Sunday, May 30, 2010

aku menangis

Salam...

Semalam, Jumaat 28 May 2010, aku menangis. Selepas bertahun-tahun aku tak menangis. Last time menangis, sebab break-up ngan lover aku. Anyway, entry kali ni bukan nak cakap pasal menda yang dah bertahun-tahun lepas jadi. Aku nak share pasal sebab aku menangis semalam.

Aku menangis pasal mak aku. Pasal Mama aku. Pasal Puan Murtini Mukhtar.

Sejak 2~3 minggu kebelakangan ni, aku dah nekad nak carik peluang untuk tambah pendapatan. Gaji aku sekarang ni sekadar cukup untuk sustain diri sendiri from month to month je. Aku rasa dah sampai masa untuk aku bebetul carik jalan untuk support parents aku. Especially mak aku.

Sebelum tu, nak cakap pasal mak aku ni. Umurnya dah 59 tahun. Lahir pada 1951. Ayah aku pulak, 1941.

Ayah aku seorang penjual aiskrim. Mak aku yang buat. Sekali dengar, memang sounds like fun and interesting. Self-made ice cream. 

Tapi tak ramai yang tau, its a very labor intense work. Untuk buat dan jual aiskrim tu. Untuk buat, kene pakai special mesin & handle ais dan keje tu memang sangat memenatkan. Dan jugak sangat sejuk. Kalau sapa2 yang minat sains, korang akan tau yang bila garam ditambah kepada ais, suhu ais tu boleh jatuh sampai ke -10 darjah Celsius. Lagi banyak garam, lagi sejuk dari suhu original ais tu.

Dan proses nak buat ais krim tu memakan masa sepanjang hari. Dari awal pagi sampai ke lewat petang. 

So, setiap kali abis buat ais krim, mak aku akan tidur awal sebab terlalu penat. Ayah aku pulak akan jual aiskrim. Naik motor & meronda kawasan perumahan. Hujan, panas, semua kene rempuh. 

Aku tak tau samaada korang boleh bayangkan apa yang aku cakap ni, tapi menda ni dah jadi kat depan mata aku dah lebih dari 15 tahun.

Masa sekolah dulu, aku malu nak cakap semua ni kat sapa2. Sebab, parents aku tak keje dalam ofiz yang gah macam parents classmates lain. Parents aku tak well educated macam parents orang lain. 

Alhamdullilah, perangai buruk aku tu tak kekal sampai sekarang. Aku sangat2 bangga dengan parents aku yang membesarkan 7 orang anak2 dengan membanting tulang camtu. Sangat sabar dan tak pernah mengeluh dalam menjalankan tanggungjawap sebagai parents walaupun tugas derang sangat2 berat.

As such, I really want to do something untuk ringankan beban parents aku. Memula bila dapat keje, I thot I can somehow alleviate their burden. Tapi aku tak mampu. Macam yang aku cakap, gaji aku cuma cukup2 untuk kehidupan dari bulan ke bulan. 
Masa mula2 kerja, lagi teruk sebab aku ni serorang yang selfish. Beli tu, beli ni, untuk diri sendiri. Memanglah tetiap bulan aku ada kasik duit kat mak aku. Now, come to think of it, I can give more to them kalau aku tak shopping sakan untuk diri sendiri.

Sekarang, aktiviti shopping tu aku dah kurangkan. 

Tapi, aku still lagi tak mampu buat parents aku bebetul berhenti dari membuat kerja yang dah dibuat selama bertahun-tahun ni.

Sebulan dua ni, aku dah mula pasang niat nak ada pendapatan lebih. Something yang mustahil nak dapat dari kerja yang aku buat sekarang ni. 

Aku takde idea cemane nak buat. Aku tak tau dari mana nak start. Aku taknak amik jalan singkat, menipu & salah dari sisi agama untuk tambah pendapatan.

