untuk buat dan jual aiskrim tu. Untuk buat, kene pakai special mesin & handle ais dan keje tu memang sangat memenatkan. Dan jugak sangat sejuk. Kalau sapa2 yang minat sains, korang akan tau yang bila garam ditambah kepada ais, suhu ais tu boleh jatuh sampai ke -10 darjah Celsius. Lagi banyak garam, lagi sejuk dari suhu original ais tu.

Dan proses nak buat ais krim tu memakan masa sepanjang hari. Dari awal pagi sampai ke lewat petang. 

So, setiap kali abis buat ais krim, mak aku akan tidur awal sebab terlalu penat. Ayah aku pulak akan jual aiskrim. Naik motor & meronda kawasan perumahan. Hujan, panas, semua kene rempuh. 

Aku tak tau samaada korang boleh bayangkan apa yang aku cakap ni, tapi menda ni dah jadi kat depan mata aku dah lebih dari 15 tahun.

Masa sekolah dulu, aku malu nak cakap semua ni kat sapa2. Sebab, parents aku tak keje dalam ofiz yang gah macam parents classmates lain. Parents aku tak well educated macam parents orang lain. 

Alhamdullilah, perangai buruk aku tu tak kekal sampai sekarang. Aku sangat2 bangga dengan parents aku yang membesarkan 7 orang anak2 dengan membanting tulang camtu. Sangat sabar dan tak pernah mengeluh dalam menjalankan tanggungjawap sebagai parents walaupun tugas derang sangat2 berat.

As such, I really want to do something untuk ringankan beban parents aku. Memula bila dapat keje, I thot I can somehow alleviate their burden. Tapi aku tak mampu. Macam yang aku cakap, gaji aku cuma cukup2 untuk kehidupan dari bulan ke bulan. 
Masa mula2 kerja, lagi teruk sebab aku ni serorang yang selfish. Beli tu, beli ni, untuk diri sendiri. Memanglah tetiap bulan aku ada kasik duit kat mak aku. Now, come to think of it, I can give more to them kalau aku tak shopping sakan untuk diri sendiri.

Sekarang, aktiviti shopping tu aku dah kurangkan. 

Tapi, aku still lagi tak mampu buat parents aku bebetul berhenti dari membuat kerja yang dah dibuat selama bertahun-tahun ni.

Sebulan dua ni, aku dah mula pasang niat nak ada pendapatan lebih. Something yang mustahil nak dapat dari kerja yang aku buat sekarang ni. 

Aku takde idea cemane nak buat. Aku tak tau dari mana nak start. Aku taknak amik jalan singkat, menipu & salah dari sisi agama untuk tambah pendapatan.

Kalau sesapa yang pernah baca buku The Secret, akan tau pasal The Law Of Attraction -


Aku start practice menda ni in smaller scale in my life. (p/s: This is A VERY-VERY good book. Aku rekomen kat semua untuk baca buku ni)

Dan aku praktikkan untuk tambah pendapatan ni jugak.

And true enough, ada orang yang offer aku cara nak tambah pendapatan. Ada cara singkat, be a toyboy - something yang aku takkan buat. Ada jugak cara betul dan halal.

Salah satu yang aku blajar dari The Secret ni - If you don't feel good about it, DON'T do it.

So, aku tak buat cara halal tu sebab aku tak suka. Tapi aku tak putus asa lagi. Aku tetap fokus nak tambah pendapatan ni. Cara halal & aku takkan ragu2 nak kasi mak ayah duit tu.

Alhamdulillah, sekarang ni dah ada peluang dan aku akan cuba sehabis yang boleh untuk berjaya dalam cara ni - Bisnes.

Berbalik pada tajuk entry kali ni, aku menangis semalam sebab aku dengar lagi Siti Nurhaliza ni -


Kerana Dirimu

Aku sekarang
Adalah bahagian dari masa laluku
Aku pernah pergi
Meninggalkan dirimu jauh
Melupankanmu

Tapi lihatlah, diriku rapuh
Tanpa dirimu tiada ertiku
Hebatnya engkau
Tak sedetik pun
Pernah kau meninggalkan diriku
Ku sedari...

(Korus)
Kerana dirimu
Ku mampu berdiri tegar
Walau seberat apa pun
Beban di hadapan ku kini

Kerana cintamu
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimana pun jalan
Yang ku lalaui nanti

Pasti hanya dirimu
Kaulah segalanya
Ku jaga selalu
Satu cintamu...

