Friday, November 12, 2010

R.I.P Facebook?

Salam semua.. =)

Entry sblom ni, aku cakap pasal aku deletekan akaun Myspace aku. Dah wassalam dah menda tu. Entry kali ni nak cakap pasal social network yg paling digilai rakyat Malaysia, hatta PM tu pun sibuk dok suruh org2nya reach out to people with this one method.

Kali ni, aku cadang nak delete akaun Facebook aku plak. Dalam list of friends, now I have roughly 400 people. Out of that, dalam 90% aku kenal personally dalam real world. Kawan2 skolah, kolej, keje, kawan2 sekarang ni. 

Lagi 10% tu, tak kenal. Baru nak kenal2 kat FB. Manatau kot2 leh wat skandal ke (brani mati kuar statement ni), carik jodoh ke, hapa ke.. hahahah... =P

Dan aku ni plak, sangat la rajinnya nak hapdate status and komen2 status orang kat situ. Carot2, kutuk2, keji2, kasi kata2 semangat, wish besday, macam-macam lagi la.. Hehe...

Anyway, semalam aku tergerak ati nak suspend akaun FB aku. Kejap.

Alasan? Takde pape alasan yang spesifik. Aku just nak buat je. Just Do It bebeh~ Pastu ada la timbul speku-speku (spekulasi) sisi yang cam hareeemmm dan jugak keriangan some of kawan2 aku...

Contohnya - "Why did you suddenly delete your account? Are you trying to avoid someone?"

"Have you done something sinister in there and you wish other people didn't know about it?" [Biadap sangat opismate aku yg wat speku ni... cakar ngan garfu mau?]

"Yay! Lepas ni bole la kitorang kutuk you kaw-kaw dalam FB tu. Carot2kan you puas2.. ahahahhaha" (Kan!! Suka kaw kan! Jawapan beta - "Heleee... takpe... I'll be oblivious to whatever happening in FB after this... So, tak kessaaaahhh. Hahahahah..")

"Halaaa.. kenapa you delete akaun you.. tak best laaaa..." [My respond untuk ni - "Duhh... like I'm no longer contactable la kan? My phone is still functional la. You bole sms or call me. Bukannya I cut off totally pun. Lain le kalu mati dah.. Memang takde apa2 connection ngan duniwai ni lagi la.. hahahaha..."]

Well, aku bukannya delete akaun tu forever pun. Sementara je. Nanti bila aku da rajin nak login balik, aku just login je la.. Check kat Google, katanya kalu deactivate account, dalam masa 2 minggu akaun tu still ada. Kalu nak reactivate balik, just login macam bese je. Senang.

Initial plan is to suspend my account for about one week. Date suspension starts from 11/11/10. Tengok la nanti macam mana. Kalu withdrawal syndrome tak kuat sangat, I think I can survive without FB for about 1 week. 

Haritu masa tak dapat main game Mafia Wars & Farmville kat FB, perghh.. Gila pelik rasanya. That's withdrawal syndrome. Hahahah... 

Sekarang ni kene hati-hati sebab takleh ada accidental login kat FB tu. Kalu tak, akaun akan active balik. Aku da link-kan akaun Foursquare aku kat FB. Sekarang ni gila nak mobile check in kat sumer tempat yang aku pegi. 
Kalu naik LRT pepagi pun, kalu bole, setiap stesen yang stop tu, sumer aku nak check-in. Gila nak kumpul point. Hahahhahaha...

Tapi cara keji ni tak dibenarkan oleh foursquare. Katanya rapid-fire check in ke, tah kemende tah. =P

Anyway, kes accidental login ni, kalu aku postkan check-in aku kat FB, system akan otomatik loginkan aku dan subsequently, membatalkan account suspension tu. Sebab tu kene hati2. =)

Anyways, tengok la cemane life without FB ni. Sebelom ni, sehari bole lebih dari 10jam dalam FB (termasuk hari bekeje. Riang ria je login pesbuk dari opis. Walaupun dilarang. Hahahaha...). Lagi2 skang ni da subscribe mobile data plan kat Maxis. Kalu bole, selagi bukak mata, selagi tu nak online FB. Hahahahah...

Lets say, kalau aku berjaya tak login selama 2 minggu, akaun aku akan permanently di delete oleh sistem FB. Well, if that happens, takpe la kot...

Before this, takde FB, idup je... after this, kalu takde FB, rasanya ok je kot. Hehehe... 

Okeh! Semangat! Semangaaaaat!!! =)

Skang ni, FB badge aku kat blog ni tak nampak muka aku lagi dah. Nampak tulisan - FACEBOOK je. 



-Sekiyan- 

p/s: Aku jugak da delete akaun Tagged.com aku. Lepas ni nak delete apa plak eh? Hahahahahah...

Sekarang da tau kenapa ada tanda soal "?" kat title entry kali ni? Sebabnya menda ni bukan final decision lagi. Tengok la cemane ek.. =)

Tuesday, October 19, 2010

R.I.P Myspace

Salam semua...

At last, last week, berjaya jugak mission nak mendelete akaun Myspace aku. Da lama giler niat nak delete. Tapi rasa sayang sangat sebab - 

 1. Banyak giler pic dalam akaun tu. Beratos-ratos ko tau! Kalu ditotalkan, maybe sampai seribu lebeh kot. (Tapi banyak album hide sebab ada pic yg seasonal)

 2. Kalu da banyak picture, banyak la komen2 yg diterima. Especially komen2 untuk pic yg seksi, terdedah sana sini tu. Nakal mereka tu semua... (ahahahah... sendiri yg gatal, tak hengat!) Trust me, giler banyak pic yg separuh ato lebih dari 50% bugil dalam myspace tu. (maksodnya, pic pakai swim trunk yg ketat, pkai spenderr je, etc.)

 3. Banyak gak komen2 yg diterima. Lupa nak wat screenshot untuk komen2 tu. Lebih dari 5,000 komen2 kot. Sebelom zaman Pesbuk, Myspace la pojaan hati. Berkat berjam2 kat mspace tu setiap hati, beribu-riban la komen yg diberi dan diterima.. Yang paling best, ada yg berani nak postkan no tepon memasing dalam komen kat page aku. Aku pulak, tengok mood. Besenya, aku tak publish komen2 tu. Tapi kalu rajin, publish je. Hahahah...

