Friday, December 25, 2009

idiot me!

“Indra, cemane nak buat eh kalu orang tu tak paham yang kita ni tak suka kat dia?”

“You dah cakap kat dia ke yang you tak boleh nak suka kat dia?”

“Dah… Tapi dia macam tak paham pulak. I baca blog dia, I tau ada menda yang dia tulis tu, menda tu pasal I.”

“Kalau camtu, tanggungjawab you on this matter dah selesai lah. So, tak perlu risau apa-apa pasal dia. Sebab you dah cakap kat dia. Menda ni bukannya boleh dipaksa-paksa, kan?”
(Menda ni tu, merujuk kepada perasaan sayang)

Aku senyum kat dia lepas aku cakap last sentence tu. Lepas tu, kitorang borak2 pasal menda lain.

Balik rumah, aku teringat-ingat balik menda yang aku dah buat sepanjang hari dengan dia. Seharian kat Pavilion. Tengok marching band, tengok wayang, makan, merayap2 kat dalam Pavi tu, pastu lepak2 n borak2 panjang.

Bila aku teringat balik menda2 yang dibuat tu, aku senyum sorang2 kat dalam bilik aku ni. Rindu kat dia. Dah lama sangat teringin nak jumpa dia. Dengar suara dia, tengok muka dia, jalan sebelah dia, makan dengan dia, borak-borak dengan dia. Nothing more than that.

Tiba-tiba, aku tersentak…

My God… dia cakap pasal aku ke tu? Oh my…

Aku taknak pikir yang bukan2 pasal ni sebab dia pernah cakap – You jangan fikir yang bebukan ok...

Tapi… Makin lama aku fikir, makin kusut otak aku ni. Bila imbas balik semua yang jadi dari seawal kenal agak rapat bulan Julai lepas, sampailah sekarang ni, aku jadi makin kusut.

Dia pernah cakap dia tak mahu ada sebarang hubungan yang serius lagi buat masa sekarang ni (mungkin khas untuk aku sahaja apa yg dia cakap ni?)

Dan aku pulak, dah beberapa kali tulis entry dalam blog aku ni yang berkaitan pasal dia.

Am I a plain dumb person?

Or am I just a slow idiot who thinks that things can work out fine between us and perhaps we can be more than just friends?

Maybe I’m blinded my very own self-believe and feelings that me and that person can become an item one day?

Goshhh… I’m obviously very-very-very stupid for not being able to detect this the moment that question was asked to me.

Malunya…

Sangat-sangat memalukan ke atas diri aku sendiri sebab jadi camni. I know from the first place yang aku ni tak layak untuk dia. Dia terlalu bagus untuk aku… Tapi aku tetap jugak nak letak harapan...

I don’t know what to feel when I first come to this realization. I really don’t know what to feel when I realized that I am that person that “...kita ni tak suka kat dia?

These stupidity, insanity, sort of obsession, wild dream and too much confident must be stopped!

If I don’t stop now and I let myself to wonder even further in this ‘day-dream of mempuyai hubungan istimewa dengan dia’ aku sendiri yang akan jatuh nanti. I will fall and will fall hard. Real hard.

I have to stop myself from doing this anymore.

Enough Indra! Tak reti nak malu ke? Perasan sungguh kau ni. Cermin diri tu dulu boleh tak? What do you have yang boleh buatkan orang tu nak kat kau? NOTHING!!!

Alangkah bodohnya aku ni…

I will stop. Aku akan berhenti mengejar dia. Dia tak mahukan dan tak perlukan aku. Enough damage yang aku dah rasakan sebelum ni. Better stop now before it’s too late.

It’s better to stop now.

I HATE MYSELF FOR BEING SUCH AN IDIOT!

Sunday, December 20, 2009

Nosy


Salam…
Baru-baru ni (Jumaat lepas), saja je nak tuka status relationship kat mukabuku (fesbuk) aku tu. Memula, status aku adalah single. Aku upgrade la jadi “in a relationship