Kalau sesapa yang pernah baca buku The Secret, akan tau pasal The Law Of Attraction -


Aku start practice menda ni in smaller scale in my life. (p/s: This is A VERY-VERY good book. Aku rekomen kat semua untuk baca buku ni)

Dan aku praktikkan untuk tambah pendapatan ni jugak.

And true enough, ada orang yang offer aku cara nak tambah pendapatan. Ada cara singkat, be a toyboy - something yang aku takkan buat. Ada jugak cara betul dan halal.

Salah satu yang aku blajar dari The Secret ni - If you don't feel good about it, DON'T do it.

So, aku tak buat cara halal tu sebab aku tak suka. Tapi aku tak putus asa lagi. Aku tetap fokus nak tambah pendapatan ni. Cara halal & aku takkan ragu2 nak kasi mak ayah duit tu.

Alhamdulillah, sekarang ni dah ada peluang dan aku akan cuba sehabis yang boleh untuk berjaya dalam cara ni - Bisnes.

Berbalik pada tajuk entry kali ni, aku menangis semalam sebab aku dengar lagi Siti Nurhaliza ni -


Kerana Dirimu

Aku sekarang
Adalah bahagian dari masa laluku
Aku pernah pergi
Meninggalkan dirimu jauh
Melupankanmu

Tapi lihatlah, diriku rapuh
Tanpa dirimu tiada ertiku
Hebatnya engkau
Tak sedetik pun
Pernah kau meninggalkan diriku
Ku sedari...

(Korus)
Kerana dirimu
Ku mampu berdiri tegar
Walau seberat apa pun
Beban di hadapan ku kini

Kerana cintamu
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimana pun jalan
Yang ku lalaui nanti

Pasti hanya dirimu
Kaulah segalanya
Ku jaga selalu
Satu cintamu...

Aku bebetul tersentuh dengan lirik lagu ni. Dah berpuluh2 kali aku dengar lagu ni, tapi pagi semalam, dalam LRT, aku asik teringat kat mama aku. Salah satu soalan yang ditanya kepada aku masa aku nak buat kerja ni, apa objektif aku nak join.

Jawapan aku - nak support parents.

Lirik lagu tu memang berbentuk ketuhanan. Tapi sampai kat part yang aku underlinekan tu, aku bebetul tersentuh. Sebab terbayang betapa susah payahnya mak aku mencari rezeki.

Aku rasa sebak sebab aku rasa aku ni terlalu lemah. Sebagai anak yang dah berkerja, tanggungjawap parents aku seharusnya dah habis. Memanglah aku tak pernah mintak duit kat derang lagi sejak hari pertama aku keje. Dan memanglah parents aku kene keje sebab adik aku still stadi lagi.

Tapi, sebagai anak - umur dah lebih suku abad, aku patut dah mampu nak bebaskan parents aku dari beban kerja yang berat camtu.

Aku rasa malu dengan diri sendiri. Lepas tu, terbayang-bayang lagi wajah mak aku yang dah dimamah usia, tapi still jugak buat kerja berat yang dia dah buat sejak 15 tahun lepas. Aku terbayangkan parents aku yang tak pernah mengeluh langsung dengan tanggungjawap derang tu.


Aku rasa lagi sebak lepas tu. Aku rasa sedih sebab pada usia yang dah lanjut camtu, selayaknya derang cuma berehat kat rumah. Tak perlu kerja berat camtu lagi.


Aku berhenti kat LRT Bangsar. Aku bebetul tak dapat nak tahan sebak. Aku pegi tandas kat situ. Aku menangis puas2 sebab aku rasa aku begitu lemah. Anak yang tak guna sebab masih tak mampu nak support sepenuhnya MAK & AYAH sendiri.


Dah lama giler aku tak menangis camtu sekali.

Masa tu jugak la aku bebetul determine nak berjaya dalam bisnes yang aku nak buat ni.Ya Allah, beri aku kekuatan dan kemampuan untuk support mak dan ayah aku sepenuhnya ya Allah...

-Amin-

(p/s: kat tandas tu, ada 2 cermin yang sangat besar. Demm.. buruk bebeno muke kalu menangis... huhuhu...)