 4. Tiap kalu update status ada je yg komen2. Ada responds. Tu yg buat jadi best tu. Nakal mereka-mereka itu... hakhakhak~ (sekali lagi, tak malu tuduh orang lain nakal. Sendiri tak hengat!)

Tu la dia sejarah aku ngan Myspace. Aku buat akaun tu dari bulan April/May 2007. Last week, delete sudehh~

Bawah ni pic2 kenangan sebelom didelete.. =)

Pic 1 - Tak pasti la bila derang letak feature ni. Tapi profile view aku ada 41k view. (naseb bek profile pic ni nampak muka je. Selamat. Leh tunjuk kat blog ni.. hahaha..)

Pic 2 - Friend list tak seberapa la. Baru 3 riban lebih. Orang lain ada sampai 15 riban kau tau! Gila sosialist! Hahahaha.. Cuma nak cakap kat sini, Pic no 3 yg bernama Orlando tu kawan aku. Dah meninggal dunia. Baek orangnya. Soft spoken dan sangat2 baik. Sebab sangat baik, org selalu amik kesempatan atas dia. Kesian aku dgr citer dia. Selalu gak share stories. Penat gak suh dia lawan balik. Tapi dia takmo sebab dia bukan jenis org camtu. Dia meninggal sebab lung infection. Meninggal dunia pada 3 May 2009. Umo baru 24 taun time tu. Alfatihah untuk Arwah Ejoi. Gosh... I miss him... Hope to see him again soon.


Pic 3 - Rekuest kensel akaun kat Myspace.

Pic 4 - Tetap nak buat verification! Orang nak kenselkan, sukati orang la!


Pic 5 - Dapat email. Kunun cakap - kitorang rasa sebak ko tinggalkan kitorang. Janganla wat camtu sayank...
Ptuih! Hahahhaha.. Bole blah~ Hati suda nekad! =]


Pic 6 -  Masuk sistem penkenselan akaun. Yes!


Pic 7 - Akhernya~! Tidak jumpa lagi akaun Indra Ardnie || nxx7.blogspot.com tu... hehehehe.. Syabas beta! Syabassss!

Monday, October 04, 2010

baru..

Salam Semua...

Hehehe.. penyakit malas da berjangkit2 & semakin meleret2... malas nak hapdate blog segala bagai nehh~

Bulan raya da nak abes.. taun ni memang sangat bestnya raya & puasa. Puasa best sebab da explain kat entry yg sebelom ni. Raya taun ni plak best sebab ada saja invitation open house. Weekdays, weekend. Makan sokmo! Hahahah.. Gemok laaaa~ =P

Open house kat rumah kwn2. Open house kat hotel. Yang penting, kenyang. Alhamdulillah.. =)

Oh yer... Dalam masa sebulan ni, ada a few things yang jadi yang aku nak share kat sini...

At last, after 350,000 viewers or so, aku berjaya jugak access akaun aku yang satu tu dan berjaya delete semua-semua yang berkaitan. Lega sangat-sangat. Dah lama nak delete menda-menda tu. Tapi tak dapat sebab access was blocked by most of the ISP.

Paham apa? Tak paham? Its okay. Pada yang tak paham tu, tak perlu tau apekemendanya. Yang paham tu, wat2 bodo sudeh~ Hehe... =P
Lagi, aku da create an account kat Formspring - website untuk Q&A session. Interbiew la katanya.. Kunun2 berniat nak menjawap sumer soklan yang bakal ditanya dengan sejujur-jujurnya.. So, tengok la cemane nanti.

Formspring aku - www.formspring.me/ardnie

Next, bebaru ni aku beli CD - Last week.Hari Khamis [30 Sept]. CD yang pertama dibeli pada taun ni. =]

Actually takde niat nak beli pun. Time tu tengah tunggu pic passport aku siap kat kedai gambar. Orang kedai tu cakap, siap dalam seploh menet. Sebab malas nak naik ke opis balik, aku merayau-rayau la kat Suria KLCC. Online kjap kat Starbucks, pastu gatai kaki masuk dalam kedai CD.

Nampak a number of CD's disusun kat depan kaunter. Atas meja. (ada diskaun 20% untuk CD yang derang letak atas meja tu.) Belek2 sapakah artis yang terlibat - "Hmmm.. Tak kenal, next! Tak best, next! Dah ada... Next! Lagu bodo.. Next!"

"Eh, CD ni murah! Maher Zain. Hurmm... Sapa ni eh? Rasanya macam penah nampak status update kawan baek aku kat FB (dia ni memang suka menghapdate status yang tahpape. Pastu peminats2 dia berebut komen. Hahahaha.. Matilaaa.. Ikram kene carot dalam blog aku.) not so long time ago. Aku baca sepintas lalu je status dia tu. Katanya lagu Maher Zain best."

Aku nak beli, tapi kompius kejap sebab kat cover CD tu tulis - music version.
What is this suppose to mean? Tanya counter guy tu - "Sekiuz me, errr.. menda ni maksodnya takde vocal ke? Macam karaoke je ke?"

Ye la.. kene la tanya & clarifykan sebab harga CD ni murah compare dengan CD-CD lain. Manala tau tertipu lagi ke. Hapa ke... Sebab 2 taun lepas ada beli CD Kak Siti (whoops! terkantoi! hahaha.. guwe memang beli macam2 CD okeh. Dari Muse ke Maroon 5 ke Celine Dion ngan Mariah Carey ngan Siti Nurhaliza. - sumer ori eh... Aku tak support piracy.) yang murah. RM25 kalu tak silap.

Compilation kununnya. Excited sangat punya pasal, beli je. Tak tanya pun kat counter tu, dan tak belek2 pun. Bila pasang, audio je. Pulak tu, yang tensennya bukan bunyi original music instrument (gitar, drum etc etc) tapi bunyi "ting ting ting" camtu... (Sori, lupak apa version menda alah album tu. Alaaa.. yang lebih kurang sama ngan music box tu. Pusing2kan key-nya, pastu benda tu berbunyi la semenet dua)

Hampeh! 

Tertipu guwe!

Geram! Tak tau mana aku campak CD tu. Hahahaha...
So, kali ni memang tanya bebetul la. Takmo jadi sekalu lagi. Lepas orang tu komfemkan,
aku beli ler.

Sebelum ni memang aku tak penah dengar mana2 lagu dari Maher Zain tu. First track aku dengar, memang best!! Meremang bulu roma bila dengar lirik lagu tu... Haishhh...

