Friday, April 30, 2010

...100...

Salam...

Wahh.. aritu, lepas aku postkan blog pasal 69 follower tu, baru aku perasan yang kat Dashboard cakap menda tu adalah entry yang ke 99.

Maksodnya, kalu aku publish entry ni, entry ni akan jadi entry yang ke-seratos!

Waaaaa....

Agak terkejot dengan kerajinan diri sendiri (poyo!) yang berjaya mengekalkan sikap nak terus-terusan menaip dan mengepost ke blog aku ni.

Besenya aku ni jenis yang pemalas..

So... Yeaaaay!!! Yeay~ Yeay~Tahniah untuk Indra Gunawan yang telah berjaya membuat sesuatu yang agak konsisten... (akhernyaa~! Ada gak menda yang konsisten.. Baahahahah...)

Sekarang ni, jam dah menunjukkan pukul 3.45 pagi. Hari Jumaat, 30 April 2010.

Tadi dah ngantok giler sebenarnya. Tapi mengenangkan esok choti dan aku still tka hapdate blog aku ni lagi, so, gigihkanla diri ke CC dan update blog. Sambil menaep, sambil terkuak-kuak mulut menahan mengantuk..

Anyway, kat blog sblum ni aku dah cakap yang aku nak wat entry pasal mengutuk orang. Tapi, bila aku pikir2 balik, aku rasa macam tak sesuai pulak nak celebrate entry yang ke-100 ni dengan perbuatan mengutuk orang (agak baek kan aku ni? Ahahahah..)

Untuk entry kali ni, aku nak cakap beberapa perkara lah.. (sebenarnya, skang ni idea tak berapa okay sebab kepala tgh mengong menahan mengantuk. Mata pun stim suda...)

Blog aku ni simple je. Tak semeriah blog2 orang lain. Apa yang ada kat blog ni, menda2 basic yang aku rasa, kalau letak menda2 ni, tak susah nak blog ni nak abis load.

Kalau tengok sejarah, posting pertama aku buat pada tahun 2006. Lepas tu, hampir 2 tahun aku tak tulis pape.

Tahun 2008 aku sambung balik. Pastu, sebab hyper malas, aku berenti lagi tulis blog – Jun 2008. Hehehehe...

Ogos tahun lepas (2009) baru aku decide nak aktif giler kuda nak tulis blog. Memang berkobar babe nak buat macam2 entry. Macam2 menda yang aku nak leterkan dalam blog aku ni. Kutuk orang la, kondem sana sini la, hapa la.. hini la.. hitu la... hahahah.. =P

Apa yang aku tulis dan leterkan kat sini, aku tak pernah pun harapkan ada sesiapa yang akan baca, atau yang akan berikan apa2 komen.

Pendek kata, menda ni aku buat semata-mata macam nak postkan note kat cyberspace. Tu je.

Sebab tu, bila ada orang yang sudi kasi komen, feedback, follow, dan yang paling penting, membaca apa yang aku tuliskan kat sini, aku rasa sangat-sangat berterima kasih.

Bukan senang nak untuk orang lain, terutama yang totally stranger to me, meluangkan masa dia yang berharga tu untuk baca apa yang aku tulis.

Sebab tu bila aku cakap, I Heart each and every one of you, I really-really mean it.

Many thanks to You from the bottom of my heart for spending Your precious time to read thru.

Anyway, lepas beberapa bulan aktif, aku teringin nak tengok berapa orang yang dah visit blog aku ni. So, aku letakkan page hit counter tu kat page aku. Kalau tak silap, dalam bulan Oktober 2009 baru aku letak counter tu. Dan memang sengaja aku pilih saiz counter yang sangat kecik sebab kalau bole, taknak orang nampak berapa hits. (segan laaa.. sejemput je orang yang datang jenguk... watpe nak tayang besar2 counter tu. Wat malu je..)  Nak sorok menda tu tak bole sebab dalam T&C dia dah cakap, takleh hide. Kalu tak nanti kene delete. So, pakai je la.

Nak buat background page itam, rasa tak best sebab itam is gloomy. Memula page aku ni memang warna itam. Sebab itam warna favorite aku. Tapi bila pikir2 balik, takkan la asik2 nak gloomy je.. Sebab tu aku letak page color camni.