Friday, May 21, 2010

Hermes + Vagina...?????

Note: Entry kali ni bukan bermaksud nak bersikap seksis (gender bias) atau nak bersikap lucah. Sila baca dengan hati terbuka hokeh~ =P
Pic dibawah ni diambil kat Herm├Ęs KLCC. Memula tengok window display ni, aku dah terbeliak mata kejap. Dalam kepala otak yang separa suchi ni, ada satu menda je yang terlintas (hehehe.. sila refer kepada tajuk)
“Oh Em Ghee~ (OMG)… Sangat serupanya benda ini dengan alat kelamin wanita!”
And then, the look of this thing is weird (for me lah)… as if mutated kuda + kereta yang baru dilahirkan dari seorang wanita.
Hayooo.. sungguh la kreatif mereka ni wat window display.




err... kalu tengok dari tepi beg tu, memang tak nampak sangat la.. tapi kalu tengok  dari arah depan, hahahahah... 

isk isk isk.. tercemar aku yang suci neh... (hotak kaw~! kaw memang pervert~!)

p/s: dalam banyak2 window display kat KLCC ni, antara feveret aku adalah window display dari Chanel. Sebabnya - rambut palsu kat mannequin derang sangat cantik dan bergaya~ hahahaha..

Thursday, May 13, 2010

Berbogel untuk seni??? (update)

/* Yang ni entry ketujuh yang aku nak re-publish. Original publish date - 19 Ogos 2009 @ 12:03pm - yang ni aku ada tambah update kat penghujung entry*/

dari sambungan blog yg berkaitan

Arini, aku dapat mesej ni dari A lagi...

-start mesej-

i'm still keen. i don't know if you got any of my MSN messages.

i'm contactable on (no phone dia)

i'm usually on MSN/blackberry so feel free to chat there and ask me questions and i'll show u more work.

cheers

a


-end mesej-

hooooohohoho... =P

aku da ada no phone dia...

actually aku sangat2 berminat nak wat photo shoot ni...

sebab dia dah kasik jaminan menda ni purely for arts and photography. nothing sexual. sbb tu aku sangat berminat neh...

hey! professional phorographer dah offer for free nak amik pic, with no strings attached, so, why not?

aku tak dapat pun mesej dari MSN dia. lgpun, aku jarang giler la bukak MSN messenger. tahun ni, rasanya belum on9 pakai MSN messenger lagi. (giler jarang kan? hahahaha)

hehe.. excited + nervous plak rasanya ni...

klu menda tu jadik, nak postkan sekepin dua pic tu kat dlm blog aku ni la..

/UPDATE/

baru kejap tadi dia sms aku... (aku da kasik no phone aku kat dia...)
waaaaa~

proceed proceed~

^__^

/*update: sampai sekarang ni, bulan May 2010, aku masih lagi GAGAL mengumpul keberanian nak call dia, nak confirmkan dengan dia pasal nude photo-shoot ni... Aku still tak berani lagi nak bogel depan dia... haishhh...*/

Tuesday, May 11, 2010

Berbogel untuk seni???

/* Yang ni entry ke-enam yang aku nak re-publish. Original publish date - 17 Ogos 2009 @ 7:26pm */

Dua hari lepas (16 Ogos 2009) aku ada dapat mesej ni dari seorang professional photographer.

-start mesej-

hi there! some hot images you have on (nama website tu) and on your (nama website tu) profile! i'm a photographer based out in KL and i do some black n white male photography on my own time. some samples of my work are on my (nama website tu) photos section.

would you be keen to pose?
just drop me a line if you're keen :)

cheers


A.


-mesej abis-

lepas tu, aku tanya dia beberapa soklan (tulisan merah) dan dia jawap soklan aku tu (tulisan biru)...

-start mesej-

hi there indra,

are you going to post the picture in the internet or any magazine/publications?
-> my personal work appears on flickr as purely artwork. they aren't for the purpose of publication. most of my nudes contain no faces.


where will you take the photo shoot?