Kesimpulannya, saye nak rekomenkan kepada kenkawan untuk beli CD Maher Zain ni dan dengar lagu2 dari dia. Memang sangat-sangat best dan out of 14 tracks dalam CD ni, at least pada aku, 12 lagu adalah lagu2 yang sangat best didengar. 

Sangat berbaloi and worth of money spent for this CD - RM27.90. As oppose to typical new artist (dia ni artis baru kan? aku tak penah wat kaji selidik plak pasal ni), dalam satu album yang ada 10 lagu, 2 ato 3 je yang best. Lain-lain, crap! Harga, RM40 or so. Memang bodo~

Ni dia cover CD Maher Zain yang aku kidnap dari blog orang lain setelah rajin mencari di Google. 

Selamat mendengar! =)




Wednesday, September 08, 2010

Salam Raya!

Salam semua…

Lately ni rasa macam terabai sangat dah blog haku ni. Bersawang-sawang dah. Kalau kucen, komfem kucen tu da sangat selebet dan mungkin mati kelaparan sebab diabaikan. Haizhhh…

Memang ada idea nak sambung tulis merapik-repek citer yang dah jadi dalam life aku. Tapi takde mood nak tulis sebab ada ‘clash of interest’ dalam diri sendiri.

“Kalu aku sambung tulis blog ni, bole ke berperangai gila2 cam dulu gak?”

“Ato kene pakai ayat-ayat skema sebab semenjak dua menjak kebelakangan ni, post haku dah jadi serious yang very DBP-ish macam pengetua skolah kasik speech masa perhimpunan.”

(Diatas adalah dialog aku dengan Indra – diri sendiri.. Hiks! Hahahah…)

But that’s not me lah… I’m sooo not serious type of guy yang cakap sepatah-sepatah macam pengetua skolah.


So, haku decide nak revert back to the same old style yang haku buat dulu untuk tulis blog haku ni.

Besides, its my blog aite? So, its my own prerogative on what is it the thing that I want to do here.  =)

So, here it goes lah…

Wahh!! Insyaallah lagi dua hari nak beraya dah!

Rasanya korang2 sumer ni musti excited nak giler nak beraya kan? Aku? Aku biasa je kot… tak excited sangat… coz raya tetiap taun sblom ni, rutinnya sama je. Bosan lagi membosankan sebab beraya kat KL.

Nak pegi shopping mall, banyak giler yang tutup…

Last year raya, aku pegi IKEA ngan kawan2 aku pada hari raya pertama. Yes! Betol! IKEA!

Sedeh kan? (Carot) Hahahah… Orang lain gi lawat saudara mara etc etc, aku gi lawat IKEA. Sungguh mantap cara merayakan Aidil Fitri aku ni? Makan Swedish meat ball kat sana.. Erk~ Lapar la plak. Dah la pagi tadi tak saho..

Anyway, the main purpose untuk blog entry kali ni bukan pasal raya. Pasal puasa…

To tell you guys the truth, this is the most happiest and most meaningful Ramadhan yang aku penah rasa so far as an adult. (erk~ adult tak semestianya tua kan? Aku muda lagi kan? Hahahha.. =P)

Sebabnya, ada a few…

1st skali, TAK pernah sehari pun dalam Ramadhan kali ni, aku berbuka puasa sensorang. Alhamdulillah.. YEay! Eventho ada sehari tu aku memang bebetul nak bukak pose sorang2. Dah reject kawan ajak bebuka sama hari tu, still, about 10 minutes before bebuka, terserempak kawan kat Cold Storage tengah bayar makanan dia. Dia ajak berbuka.

Plan awal2, makan pastries ngan beli air kat Cold Storage je. Makan kat depan fountain park klcc ni. But then, bila terserempak ngan kawan yang lama tak jumpa tu, dia cakap, dia bebuka sorang2. So, tak jadi la aku bebuka sorang2. Bebuka ngan dia.

So, menda ni aku rasa happy sangat2 sebab memikirkan sebelum2 ni, penah gak bebuka sorang2 kat opis. Sebab kemaruk nak makan Domino’s Pizza. Besenya order 2 regular Pizza Thin crust – my favorite is classified chicken. Terbaek wok!! Ngan sometimes, kalau tamak, order spicy ciken wing. Dan sumer tu dihabiskan sendiri. 3 or 4 kali gak la ada peristiwa tersebot. Hahahaha…

Anyway, bagi aku, kalau dah berbuka ngan kawan2 tu, rasanya tu memang rezeki aku. (notice tak, aku sebut bebuka ngan kawan2.. aku memang jarang balik bebuka ngan family. Sebabnya malas nak bersesak2 kat lrt tu dan usually, kalu kerja, aku balik after 6pm. Selalu after 6.30 camtu. Tak sempat nak naek lrt, tunggu bas dan segala bagai tu)

Lagi, aku rasa extra tenang puasa ni. Unlike past2 puasa… Tapi yang ni aku taknak elaborate lah… Let it be just me yang tahu the details. =)

Insyaallah, kalau umur panjang, boleh jumpa dengan Ramadhan next year pulak. Harap2, apa yang aku rasa sepanjang Ramadhan ni, stay macam ni selama yang mungkin.

Untuk Sahabat-sahabat sekalian, Selamat Hari Raya Aidilfitri aku nak ucapkan.

Ikhlas dan rendah diri dari hati yang paling dalam, saya Mohon & Minta Ampun dan Maaf atas semua kesalahan, ke-khilaf-an, keburukan, kesilapan, kekurangan, kejahatan dan segala dosa yang saya lakukan secara sengaja atau tidak selama awak semua mengenali diri saya ini. Saya manusia yang terlalu tak sempurna dan sentiasa melakukan kesilapan. Ada masanya saya sedar saya melakukan kesalahan, tapi saya ego dan sombong tak nak mengaku salah saya. Saya menganggap semua tu benda remeh yang tak perlu saya pedulikan. Saya silap.

Ada masanya jugak saya tak sedar yang saya dah lakukan kesalahan. Selagi saya masih bernafas, selagi nyawa ini Allah tak cabut lagi, selagi tu lah saya akan terus-terus melakukan kesilapan. Saya Minta Maaf atas segala-galanya.

Saya jugak tak layak lagi nak memaafkan orang sebab rasanya kesalahan diri sendiri terlalu besar. Tapi saya dah lupakan semua yang saya sakit hati sebelum ni. Life’s too short to fret and to keep stressed out.