Pastu, ternampak kat blog kawan aku, dia letak live traffic. “Macam best je menatang ni” - terdetik di hati ketika itu. Yang ni pun baru letak gak..

Baru2 ni, aku letak ialah menda shoutbox tu... chitchat..

Tadi, baru letak blog-roll, snippets of blogs yang aku follow...

Anyway, lepas ni rasa nak re-publish balik blog2 yang aku pernah buat dulu. Bukan nak re-publish semua... cme dalam 7 entry camtu je.. hehehe... (satu untuk setiap dua hari)

So, dalam sebulan ni akan muncul balik entry-entry lama aku. Kalau ada sebarang perubahan, aku akan cakap kat situ lor..

Sekali lagi, TERIMA KASIH dari sudut hati yang paling dalam untuk kamu, kamu dan kamu yang sudi membaca blog aku ni...

(^_____^)


-sekiyan-

Tuesday, April 20, 2010

69... Best ohhh...

Salam...

Hairini, 20 April 2010, haku baru perasan yang blog haku dah ada 69 followers! yeay!


I Loike 69... sangat lah best nya~! waahahahahah...

From the bottom of my heart, terima kasih sepenuh hati dan bebanyak kepada korang semua yang sudi follow my blog.. it means a lot.. =)

I heart all of you guys & gals... =) =)

Lepas ni nak wat entry lepas geram plak...

he he he he~

Thursday, April 15, 2010

Malam yang Hangat~

“Aaaarghhhh!!!”

Pekikan haku yang terpaksa dikontrol sebab time tu dah malam. So, kene la wat suara kepit sikit2.. (sikit2 je… takpe kan..hahahah..)

Pastu, berlari2 masuk bilik sendiri. Jelir kluar sikit dan tengok lidah kat depan cermin.

“Perghh.. Naseb bek takde paper. Naseb bek tak luka. Kalu tak, sensara aku nak makan nanti”

Pastu, haku gi dapur balik. Sambil2 mengomel2 kat diri sendiri dan menyumpah2 diri sendiri.

“Tu la, tamak haloba sangats. Menda tu bole je hamik n kuis-kuis ngan sudu. Nak jugak menjilat. Rasakan kaw! Naseb bek tak luka berdarah… pot~ pet~ pot~ pet~ pot~ pet~”

Hahahhaa.. tu la kegemaran aku. Aku ni memang suka mengutuk diri sendiri kalu diri sendiri dah buat salah camtu… Pastu, kadang2 kalu over sangat bebel tu, sendiri akan cakap kat diri sendiri – “Hey! Diam la kaw… bebel je.. sepuk kang baru tau..”

Internal conflict ngan diri sendiri. Split personality. Bole? Akekekeke.. =P

Anyway, akhernya, misi aku malam tu berjaya jugak! Yeay!

Seperti bese, malam tu balik dari gym, aku lapar gilak. Gilak2 lapar sangat sampai ntah hapa lagu yang dok pusing2 kat perot aku ni. So, otw nak balek ke rumah, aku plan baekk punya la.

Nak masak spaghetti.

(Dah dapat hint dah kenapa aku menjerit? Theheheheh..)

Anyway, malam tu merupakan malam yang agak panas dan berbahang. Dan untuk merebus spaghetti tu, kene tunggu depan dapur + kene kaco menda tu dalam air mendidih..

Haku plak still lagi rasa bahang sebab gi sauna+stim room kat gym sblom tu + menapak ke rumah dari perhentian bas yang agak jaoh gak. Tambah la peloh2..

Nak bukak kipas, rasa malas. Lagipun kalu bukak, akan efek api kat dapor (yesza.. tak pakai electric induction cooker pun.. pakai api dapor bese je). Tapi takde la sampai peluh2 sama macam tengah jogging. Melampau la kalau nak peluh sampai camtu skali.

Tengok tu, dah merepek pasal peluh plak.

Waaaaaaaarghhhh!!!

Haku lupak!!

Takde pic nak attached hasil masakan spaghetti yang pertama dalam hidop aku ni! Cilanat~!

Time tengah tulis blog ni, baru teringat yang haku takde bukti bergambar. Huhuhu…

Tapi korang percaya aku kan? (^____^)

Aku memang terrer mengikut titah perintah cara memasak spaghetti yang di-printkan kat bungkusan tu.