-> my studio.

do i need to pay you for this or vice versa, i get payment for this?

-> no compensation and neither do you have to pay. it's a purely voluntary measure.


if you're not going to distribute the image, what kind of assurance that i can have/hold on to?

-> just my word. i've been in this industry for years and most people know me and my work.


this will strictly a photo shoot aite? no hanky panky stuff will be involved? (i.e.: i had to have sex with you before or after, for you to shoot me)-> only photos.

can i have all the photos taken (or at least, the copy of all the photos) and do i have to pay for it?
-> you get a set of images after the shoot.

this is me -> (nama website tu)

also check out -> (website youtube)


i'm also on MSN if you have any questions: (
alamat msn dia)

cheers


a (
bukan nama sebenar dia)

-abis mesej-

hurmmm...

aku letak pic ni kat myspace aku and a couple more lah.



untuk pengetahuan, ni bukan pertama kali aku dapat offer nak amik pic bogel ni. sebelum ni da pernah 3 kali.

1st time, org tu offer nak kasik duit. a few thousand USD (tak le byk sgt). tapi dia cakap, nak publish pic tu kat magazine kat Philippines, Thailand n masuk dalam internet.

-GILA-

aku reject tanpa pikir panjang...

2nd,

org lain yg offer. kali ni dia dari UK. selalu travel ke asia n Malaysia is one of the frequent stopover. Sama jugak, berminat katanya nak amik pic bogel aku...

personal collection katanya.

offer aku duit gak. n dia ckp, dia da buat ni kat byk org asia n ada beberapa org melayu yg penah buat ngan dia... dia jamin, pic ni sumer takkan masuk mana2 majalah or internet.

aku terfikir nk buat ngan dia

tapi aku reject-

sbb aku rasa tak sedap ati..

then, 3rd time...

offer dari photographer from venice, italy. sanggup sponsor flight tiket & sumer2 skali ke sana plus, pocket money n suruh aku stay sana for a week, do photography thingy.

yang ni pun tak sanggup...

gila ke? Nak travel sorang2 ke tempat camtu, dgn janji yg tak tau betul ke idak. kalu betul la dia belikan tiket flight. then, aku ke sana n tetibe nak ubah arrangement, cemane?

so, aku reject jugak...

yang 2nd & 3rd offer tu, asasnya adalah nude photography for arts. yang 1st offer tu, mmg terang2 utk pornography la. adoii.. aku ni gila, tapi tak sampai ke tahap nak buat pornography lagi kot (in future? hurmm.. ahhahaha..)

4th time ni...

really makes me stop and think...

sebab aku pun teringin gak nak buat menda2 ni.. n aku da tgk hasil keje si A ni. kat profile page dia n kat youtube page dia...

dia ada wat photoshoot utk stephen rahman hughes, amber chia dan banyak2 lagi la...

dan segala persoalan n keraguan aku tu, dah terjawap...

hurmmm...

tapi kan, seriously, aku tak faham apa yg dia nampak kat aku ni.
nak cakap aku ni ensem, langsung tak.
comel, jauh sekali.
macho, perghh.. jangan harap. geli plak nak associate myself ngan perkataan tu... macho? hahahahah..

muke aku ni, kalu amik pkai kamera dia tu, mmg akan jelas nampak la sumer parut2 jerawat ni... uduh uduh~
ni tak nampak sgt kat lam pic tu sbb aku pakai kamera henfon... and honestly, aku mmg xpernah edit pix2 aku..
aku tak reti pun nak pkai photoshop ke, ato mana2 software canggih2 yg leh buat org nampak flawless..
kalu reti pun, aku taknak buat sbb tu bukan real aku

hmmm...
aku dah balas mesej A dan da cakap kat dia yg aku berminat~

aku tak terima lagi balasan mesej dari dia..

lets see how lah~

kalu purely untuk arts, i dont mind.. (^_^)