Pasal kad raya plak, takde masa extra taun ni nak wat digital kad. (Taun lepas, aku rajen nak googlekan imej kad raya & combine sumer2 kad tu. Kununnya kad raya sendiri… Kununnyaa..)

So, recycle je kad raya taun lepas. Hokeh kan? Hahahah.. =P

Salam lebaran semua… Semoga anda sentiasa diberkati and semoga raya kali is the best raya ever! Insyaallah…


P/S: Baju raya taun ni kaler merah pekat. Sumbangan my mum yang sayangkan saya dan menyampah tengok saya malas beli baju melayu sendiri dan menyampah jugak tengok saya pakai baju tahun-tahun lepas. Cita-cita kunun nak beli baju melayu baju slim-fit. Tapi tu cita-cita palsu sebab tak berusaha pun nak carik. Bizi sokmo. Mengalahkan pengetua skolah. Hiks! Hahaha.. =P

Saturday, August 21, 2010

Solat...


“Indra! Bangun! Solat! Waktu subuh dah nak abis ni.”
“Ermmm… Kejap...”
“Apa kejap-kejap? Dah kol 7 dah ni. Nanti kalau solat lewat, syaitan bertanduk yang kau sembah nanti. BANGONN!”
“Alaaa.. kejap lagi la.. nantok lagi ni.”
“Eh budak ni, aku pijak jugak kang. Bangon sekarang!”
“Ye la.. yelaa… orang bangun ni. Pepagi lagi dah membebel. Heeeeeee! Menyampah tol.”
Di atas adalah dialog yang biasa sangat terjadi antara aku ngan mama aku. Almost setiap hari. Kadang2 mak aku sangat tensen nak kejutkan aku bangun untuk solat subuh, sampai dia tensen.
Pernah sekali, dia terlalu marah kat aku, sampai dia cakap – “Lantak kau la kau nak sembahyang ke idak. Dah puas aku ingatkan kau.Lepas ni, kau bangun sendiri. Tak kuasa aku nak kejutkan kau lagi.”
Ye.. menda tu jadi sehari je. Dan hari kedua, she will start the same routine allover again.
That’s my mum. Ever so resilient and never wanting to give up on me.
“Ingat! Kau tu bakal jadi pemimpin. Kau kene pimpin diri sendiri dulu sebelum nak pimpin keluarga kau nanti.”
“Ye lah, ye lah, ye lah! Bebel je la mama ni”
‘Yang membezakan antara Muslim dan kafir tu, sembahyang. Kalau kau tak sembahyang, apa beza kau dengan orang kafir?”
Everytime mak aku cakap camtu kat aku, sentap aku. Tapi lama2, dah lali.. biasa. Takde rasa apa-apa.
Most of the time – actually, almost 99% of the time, this is what will I do.
Go to the bathroom –
Pretend to take my ablution (amik air sembahyang)
Pretend to pray
Pretending, pretending and pretending all the way without even having the slightest guilt and remorse on what am I doing while I know & fully aware of this, it’s so bloody SINFUL for me to do that.
And I’m staging it, become a very good actor and liar. And all those act I did in front of her are just to satisfy her. To stop my mum from bugging and nagging at me again. I lied to my mum. I lied to myself. Worst still, I lied blatantly to the owner & creator of this life, the entire galaxy and its content. Creator of my life and soul – Allah. And all this was done without having the slightest fear or guilt.
Sangatlah terlalu buruk, sombong, angkuh, bongkak, ego dan terlalu pentingkan diri sendiri punya perangai yang aku ada ni. I purposely ignore the fact that whatever nikmat yang aku dapat selama hidup ni, semua datang dari Dia.
Anyway, back to first part of this entry.
Kelakuan keji & hina aku tu berlangsung selama beberapa tahun. Aku tak ingat sejak bila. Maybe dah lebih dari 5 tahun kot. Terlalu lama berlakon sampai aku langsung tak rasa bersalah menjadi seorang penipu. I’m fully aware, Allah dah kasi peringatan. Tempat untuk seorang munafik itu adalah neraka yang paling bawah sekali. Bakal mendapat siksaan yang paling berat dan semua peringatan tu, aku tahu. Aku sedar apa yang aku buat. Tapi aku masih buat dengan tanpa rasa bersalah.
Perbuatan aku yang berpura-pura ni, dah sama sangat dan sesuai sangat kalau nak dilabel sebagai munafik. Indra Gunawan, seorang yang munafik.
Memula, aku masih lagi pergi ke masjid untuk sembahyang Jumaat. Lama kelamaan, aku jadi malas. Aku lagi suka merayau2 kat KLCC tu time orang lain tengah solat Jumaat.
Sebulan..
Dua Bulan..
Tiga Bulan..
Empat Bulan..
Semua tu berlalu tanpa aku pergi sembahyang Jumaat langsung.
Dan aku langsung tak rasa bersalah pada diri sendiri. Apatah lagi nak rasa bersalah pada Allah.
Dan aku sangat-sangat tahu, Nabi Muhammad ada cakap, siapa yang skip Solat Jumaat 3 kali berturut2 tanpa ada sebarang keuzuran yang dibenarkan syarak, pintu hatinya akan ditutup.
Knowing this fact, I still have the nerves to say – Ok, Fine~…
If you were to read my previous entries and if you know me personally, you’ll know that I’ve wanted to change my life recently. And this is because of reading and knowing about The Secret.
I want more money.
I want to be more successful.
I want to be a better person.
I want to have more on everything.
I want to have more friends.
I want people to love and like me more.
I want to help my parents.
I’ve tested & practice The Law Of Attraction stated in The Secret and I started to get some of the things that I wanted. Among other things are, I want people to give more attention to me when I go to certain places. And yes, no surprise, I did get more attention.
Some part of The Secret says – “Every traditions says, there’s something out there bigger than you. Something that can give you what you want.”
“The Universe will arrange itself according to what you feel and deliver what you want to you in the ways you will – most of the time – never expected it”
“Be grateful and feel grateful. You’ll get more if you practice this Attitude of Grattitude.”  
And many-many more similar things like this.
All of these statement points to one only. God. In this case, Allah.
I know about this fact and still, I vehemently try to push it away. My logical thinking thinks, I can do this without his help. I can achieve and get what I want without ever having had to perform Solat like other Muslims. Why? Because all the non-Muslims can get what they want without ever performing Solat. So why should I?
How super extremely arrogant I am for having the guts to think like that. Don’t you think?
But as I try to explore & experiment more on The Secret, I get more and more stressed out and frustrated because I don’t ever get what I really want.
A part of me is constantly telling me that I need to start practicing and become the real Muslim. Then all those things that I want can be materialized because ALL of the things that I need and I want come from Him - Allah. No other source.
One day, I told myself – “Berhentila buat keje camni. Kau buat ni kan, serupa macam, kau nak mintak macam-macam kat Tuhan. Tapi kau membelakangkan dia. You’re asking A LOT from him. Yet, when you do the request, you turn your back against Him. That’s so not right. So damn arrogant of you Indra. Until you die, you’ll never get any of those things that you wanted so badly because you’re being snobbishly arrogant to the Creator Himself.”
This thought comes to my mind when I was at the gym. Many days before this thought, I feel depressed, demotivated and so down because I think all of my efforts were in vain and useless. No results. Nothing.
I didn’t work out much during that time. I was pondering deep in my thoughts and I almost cry (again) thinking of how useless I am. Not being able to help my parents at this age – 28 years old.
“Indra, Jom solat!”
These three words really got into me. I don’t know how to describe it. I feel like my whole body has been slapped and my friend, who’s been inviting me to Solat didn’t even touch me.
“Damn it you stupid idiot! That’s the thing you’ve been missing! Solat! Macam mana Tuhan nak kabulkan semua permintaan kau tu kalau kau tak pernah nak sembahyang? Sombong gila babi kau ni! Kau ingat kau tu sapa hah?!” – These are the words that I’ve told myself at that moment.
I hesitate to go.
Yes. I do hesitate to go to Surau and perform my duty – Solat.
He went on without me.
I curse myself more for not going even after I know how wrong I am not doing the things that I suppose to do.
After about a minute. He comes back.
“Tertinggal botol air.” He said.
“Go now! GO! Follow him! Just take the first step, Indra.”
I did go.
God… How relieved I felt after that. Being able to do something that I’ve never did for many years already – Solat Maghrib. This happened about 2 or 3 weeks before Ramadhan 2010.
From that day, aku dah bertekad nak berubah. Sikit demi sedikit.
Ya Allah, berilah kekuatan untuk aku berubah. Bantulah aku untuk berubah ya Allah.
Ya Allah, walau apapun yang aku lakukan dan perbuat di dunia ini, jangan sekali-kali kau tarik nikmat-Mu yang paling besar – Iman dan menjadi seorang Islam.
Ya Allah, ampunkan dosa hamba-Mu yang bersikap sombong, ego, bongkak, berlagak, takbur dan terlalu buruk ini. Maafkan aku ya Allah.
Itu antara doa yang aku baca selepas solat. Aku mahu berubah. Aku tak mahu lagi menjadi manusia sombong yang mahu mintak macam-macam dan pebagai perkara kepada Tuhan, tapi enggan sujud kepada Tuhan itu.
Ada waktunya, aku menangis… Tapi details pasal tu biarlah antara aku dan Dia sahaja yang tahu.
Sekian,
Wassalam…