Tapi aku agak konfius sket bila dia cakap – kaco sampai empuk. How do you define empuk? And how on earth nak tau menda tu empok?

Anyway, dia cakap, masukkan setengah sudu minyak masak dan setengah sudu garam.

Hurmmm… sekali lagi, "How on earth aku nak tau minyak masak tu stengah sudu? Benci la camni… Hurmmm…"

Pastu, datang la idea yang bijak (seperti bese, kalu dah desperate camni, memang akan ada idea yang bijak. [define bijak..? hahahah..])

“Kalau aku kepit menda ni, pastu dia putus, kira empuk la tu kan?”

“Ya. Betol” – sesi soal jawap ngan diri sendiri.

Heran? Hala.. kalau takat maki dan leterkan diri sendiri tu satu rutin, apetah lagi sesi soal jawap. Lagi la normal... kan? =P

Last-last, aku tarok 2 sudu besar minyak masak (satu sudu minyak jagung. Pastu rasa serba salah plak sebab tak bese pakai minyak jagung nak masak. So, rasanya minyak jagung bukan kategori minyak masak. Yeke…? Kan? – konfiuz - Then, nak tebus kesalahan, aku letak sesudu lagi minyak masak bese – palm oil) dan sesudu garam (alasannya sebab aku rasa air dalam periok tu banyak sangat.. so, aku letak la lebeh sket. Akekekeke..  =P)

Pastu, perghh… panas beb.. memang berpeluh. Sambil2 ingatkan diri sendiri a.k.a carotkan diri sendiri – “hala uoalls.. baru panas dunia ni.. sabo je la..”

Dah rasa siap empok menda tu, titah perentah seterusnya dari bunkusan tu adalah untuk men-tos kan dan meletakkan spageti tu kat bawah air paip yang mengalir…

Hayooo.. part yang paling malas nak buat sebab kene angkat periok dan tuang sumer content menda tu kat penapis. Air still panas mendidih..

Tapi demi perot yang bergurindam, haku buat gak..

Pastu, second step. Gravy untuk spageti tu..

“Maaa… kat mana mama letak pembukak tin?”

Yes, haku memang tak tau kat mana mak aku letak. Akibat dari jarang dan malu-malu nak masuk dapor, pengetahuan geografi dapur aku memang FAIL.

Mak haku masuk dapur.

“Tu haaa… Carik pakai mata. Kaw carik pakai mulut, memang sampai esok la tak jumpa2…”

“Ewah2 orang tua ni.. meleter plak…” mengomel En Indra. Tapi suara tak kuat. Takmo kasik mak aku dengar. (hahaha.. aksi biadap. Jangan tiru wahai anak2 yang sopan sekaliyan.. walaupun viadap, haku still sayank mama aku [^___^])

“Haaa… tu.. mengomel tu, ada la yang di kutuk tu…”

“Takde pape la Ma… okay.. mekaseehh..” – senyum kambeng.. (^_______^)

Bukak tin sup prego tu…

FAIL!

Gagal untuk memastikan pisau can opener tu sentiasa ada kat ujung tin. Nak jugak dia membulat ke dalam. Memang biadap pembukak tin ituh~

Takpela.. janji tin tu terbukak terkuak... (^___^)

Pastu, aku komfiuz lagi..

“Nak tambah air ke ah?”

“Kalau tambah air, tak cair ke?”

“Takde pun arahan cakap bole tambah air tulis kat tin ni…”

“Haihhhh… vodo laaa.. cakap la, bole ke, tak bole ke, nak tambah air.. menyusahkan sungguh..”

Sampai la ke part aku menjerit tu.. (lama kan intro aku? Baru pusing balik ke part paling atas entry neh. Hahahaha..)

Tamak… lepas tuang sup tu kat dalam kuali, memula calit pakai jari kat kuah yang tertinggal kat bahagian dalam tutup tin tu. Pastu, gatal2 nak jilat gak. Memang kaw tamak..

Anyway, lepas scene tu berlalu, aku bancuh sket kesan2 tinggalan gravy dalam tin tu pakai air masak dan curah kat dalam kuali.

“Lantak la.. takde la cair mana pun. Kalau cair, biar lama sket atas api” – sendiri kasik solution yang bijak untuk diri sendiri.. ahahahah.. =P

Kesimpulan – spaghetti tu masak dengan sedapnya!