-sekian-

Sunday, May 09, 2010

Indra the Second - pasal tapak tangan

/* Yang ni entry kelima yang aku nak re-publish. Original publish date - 6 September 2009 @ 9:43pm */

ni pic tapak tangan aku...

tangan kiri dulu ehh...

 
takde pape yg special pun pasal tapak tangan kri aku ni... biasa saja...

tapi tengok tapak tangan kanan aku bebetol...

kalu terer, cube teke apa yang ganjil pasal tapak tangan aku ni...
stakat ni, cuma seorang saja yang dapat detect kalu aku tunjuk... yang lain2 tu, sumer xdpt detect... hahahah



dapat tgk apa yang ganjil tak? biasa je ke? oh ye, ni bukan kelebihan yang aku cakap pasal aku "ada satu kelebihan aku yang agak susah didapati dikalangan lelaki2 melayu & malaysia ni... apa dia? Rehsia... xleh tao... hahahahah..."

klunya, tgk kat bawah huruf nxx7 tu...

adoi... tak nampak sangat kat lam pic ni..

tapi jari kelingking tangan kanan aku, ada 4 bahagian... jari kelingking tangan kiri plak ada 3 bahagian. macam jari2 lain...

okla... tu je nak cakap..

hehehe...

-sekiyan-

Friday, May 07, 2010

Nama

/* Yang ni entry keempat yang aku nak re-publish. Original publish date - 6 September 2009 @ 6:59pm - yang ni aku takde edit apa-apa kecuali ubah font type*/

what's in a name?

for some, its nothing...

for most, its everything...

from name, you can tell the difference between people. you can identify every single thing that exist in this world.

some of us will use the name that their parents has given to them and some, for whatever reason it may be, will use different name and wants to be known by that name

as for me, i've been using my own name since the very beginning of me knowing how to write things and know the alphabet

indra gunawan bin pardi is the name that's written in my IC

in my birth certificate, my full name is Muhammad Indra Gunawan Bin Pardi

my mum gives me the name because when she's still conceiving me in her womb (maybe on the 8th or 9th months of pregnancy) and at that time she's watching Thomas Cup (badminton) and Indonesian national player - Indra Gunawan is playing at that time. she told me that she can felt me kicking her belly from inside. and that's when she decided to named me after that badminton player.

then why from Muhammad Indra Gunawan Bin Pardi becomes Indra Gunawan Pardi only?

its my mum again...

she thinks that my name is too long

so, she takes out Muhammad from the application form for IC, and all other official matters. she did this when i was still 4 years old

so until now, my name is just Indra Gunawan Bin Pardi

ardnie is my name, inverted, spelled backwards with additional 'e' at the back. to make it looks more friendlier. Indra=ardni (ardni + e)

i've been using this nickname since i'm 12

this name is the reason behind so many happenings in my life. caused loads of sadness, grieve & pain in my childhood and teenagers.

but hey, that's all my past.. its all behind me already and i have no intention to flip back the pages on my history. i pretty much has developed a very thick skin now. able to resist the things that i cant previously...

so, that's the story behind my name larh...



-sekiyan-

Wednesday, May 05, 2010

Indra

/* Yang ni entry ketiga yang aku nak re-publish. Original publish date - 6 September 2009 @ 8:58pm - yang ni aku takde edit apa-apa kecuali ubah font type*/

Fakta:

Aku ni, seorang yang -
  • tak ensem
  • tak macho
  • tak comel
  • tak cute
  • takde harta
  • takde pangkat
  • takde rupa
  • tak best
  • takde apa-apa keistimewaan zahir dan batin
  • muke hyper banyak jerawat n parut2 jerawat
  • badan pun byk jerawat gak
  • selalu melakukan kesilapan, kekhilafan & kesalahan
  • kerani berjawatan & bergaji rendah
  • lately, selalu susah nak burp lepas makan. akibatnya, perot aku kembong.. lepas sejam dua camtu, baru leh burp... vodo nyaaaaa...
  • kalu bulan puasa ni, selalu susah nak kawal tangan ni... asik2 nak korek idung je.. gatal larh.. ada resdung... selalu maki diri sendiri kalu termasuk jari dlm lobang idung sendiri time siang ari puasa
  • kadang2 tak punctual... kadang2 ya.. bukan all the time
having said all this, tak bermaksud aku tak bersyukur dengan apa yang ada...