Aku bebetul tersentuh dengan lirik lagu ni. Dah berpuluh2 kali aku dengar lagu ni, tapi pagi semalam, dalam LRT, aku asik teringat kat mama aku. Salah satu soalan yang ditanya kepada aku masa aku nak buat kerja ni, apa objektif aku nak join.

Jawapan aku - nak support parents.

Lirik lagu tu memang berbentuk ketuhanan. Tapi sampai kat part yang aku underlinekan tu, aku bebetul tersentuh. Sebab terbayang betapa susah payahnya mak aku mencari rezeki.

Aku rasa sebak sebab aku rasa aku ni terlalu lemah. Sebagai anak yang dah berkerja, tanggungjawap parents aku seharusnya dah habis. Memanglah aku tak pernah mintak duit kat derang lagi sejak hari pertama aku keje. Dan memanglah parents aku kene keje sebab adik aku still stadi lagi.

Tapi, sebagai anak - umur dah lebih suku abad, aku patut dah mampu nak bebaskan parents aku dari beban kerja yang berat camtu.

Aku rasa malu dengan diri sendiri. Lepas tu, terbayang-bayang lagi wajah mak aku yang dah dimamah usia, tapi still jugak buat kerja berat yang dia dah buat sejak 15 tahun lepas. Aku terbayangkan parents aku yang tak pernah mengeluh langsung dengan tanggungjawap derang tu.


Aku rasa lagi sebak lepas tu. Aku rasa sedih sebab pada usia yang dah lanjut camtu, selayaknya derang cuma berehat kat rumah. Tak perlu kerja berat camtu lagi.


Aku berhenti kat LRT Bangsar. Aku bebetul tak dapat nak tahan sebak. Aku pegi tandas kat situ. Aku menangis puas2 sebab aku rasa aku begitu lemah. Anak yang tak guna sebab masih tak mampu nak support sepenuhnya MAK & AYAH sendiri.


Dah lama giler aku tak menangis camtu sekali.

Masa tu jugak la aku bebetul determine nak berjaya dalam bisnes yang aku nak buat ni.Ya Allah, beri aku kekuatan dan kemampuan untuk support mak dan ayah aku sepenuhnya ya Allah...

-Amin-

(p/s: kat tandas tu, ada 2 cermin yang sangat besar. Demm.. buruk bebeno muke kalu menangis... huhuhu...)

7 comments:

  1. Anonymous11:08 PM

    jgn la nages....

    insyaALLAH.... niat yg baek pasti ak diberkati...

    gud luck~~

    ReplyDelete
  2. sangat touching bro since aku pun datang dari family yg susah...and i did cry when i thought about my parents back home...rasa kita lebih kurang je la kot, datang dari kluarga yg ssah...

    best of luck with ur bisnes...as long as u never stop to help ur parents,i beleive everyone will support in whatever bisnes u're doing to earn money..

    ReplyDelete
  3. Thanks guys, for the support and the time you've taken to read this entry..

    i really-really appreciate it..

    ReplyDelete
  4. Indra..i nangis skrg..i leh bayang kan situation 2..sgt2 bersalah bla tiap kl dpt gaji..sgt skt kita rase..good job 4 u coz u fikir cam2..i pn terkena mslh yg sama pg ni..well nnt i cte lg detail..it just hope that u akan sukses..niat u baik..Allah akan tlg..AMIN..i doakan u dpt ap yg u nak..n as a son..u r doing well now, sbab u pk tnggjwb u..so x dpt tlg x bermakna u x berguna..cma keadaan yg mmbuatkan x blh..

    Rilex k..if u need shoulder to cry on..i could borrow mine to u.. :)

    ReplyDelete
  5. thanks Danial..

    you are, a very2 good friend indeed...
    support from friends is the most wonderful thing that anyone could ever hope for..

    Thank you from the deepest of my heart... =)

    ReplyDelete
  6. don't give up.

    insyaAllah u find ur way to repay ur parents.

    yg penting niwaitu u betul nk tolong ur parents.

    yg penting jgn putus harapan ya =)

    ReplyDelete
  7. hielmy: thank you.. (^___^) Yep.. I'll never give up. a promise i've made to myself...

    ReplyDelete