Sunday, July 11, 2010

iPodku...

Salam semua..

Harini hari yang agak malang sebab petang tadi, kat gym telah berlaku satu peristiwa sedih, menyayat hati dan membuat aku blur gila!

iPod nano aku yang aku sayang dan aku tatang macam minyak yang penoh dah takde. Dah ilang! Huhu...


 Aku rasa aku dah letak dalam backpack aku. Tapi bila da abis gym & selongkar2, tak jumpa!! Huhuhu...

Memang takdir nak ilang la iPod tu arini.. (T_____T)


Selama aku kat workout kat gym, tak penah sekali pun aku tak pakai ipod or mp3 player. Sblom ada iPod, pakai Sony Mp3. Lepas sony rosak, serbei2 iPod, fall-in-love in the first touch n raba2... Terus beli sejibik...

iPod yang ilang ni, iPod kedua yg aku beli.. yang pertama tu, da dijual sebab nak beli yang second ni. Yang second ni plak, akhir bulan 10 taun lepas aku beli. So, tak sampai setahun lagi aku pakai menda ni, da ilang. 


Sabar je! Huhuhu..


Clumsy la... Aritu 2 kepin jam tangan ilang kat gym gak..
Sblum tu, kat Fitness first, henfon kene kidnap... Hadoiihhh... 


Takpela.. Da bukan rezeki, nak wat cemane. Dalam iPod tu, ada lagu2 je. Pastu ada video aku rakam sendiri (video bersih okeh. Jangan pikir bebukan. Pukul kang baru tau.. hehehe)


Dan yang paling penting, dalam tu ada The Secret - Audio Version... 


Hadoi laaa.. Lepas ni kalu nak gym, takde la nak pakai mp3 lagi.. huhuhu.. nak dengar iPod dalam iPhone aku ni, memang takkan la. Malas nak bawak phone yang berat giler tu..


Anyway, harap2, ada rezeki yang lagi baek dan bole beli iPod yang lain. Ameeeeeeeeeeeeeeeeennnn~ (tolong doakan dan aminkan jugak eh kawan2.. =])


Dan yang paling penting, aku harap orang yang mengambik/menchurik iPod aku tu dapat dan berminat nak dengar The Secret tu.. Mintak2 idop dia akan bertambah baek lepas ni.. Amin...


-sekian dari aku yang tak tau nak rasa tensen ke, sedih ke, hiba ke, marah ke, hapa2 la... mengeluh kejap2 je sudeh-

Tuesday, June 29, 2010

Time...

Salam Semua..

Memula ingat nak update blog pasal diri sendiri. Tapi aku memang takde masa lately nak buat menda tu.

Harini, aku come across this email yang aku copy-paste kan kat bawah ni. Bila pikir balik secara tenang, memang sangat betul apa yang cuba disampaikan dalam email ni.

There are things that are matters most in our life. Parents. Family. Friends. Health. Cuma most of the time, aku rasa aku dah get destracted from what matters most in my life, especially my parents. And also my friends.

Gosh...

How grateful I am to have good friends around me that I can share things and most importantly, for them to be supportive when I'm feeling down.

Lepas aku postkan entry sebelum ni (aku menangis), the support that I get from my friends are absolutely great! I'm deeply touched and humbled by it. Thank You absolutely much sahabat. Terima Kasih... (^____^)

Honestly, aku tak harapkan apa2 masa aku wat/taip posting tu. Aku cuma mahu bercerita kepada yang sudi membaca. But I'm speechless on the support.