aku dah dapat menerima diri sendiri seadanya... alhamdulillah, aku cukup sifat

  • deria pendegaran yang masih okay (walaupun kdg2 tu pekak sket sebab asik dengar Mp3 kuat)
  • mulut ni masih mampu bercakap & merasa 
  • dua tangan, kaki & jari-jari yang cukup
  • mata yang tak rabun warna (rabun jauh yg agak teruk la.. power sebijik mata tu dah 300+)
  • tubuh badan yang sihat
  • ada satu kelebihan aku yang agak susah didapati dikalangan lelaki2 melayu & malaysia ni... apa dia? Rehsia... xleh tao... hahahahah...
  • tak susah nak ketawakan diri sendiri kalu dah terbuat kesalahan2 bodo
  • kadang2 tdo pakai stokin (socks) sebab kalu kaki sejuk, tak dapat nak tdo dengan nyenyak. dan kadang2, tido tak pakai apa2.. hahahahah.. (hey, sekati aku la.. aku tdo sorang2... apa salahnya.. hohoho...)
  • oh ye... lagi satu yang paling penting! Aku tau aku baek orangnya... so what? hahahah...

lagi menda2 yang best pasal aku -

  • aku ni penyabar
  • boleh dipercayai untuk simpan rahsia - sebab, aku ni pelupa. so, kalu org ckp apa2 rahsia dia kat aku.. lepas 2-3 bulan camtu, aku lupa apa yg dia dah ckp... hahahaha.. no la... mmg aku ni sorang yg amanah~ yeaay! =P
  • tak ske stress atas sebab2 yang tak dapat dikawal - aku tak paham kenapa org nak stress sebab traffic jam, hujan turun, blackout n other things yang memang outside of thier control. for what lah?
  • tak suka memaksa orang utk membuat apa2 yang dia tak suka, kecuali hal2 kerja.. tu pun susah nak pakse org..
  • suke tolong orang...
haishh.. banyak sangat sampai aku lupa larhhh... nnt aku update lg kalu aku ingat okay.. =P

so, aku memang bersyukur dengan apa yang aku ada...

aku ada seorang ayah yang sangat2 best! kalu aku dapat capai separuh dari apa yang dia dah buat, aku anggap aku ni sangat2 berjaya

ayah aku -

jual aiskrim untuk mencari pendapatan keluarga (aiskrim yg bawak naik motor tu.. jual pakai scoop)
walaupun terpaksa berhadapan dengan panas terik sampai tangan dia hitam coz sun burn yg sangat teruk dan bekerja setiap hari tanpa cuti

tapi, dia...
  • tak pernah sekali pun mengeluh walaupun dia layak untuk berbuat demikian...
  • dia tak pernah tinggikan suara pada anak2nya
  • tak pernah tinggal sembahyang 5 waktu 
  • tak pernah tinggal sembahyang sunat sebelum & selepas sembahyang 5 waktu tu
  • tak pernah pukul anak2nya (aku penah kne lempang sekali masa kecik sebab: aku degil nak mampus time tu.. melawan cakap dia.. Penampor sebijik. padan muka aku.. hahahah.. lps tu, xde lg dah)
  • tak pernah abaikan tanggungjawab
  • tak pernah sekali pun berlaku kasar, menengking, marah2 atau pukul mak aku
  • selalu ceria & gembira walaupun dia selalu kepenatan
  • dia tak pernah cakap - papa sayang anak2 papa. tapi, perbuatan dia tu semuanya cakap - papa sayang anak2 papa & papa sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2 papa

itu lah En Pardi yang aku kenal. dah hampir 27 tahun aku kenal En Pardi yang sorang tu

sebab tu aku sangat2 kagum ngan papa aku ni
sebab tu aku cakap, kalau aku dapat capai & dapat buat even separuh menda yang dia dah buat, aku rasa aku dah sangat2 berjaya dalam hidup

I love him so much. The guy I look up to in my life.

my mama, I love her so much too...

mak & ayah aku lagi best dari mak & ayah korang tau... hahahahahahah... =P
(bese la statement ni... sumerang ckp mak ayah dia lagi best dari mak ayah org laen)

-sekiyan-

Monday, May 03, 2010

...YOU...