Ayah aku makan, akak aku makan, adik aku makan, mak aku jamah sket sebab dia baru lepas makan. Pujuk2 suruh makan pun takmo sebab dia ckapa perot dia kecik. Tak muat nak masuk makanan lagi.

Arrhhhhh…

Indra pemasak spaghetti yang hebat~ hahahahha.. =P

p/s: Sori la kalu rasa meleret2 entri kali ni.. saja datang angin rajen… ngeeheheheh… (^__^)

p/p/s: Lupa mau cakap. Menjerit tu sebab lidah kene bucu tin yang tajam tu. Rasakan! Tamaks! Hahahhahaha...

-salam-


 - ni ha sos spageti tu.. seedaaaaaappp~

Friday, April 02, 2010

Peristiwa di satu malam...


Time : 11.05pm
Date : 31st March 2010
Place : My room. On my bed.

I arrived home at around 10.40pm. As usual, I felt hungry. I mean, really-really hungry. As usual, my mum akan masak. Diz time, masak nasik, ikan goreng dengan sambal & gulai udang.

Berselera nak makan...

Tapi.. Tu semua makanan yang berat. Haku akan rasa serba salah dan rasa bersalah kat diri sendiri kalau makan tak hengat dunia... Huhuhu...

Selalunya, bedal je apa yang ada. Rezeki jangan ditolak. Lagi2 mak sendiri yabg masak. Of course sedap.

Tapi... Masa salin baju, tenung diri lama-lama kat depan cermin. Fokuz kat area perot. Haihhh.. Kalu tetiap malam makan berat sebelom tido, boncet la perot aku ni kang. Takmo~ takmo~ takmo~ (^_^')

Pilihan yang lain...

Zup zap zup zap~ (sound effect adengan menggeledah...) Carik buah dalam peti sejuk. Besenya ada epal or orange or tembikai or pear or any buah lah. (ni yg best stay ngan family. Makan memang takde masalah)

Tapi... Buah takdok! My my my~
Blame it on my brother. Dia memang tamak! (aku terajang budak ni kang...)

Huuu... Sedeh..! [T_T]

Bukak almari selongkar apa yang patot. Mak aku, tengok dengan pandangan curiga... "Apa yang kaw carik tu haaa?"

"Takde pe..." Jawapan standard aku kat mak aku. Kadang2, aku tambah - "mama ni sebok jew..." (jangan tiru, dialog ni memang biadap).

"Sebok kepala hotak kaw! Org cakap sikit, dah kata orang sebok." tu respond balas yang kadang2 aku dapat.

Mak haku ngan aku memang rock kapak. Selamber je. Papepun, aku tetap sayang mama aku yang sorang tu. LoveHerSoVeryMuch!!!

Anyway...

Naaaahhhh!!! Tu dia.. Jumpa mee hoon Pa Ma yang memang shedaps dan menarek hati.

Tergerak hati nak masak.

Tapi wait!!! Tu makanan berat gak!

Haishhhhh...

Aku dah lapar badak ni.. Makanan takdok. Cemane? (makanan ada, choosy ratu je lebih. Chehh! Ngader!)

Carik kawasan laen.

Yesss!! Jumpa!!

Keropok ikan! Alas perot~

Tapi... Tak kenyang.. Huhuhu... (T_T)'

Tak bole jadi ni...

Selongkar peti sejuk balik...
Jumpa Ladys Choice - peanut butter with strawberry jam stripes. Botol kecik. Tinggal lagi dalam 1/3.

Hurmmm.. Kalau aku tak makan, musti adik aku abiskan. Rugiiii ~ rugiii~ sedap neh. - haku membebel dalam ati.

Takleh kasik mama aku nampak. Kalu tak komfem dia bising. So, amik sudu, amik jem tu, sorok dalam baju, masok dalam bilik.

Arghhhhh~~~ heaven! Aku berjaya menghabeskan jem itu dalam masa kurang dari 5 menet! Mission accomplished!

Sedaaaap~

Hahahhaha...

Kesimpulannya, dinner aku malam ni, mentega kacang dengan lapisan stroberi dan jugak keropok ikan.

Tahniah! Tahniah! Bukan makanan berat!
(yea rite! Cemane kaw tau? Poyo je kaw neh)
Ha ha ha~