Anyway, here's the email...

(aku highlight a few key-words dalam email ni in color. So that it will stands out from the rest)

-Start-

-The Mayonnaise Jar and 2 Cups of Coffee-

When things in your life seem almost too much to handle, when 24 hours in a day are not enough, remember the mayonnaise jar and the 2 cups of coffee.

A professor stood before his philosophy class and had some items in front of him. When the class began, he wordlessly picked up a very large and empty mayonnaise jar and proceeded to fill it with golf balls. He then asked the students if the jar was full.

They agreed that it was.

The professor then picked up a box of pebbles and poured them into the jar He shook the jar lightly. The pebbles rolled into the open areas between the golf balls.. He then asked the students again if the jar was full. They agreed it was.

The professor next picked up a box of sand and poured it into the jar. Of course, the sand filled up everything else. He asked once more if the jar was full. The students responded with an unanimous "YES."

The professor then produced two cups of coffee from under the table and poured the entire contents into the jar effectively filling the empty space between the sand. The students laughed.

"Now," said the professor as the laughter subsided

"I want you to recognize that this jar represents your life."

"The golf balls are the important things---your family, your children, your health, your friends and your favorite passions---and if everything else was lost and only they remained, your life would still be FULL..."

"The pebbles are the other things that matter like your job, your house and your car. The sand is everything else---the small stuff."

"If you put the sand into the jar first," he continued,

"There is no room for the pebbles or the golf balls. The same goes for life. If you spend all your time and energy on the small stuff you will never have room for the things that are important to you."

"Pay attention to the things that are critical to your happiness. Spend time with your children. Spend time with your parents. Visit with grandparents. Take time to get medical checkups.. Take your other half (spouse or loved ones) out to dinner. Play another 18 (be and stay young at heart)."

"There will always be time to clean the house and fix the drains. Take care of the golf balls first---the things that really matter. Set your priorities. The rest is just sand."

One of the students raised her hand and inquired what the coffee represented. The professor smiled and said, "I'm glad you asked."

"The coffee just shows you that no matter how full your life may seem, there's always room for a couple of cups of coffee with a friend."



-End-

Semoga kita bersama dapat mengambil pengajaran dari cerita ini... =)

Sunday, May 30, 2010

aku menangis

Salam...

Semalam, Jumaat 28 May 2010, aku menangis. Selepas bertahun-tahun aku tak menangis. Last time menangis, sebab break-up ngan lover aku. Anyway, entry kali ni bukan nak cakap pasal menda yang dah bertahun-tahun lepas jadi. Aku nak share pasal sebab aku menangis semalam.

Aku menangis pasal mak aku. Pasal Mama aku. Pasal Puan Murtini Mukhtar.

Sejak 2~3 minggu kebelakangan ni, aku dah nekad nak carik peluang untuk tambah pendapatan. Gaji aku sekarang ni sekadar cukup untuk sustain diri sendiri from month to month je. Aku rasa dah sampai masa untuk aku bebetul carik jalan untuk support parents aku. Especially mak aku.

Sebelum tu, nak cakap pasal mak aku ni. Umurnya dah 59 tahun. Lahir pada 1951. Ayah aku pulak, 1941.

Ayah aku seorang penjual aiskrim. Mak aku yang buat. Sekali dengar, memang sounds like fun and interesting. Self-made ice cream. 

Tapi tak ramai yang tau, its a very labor intense work. Untuk buat dan jual aiskrim tu. Untuk buat, kene pakai special mesin & handle ais dan keje tu memang sangat memenatkan. Dan jugak sangat sejuk. Kalau sapa2 yang minat sains, korang akan tau yang bila garam ditambah kepada ais, suhu ais tu boleh jatuh sampai ke -10 darjah Celsius. Lagi banyak garam, lagi sejuk dari suhu original ais tu.

Dan proses nak buat ais krim tu memakan masa sepanjang hari. Dari awal pagi sampai ke lewat petang. 

So, setiap kali abis buat ais krim, mak aku akan tidur awal sebab terlalu penat. Ayah aku pulak akan jual aiskrim. Naik motor & meronda kawasan perumahan. Hujan, panas, semua kene rempuh. 

Aku tak tau samaada korang boleh bayangkan apa yang aku cakap ni, tapi menda ni dah jadi kat depan mata aku dah lebih dari 15 tahun.

Masa sekolah dulu, aku malu nak cakap semua ni kat sapa2. Sebab, parents aku tak keje dalam ofiz yang gah macam parents classmates lain. Parents aku tak well educated macam parents orang lain. 

Alhamdullilah, perangai buruk aku tu tak kekal sampai sekarang. Aku sangat2 bangga dengan parents aku yang membesarkan 7 orang anak2 dengan membanting tulang camtu. Sangat sabar dan tak pernah mengeluh dalam menjalankan tanggungjawap sebagai parents walaupun tugas derang sangat2 berat.

As such, I really want to do something untuk ringankan beban parents aku. Memula bila dapat keje, I thot I can somehow alleviate their burden. Tapi aku tak mampu. Macam yang aku cakap, gaji aku cuma cukup2 untuk kehidupan dari bulan ke bulan. 
Masa mula2 kerja, lagi teruk sebab aku ni serorang yang selfish. Beli tu, beli ni, untuk diri sendiri. Memanglah tetiap bulan aku ada kasik duit kat mak aku. Now, come to think of it, I can give more to them kalau aku tak shopping sakan untuk diri sendiri.

Sekarang, aktiviti shopping tu aku dah kurangkan. 

Tapi, aku still lagi tak mampu buat parents aku bebetul berhenti dari membuat kerja yang dah dibuat selama bertahun-tahun ni.

Sebulan dua ni, aku dah mula pasang niat nak ada pendapatan lebih. Something yang mustahil nak dapat dari kerja yang aku buat sekarang ni. 

Aku takde idea cemane nak buat. Aku tak tau dari mana nak start. Aku taknak amik jalan singkat, menipu & salah dari sisi agama untuk tambah pendapatan.

Kalau sesapa yang pernah baca buku The Secret, akan tau pasal The Law Of Attraction -


Aku start practice menda ni in smaller scale in my life. (p/s: This is A VERY-VERY good book. Aku rekomen kat semua untuk baca buku ni)

Dan aku praktikkan untuk tambah pendapatan ni jugak.