/* Yang ni entry kedua yang aku nak re-publish. Original publish date - 18 December 2009 @ 12:57pm - yang ni aku edit - tambah sikit kat end of entry ni*/

In my life, people come, and people go…
I’m very blessed and fortunate because, among those people, some of them stays and become good friends of mine
One that I can share the laughter
One that I can share the joy
One that I can share the happiness
One that I can share the pain
One that I can share the problem
One that I can truly be me and myself when I’m with them.

For having them in my life, I've very-very grateful and indebted

Above all, one person holds a very significant and important place in my heart.
And that person is YOU.
The person whom I always think about
The person whom I cherish and treasure

I’m happy I got the chance to know you
I’m happy I got the chance to see you
I’m happy I got the chance to meet you
I’m happy I got the chance to talk to you
I’m happy I got the chance to walk beside you

You’re special to me
I want to share my life with you
Its YOU. And only YOU.


In my life, people come, and people go.
Please… Whatever that may happens in our life,
I hope, and I pray that I we will always be together.

p/s: You know who you are...

Saturday, May 01, 2010

sayang

/* Yang ni entry pertama yang aku nak re-publish. Original publish date - 27 September 2009 @ 7:26pm - yang ni aku takde edit apa-apa kecuali ubah font type*/

Salam semua,

Menyayangi dan disayangi adalah dua perasaan yang berbeza...

Mungkin ada yang setuju dengan pendapat aku ni. Mungkin jugak ada yang tak setuju. What’s the big difference? It’s love anyway...

Bagi aku, perbezaan antara dua perasaan sayang ni sangat-sangat ketara bezanya...

Start dari disayangi dulu...

Hey, all you guys out there who possess good looks. You will know what I'm talking about. Mesti dah biasa dengar org lain puji - waaaaaaaa... Cantiknya/hensemnya dia ni... dan pasti ada ramai yang akan cuba memikat.

There's absolutely nothing wrong with that. It's a human nature. People like to see pleasant looking things/people.  Ada yang cuma pandang dan perhati dari jauh. Ada yang berani untuk memulakan perkenalan menurut cara memasing. Dari mata turun ke hati, fall in love on the first sight. Musti penah dengar ayat2 ni kan?

Berbalik semula kat terms - disayangi. Perasaan menyayangi orang lain tu, tak sama maca perasaan disayangi. Orang yang disayangi tu can choose to ignore the feelings orang yang menyayangi dia sebab perasaan tu tak datang dari diri dia sendiri. Sounded a bit selfish, yes. Tapi itulah hakikat.

Cuba tanya diri sendiri, berapa banyak kali kah peristiwa ni berlaku kat korang - ada orang yang mengaku n meluahkan perasaan yang dia sayang pada kamu. Tapi kamu, atas sebab n alasan apapun (mungkin kamu tak berkenan pada rupa paras orang tu, atau mungkin kamu lebih suka dan selesa dengan status sebagai seorang 'single', atau kamu sudah berpunya n tak mahu berlaku curang, atau kamu dah mendengar macam2 kisah pasal orang tu yang kamu tak berkenan, atau apa2 saja lah alasan dan sebabnya), kamu tak mahu menerima sayang dari orang tu.

Ok, fine. Everyone have their own rights on this thing. Perasaan sayang ni bukan boleh dipaksa2. Kalau dipaksa, memang susah atau mustahil nak bahagia. Betul?