And true enough, ada orang yang offer aku cara nak tambah pendapatan. Ada cara singkat, be a toyboy - something yang aku takkan buat. Ada jugak cara betul dan halal.

Salah satu yang aku blajar dari The Secret ni - If you don't feel good about it, DON'T do it.

So, aku tak buat cara halal tu sebab aku tak suka. Tapi aku tak putus asa lagi. Aku tetap fokus nak tambah pendapatan ni. Cara halal & aku takkan ragu2 nak kasi mak ayah duit tu.

Alhamdulillah, sekarang ni dah ada peluang dan aku akan cuba sehabis yang boleh untuk berjaya dalam cara ni - Bisnes.

Berbalik pada tajuk entry kali ni, aku menangis semalam sebab aku dengar lagi Siti Nurhaliza ni -


Kerana Dirimu

Aku sekarang
Adalah bahagian dari masa laluku
Aku pernah pergi
Meninggalkan dirimu jauh
Melupankanmu

Tapi lihatlah, diriku rapuh
Tanpa dirimu tiada ertiku
Hebatnya engkau
Tak sedetik pun
Pernah kau meninggalkan diriku
Ku sedari...

(Korus)
Kerana dirimu
Ku mampu berdiri tegar
Walau seberat apa pun
Beban di hadapan ku kini

Kerana cintamu
Ku mampu berjalan tenang
Sesulit bagaimana pun jalan
Yang ku lalaui nanti

Pasti hanya dirimu
Kaulah segalanya
Ku jaga selalu
Satu cintamu...

Aku bebetul tersentuh dengan lirik lagu ni. Dah berpuluh2 kali aku dengar lagu ni, tapi pagi semalam, dalam LRT, aku asik teringat kat mama aku. Salah satu soalan yang ditanya kepada aku masa aku nak buat kerja ni, apa objektif aku nak join.

Jawapan aku - nak support parents.

Lirik lagu tu memang berbentuk ketuhanan. Tapi sampai kat part yang aku underlinekan tu, aku bebetul tersentuh. Sebab terbayang betapa susah payahnya mak aku mencari rezeki.

Aku rasa sebak sebab aku rasa aku ni terlalu lemah. Sebagai anak yang dah berkerja, tanggungjawap parents aku seharusnya dah habis. Memanglah aku tak pernah mintak duit kat derang lagi sejak hari pertama aku keje. Dan memanglah parents aku kene keje sebab adik aku still stadi lagi.

Tapi, sebagai anak - umur dah lebih suku abad, aku patut dah mampu nak bebaskan parents aku dari beban kerja yang berat camtu.

Aku rasa malu dengan diri sendiri. Lepas tu, terbayang-bayang lagi wajah mak aku yang dah dimamah usia, tapi still jugak buat kerja berat yang dia dah buat sejak 15 tahun lepas. Aku terbayangkan parents aku yang tak pernah mengeluh langsung dengan tanggungjawap derang tu.


Aku rasa lagi sebak lepas tu. Aku rasa sedih sebab pada usia yang dah lanjut camtu, selayaknya derang cuma berehat kat rumah. Tak perlu kerja berat camtu lagi.


Aku berhenti kat LRT Bangsar. Aku bebetul tak dapat nak tahan sebak. Aku pegi tandas kat situ. Aku menangis puas2 sebab aku rasa aku begitu lemah. Anak yang tak guna sebab masih tak mampu nak support sepenuhnya MAK & AYAH sendiri.


Dah lama giler aku tak menangis camtu sekali.

Masa tu jugak la aku bebetul determine nak berjaya dalam bisnes yang aku nak buat ni.Ya Allah, beri aku kekuatan dan kemampuan untuk support mak dan ayah aku sepenuhnya ya Allah...

-Amin-

(p/s: kat tandas tu, ada 2 cermin yang sangat besar. Demm.. buruk bebeno muke kalu menangis... huhuhu...)

Friday, May 21, 2010

Hermes + Vagina...?????

Note: Entry kali ni bukan bermaksud nak bersikap seksis (gender bias) atau nak bersikap lucah. Sila baca dengan hati terbuka hokeh~ =P
Pic dibawah ni diambil kat Herm├Ęs KLCC. Memula tengok window display ni, aku dah terbeliak mata kejap. Dalam kepala otak yang separa suchi ni, ada satu menda je yang terlintas (hehehe.. sila refer kepada tajuk)
“Oh Em Ghee~ (OMG)… Sangat serupanya benda ini dengan alat kelamin wanita!”
And then, the look of this thing is weird (for me lah)… as if mutated kuda + kereta yang baru dilahirkan dari seorang wanita.
Hayooo.. sungguh la kreatif mereka ni wat window display.




err... kalu tengok dari tepi beg tu, memang tak nampak sangat la.. tapi kalu tengok  dari arah depan, hahahahah... 

isk isk isk.. tercemar aku yang suci neh... (hotak kaw~! kaw memang pervert~!)

p/s: dalam banyak2 window display kat KLCC ni, antara feveret aku adalah window display dari Chanel. Sebabnya - rambut palsu kat mannequin derang sangat cantik dan bergaya~ hahahaha..

Thursday, May 13, 2010

Berbogel untuk seni??? (update)

/* Yang ni entry ketujuh yang aku nak re-publish. Original publish date - 19 Ogos 2009 @ 12:03pm - yang ni aku ada tambah update kat penghujung entry*/

dari sambungan blog yg berkaitan

Arini, aku dapat mesej ni dari A lagi...

-start mesej-

i'm still keen. i don't know if you got any of my MSN messages.

i'm contactable on (no phone dia)

i'm usually on MSN/blackberry so feel free to chat there and ask me questions and i'll show u more work.

cheers

a


-end mesej-

hooooohohoho... =P

aku da ada no phone dia...

actually aku sangat2 berminat nak wat photo shoot ni...

sebab dia dah kasik jaminan menda ni purely for arts and photography. nothing sexual. sbb tu aku sangat berminat neh...

hey! professional phorographer dah offer for free nak amik pic, with no strings attached, so, why not?

aku tak dapat pun mesej dari MSN dia. lgpun, aku jarang giler la bukak MSN messenger. tahun ni, rasanya belum on9 pakai MSN messenger lagi. (giler jarang kan? hahahaha)

hehe.. excited + nervous plak rasanya ni...

klu menda tu jadik, nak postkan sekepin dua pic tu kat dlm blog aku ni la..

/UPDATE/

baru kejap tadi dia sms aku... (aku da kasik no phone aku kat dia...)
waaaaa~

proceed proceed~

^__^

/*update: sampai sekarang ni, bulan May 2010, aku masih lagi GAGAL mengumpul keberanian nak call dia, nak confirmkan dengan dia pasal nude photo-shoot ni... Aku still tak berani lagi nak bogel depan dia... haishhh...*/

Tuesday, May 11, 2010

Berbogel untuk seni???

/* Yang ni entry ke-enam yang aku nak re-publish. Original publish date - 17 Ogos 2009 @ 7:26pm */

Dua hari lepas (16 Ogos 2009) aku ada dapat mesej ni dari seorang professional photographer.

-start mesej-

hi there! some hot images you have on (nama website tu) and on your (nama website tu) profile! i'm a photographer based out in KL and i do some black n white male photography on my own time. some samples of my work are on my (nama website tu) photos section.

would you be keen to pose?
just drop me a line if you're keen :)

cheers


A.


-mesej abis-

lepas tu, aku tanya dia beberapa soklan (tulisan merah) dan dia jawap soklan aku tu (tulisan biru)...

-start mesej-

hi there indra,

are you going to post the picture in the internet or any magazine/publications?
-> my personal work appears on flickr as purely artwork. they aren't for the purpose of publication. most of my nudes contain no faces.


where will you take the photo shoot?

-> my studio.

do i need to pay you for this or vice versa, i get payment for this?

-> no compensation and neither do you have to pay. it's a purely voluntary measure.


if you're not going to distribute the image, what kind of assurance that i can have/hold on to?

-> just my word. i've been in this industry for years and most people know me and my work.


this will strictly a photo shoot aite? no hanky panky stuff will be involved? (i.e.: i had to have sex with you before or after, for you to shoot me)-> only photos.

can i have all the photos taken (or at least, the copy of all the photos) and do i have to pay for it?
-> you get a set of images after the shoot.

this is me -> (nama website tu)

also check out -> (website youtube)


i'm also on MSN if you have any questions: (
alamat msn dia)

cheers


a (
bukan nama sebenar dia)

-abis mesej-

hurmmm...

aku letak pic ni kat myspace aku and a couple more lah.



untuk pengetahuan, ni bukan pertama kali aku dapat offer nak amik pic bogel ni. sebelum ni da pernah 3 kali.

1st time, org tu offer nak kasik duit. a few thousand USD (tak le byk sgt). tapi dia cakap, nak publish pic tu kat magazine kat Philippines, Thailand n masuk dalam internet.

-GILA-

aku reject tanpa pikir panjang...

2nd,

org lain yg offer. kali ni dia dari UK. selalu travel ke asia n Malaysia is one of the frequent stopover. Sama jugak, berminat katanya nak amik pic bogel aku...

personal collection katanya.

offer aku duit gak. n dia ckp, dia da buat ni kat byk org asia n ada beberapa org melayu yg penah buat ngan dia... dia jamin, pic ni sumer takkan masuk mana2 majalah or internet.

aku terfikir nk buat ngan dia

tapi aku reject-

sbb aku rasa tak sedap ati..

then, 3rd time...

offer dari photographer from venice, italy. sanggup sponsor flight tiket & sumer2 skali ke sana plus, pocket money n suruh aku stay sana for a week, do photography thingy.

yang ni pun tak sanggup...

gila ke? Nak travel sorang2 ke tempat camtu, dgn janji yg tak tau betul ke idak. kalu betul la dia belikan tiket flight. then, aku ke sana n tetibe nak ubah arrangement, cemane?

so, aku reject jugak...

yang 2nd & 3rd offer tu, asasnya adalah nude photography for arts. yang 1st offer tu, mmg terang2 utk pornography la. adoii.. aku ni gila, tapi tak sampai ke tahap nak buat pornography lagi kot (in future? hurmm.. ahhahaha..)

4th time ni...

really makes me stop and think...

sebab aku pun teringin gak nak buat menda2 ni.. n aku da tgk hasil keje si A ni. kat profile page dia n kat youtube page dia...

dia ada wat photoshoot utk stephen rahman hughes, amber chia dan banyak2 lagi la...

dan segala persoalan n keraguan aku tu, dah terjawap...

hurmmm...

tapi kan, seriously, aku tak faham apa yg dia nampak kat aku ni.
nak cakap aku ni ensem, langsung tak.
comel, jauh sekali.
macho, perghh.. jangan harap. geli plak nak associate myself ngan perkataan tu... macho? hahahahah..

muke aku ni, kalu amik pkai kamera dia tu, mmg akan jelas nampak la sumer parut2 jerawat ni... uduh uduh~
ni tak nampak sgt kat lam pic tu sbb aku pakai kamera henfon... and honestly, aku mmg xpernah edit pix2 aku..
aku tak reti pun nak pkai photoshop ke, ato mana2 software canggih2 yg leh buat org nampak flawless..
kalu reti pun, aku taknak buat sbb tu bukan real aku

hmmm...
aku dah balas mesej A dan da cakap kat dia yg aku berminat~

aku tak terima lagi balasan mesej dari dia..

lets see how lah~

kalu purely untuk arts, i dont mind.. (^_^)

-sekian-

Sunday, May 09, 2010

Indra the Second - pasal tapak tangan

/* Yang ni entry kelima yang aku nak re-publish. Original publish date - 6 September 2009 @ 9:43pm */

ni pic tapak tangan aku...

tangan kiri dulu ehh...

 
takde pape yg special pun pasal tapak tangan kri aku ni... biasa saja...

tapi tengok tapak tangan kanan aku bebetol...

kalu terer, cube teke apa yang ganjil pasal tapak tangan aku ni...
stakat ni, cuma seorang saja yang dapat detect kalu aku tunjuk... yang lain2 tu, sumer xdpt detect... hahahah



dapat tgk apa yang ganjil tak? biasa je ke? oh ye, ni bukan kelebihan yang aku cakap pasal aku "ada satu kelebihan aku yang agak susah didapati dikalangan lelaki2 melayu & malaysia ni... apa dia? Rehsia... xleh tao... hahahahah..."

klunya, tgk kat bawah huruf nxx7 tu...

adoi... tak nampak sangat kat lam pic ni..

tapi jari kelingking tangan kanan aku, ada 4 bahagian... jari kelingking tangan kiri plak ada 3 bahagian. macam jari2 lain...

okla... tu je nak cakap..

hehehe...

-sekiyan-