Sekarang, cuba tanya diri sendiri lagi, dalam banyak2 orang yang kamu tak boleh nak sayang tu, ada berapa ramai actually yang kamu bebetul cakap kat dia - sorry, I tak boleh nak accept your love sebab bla bla bla (sebab masing2 kan berbeza, so, fill up sendiri lor). Instead of kasitau kat orang t uterus terang, kamu terus layan dia seolah2 kamu berikan dia harapan yang - oh yes, saya pun suka kat kamu jugak.

Note this, kalu takde perasaan sayang tu, cuba2 lah nak bertimbang rasa n kasitau kat orang tu menda yang sebenar. At least, cakap kat orang tu yang kamu tak sedia lagi nak ada special relationship. To be friends, yes, but more than that, no.

Kalau kamu dah cakap menda ni awal2 lagi dan still orang tu feeling2 nak sayang kat kamu, then, its not your fault anymore lah. But then, be kind to other people lah. Remember, what goes around, comes around. Dan lagi haru kalu menda yang come back to us tu, berkali ganda lagi teruk dari apa yang kita dah buat ke orang lain. Tak salah pun nak be nice to other people. Aite?

So, sekarang ni pasal bab disayangi ni dah abis ke belum ea?

In short, pendapat aku (ni sekadar pendapat. Bukan nasihat. Aku ni masih tak layak nak menasihati sapa2 lagi.) pasal menda ni adalah, sangat senang bagi seseorang tu nk lupakan atau ignore apa yang orang lain rasa terhadap dirinya, sebab perasaan tu bukan datang dari diri orang tu. Its like, okay, u love me, so what? I don't have any feelings for you.

Sounded kejam? Now, ask yourself, dah berapa kali buat macam ni kat orang lain?


Pasal menyayangi pulak...

Sekarang, ask yourself again. Buat masa sekarang ni, ada tak korang sayang sapa2? Korang rasa, kalau tak jumpa orang tu sehari, atau tak text/sms org tu, atau tak dengar suara orang tu atau apa2 sajalah yang berkaitan dengan orang tu. Korang rasa semacam je. Rasa ada je yang tak kena.

Now got the difference? Perasaan menyayangi yang datang dari dalam diri sendiri, korang tak bole nak ignore. Tak boleh nakt tipu diri sendiri.

As for me, yes. Aku sekarang ni ada perasaan macam tu. Menyayangi orang lain. Setiap masa asik2 teringat kat orang tu. apa yang dia tengah buat sekarang ni. Dia tengah bizi ke, dah makan ke belum, stadinya macam mana, sihat ke dia, and macam2 lagi lah persoalan yang selalu pusing2 kat kepala aku ni.

Aku selalu jugak tanya diri sendiri - aku ni syok sendiri ke? Aku ni siapa? Dia tu siapa? Dia tu jauh lagi sempurna dari aku. Orang macam dia tu, terlalu ramai orang nakkan dia. Dan yang nakkan dia tu pulak, ada ramai yang lagi bagus dari aku. So, mampu ke aku nak sama ngan dia?

Aku taknak giveup pada dia sebab aku rasa, giving up is not an option now. But then again, I cannot lie to myself. Kadang2 tu, aku rasa macam - what the hell do you think you doing Indra? Wake up stupid! Orang tu takkan nak kat kau. Kau ni memang perasan lelebih je. Kau tu siapa? Dah lama tak bercermin ke?

Haihhh... the truth is, aku dah rasa penat dengan semua ni. It drains my energy, it makes me feel down, it really can sometimes knock me out of my senses. Apa lah yang aku dah buat ni? Aku ni tak reti ke nak berfikir panjang? Aku ni tak serik2 ke kecewa dulu? Aku ni tak sedar diri ke?

I'm tired, weary, exhausted, drained, worn out emotionally and it has effect me physically.

So, kepada kamu. Kalau kamu memang tak ada langsung niat nak membalas perasaan aku, please tell me.

Aku penat

(Aku rasa entry kali ni macam tungganglanggang je... ntah la.. aku dah malas nak fikir2 lagi)