Kawan2 aku kat situ tak ramai pun. Kalau tengok kat belah kiri kat first and 2nd pic tu, bole nampak jelas, ada 247 orang je. Dalam 95%-98% orang dalam tu, aku kenal personally kat luar. Kawan2 ofiz, sekolah (yang dah rebonding secara maya balik) dan kawan2 luar opiz.
Lepas update status tu, adalah sorang dua yang kasik komen. Biasala tu. Aku pun selalu gak komen2 status kawan2 aku. Tapi selalunya, sebok main Farmville, Mafia Wars, Fishville ngan Barn Buddy je. Memang sangat layan main games2 tu. Especially Mafia Wars. Attack! Attack! Hahahah~
Honestly, I’m a bit annoyed dengan perangai & komen dari beberapa orang ‘kawan’ aku tu.(Bukan annoyed dengan SEMUA komen2 ya. Sebahagian je). This is not the first time mereka2 cakap camtu. It has happened a few times before.
Poking and sticking their noses into somebody else’s business is one thing. But doing it with derogatory and malicious intention is another thing.
Macam aku cakap la, banyak orang dalam friendlist aku tu, ofismate aku, kawan2 luar opis yang aku kenal. Perlu ke nak kasi komen yang camtu?
Aku nak jadi gay ke, womanizer ke, promiscuous guy ke, bisex ke, atau apa2 saja lah. HELL! Why should you ‘care’ (bahasa elok – sebok)?

Aku makan makanan kau ke?
Aku beli baju & barang2 aku ni pakai duit kau ke?
Aku menumpang tinggal kat umah kau ke?
Aku berhutang dengan kau ke?
Aku ada meminta2 dari kau ke?
Yang paling penting - Aku ada masuk campur urusan peribadi kau ke?
For all the above - HELL NO!

Aku memang taknak delete komen2 tu. Dan aku memang sengaja balas balik respond kat status aku tu camtu. Mereka2 nak terasa? Mereka2 nak marah? Mereka2 nak kecik ati? Biarkan…
A simple matter like changing status in a social website can cause quite a stir. Kat opis pun ada yang tanya verbally – “Wahh.. In a relationship? Dengan sapa?”. Respond aku, - SENYUM je… Aku ni bukannya orang yang terkenal pun. Lainla kalau sebaliknya… Nak kene justify sana-sini...
Kalau fikir2 balik, rasa kelakar pun ada. Dah memang sifat semulajadi manusia. Inquisitive and curious. Should I blame them for that? Tapi apapun yang dibuat, kene la ada batas. Jangan nak melampau batas. Kesabaran setiap orang tu, ada hadnya. Betul?
-sekian-

Saturday, December 12, 2009

hapdate! hapdate~


Salam semua…
Waahh.. Giler lama tak hapdate blog aku ni.. (ada yang kisah ke? Hahaha)
Rasa rendu nak hapdate blog ni memang membuak-buaks.. tapi sebab keje banyak ditambah perisa malas 5 sudu besar, maka proses menghapdate blog ni tertangguh lah. Aihhh…

Hajat dihati nak hapdate blog ni di awal December. Sebab nak summarisekan apa yang haku dah buat masa besday month aku. Tapi kemalasan yang terlalu melampau2 sangat.. sebab tu tak dapat nak hapdate. =P [alasan!!]

Banyak benda yang aku buat untuk diri sendiri sempena berlangsungnya besday month aku bulan lepas. Tapi kat sini, aku nak tujuk sket2 je.. Kang tergolek bosan plak orang nak baca kang..

Pertama, aktiviti mencelupkan kaki kat fish spa. Dah a few times cuba menda ni kat a few places – Aquaria, Mid Valley n some other places. Tapi kat Kenko Fish Spa kat Pavilion lain sket. Sebab ada 2 jenis ikan. Satu jenis yang kecik cinonet camni… Sangatlah rakusnya dan lahapnya mereka2 itu menjamah kaki aku..




Satu lagi jenis yang besar sket..



Macam mana skalipun, memula masuk kaki kat dalam tu, memang la tak hengat punya geli. Tapi kene control jantz la beb. Manaleh nak mengilai2 tahan geli kat situ. Kang tak pasal2 orang dok kasik jelingan tajam. Malu larh.. hahahah..



(nampak buku the secret kat ujung belah kiri? baru terhegeh2 nak baca buku tu.. hehhehe)

Tapi papepun, kesimpulannya adalah lagi best celup kaki kat dalam kolam ikan yang agak besau sket tu. lagi ganaz dan terasa gigitannya.. perghhh..




Papepun (tanpa tapi), aku tetap suka anak2 ikan. They’re cute & adorable~ (tetibe? Hahahaha..). RM38 untuk setengah jam. Berbaloi atau tak? Ntah la.. aku malas nak gi tempat lain time tu sebenanya..

Antara aktibiti2 lain yang dibuat adalah…

Berkaraoke sampai suara aku yang FLAT [kwn aku yg terer menyanyi ckp aku bersuara flat kalu gi karok. So, terima je la hakikat] ni jadi garau & husky-musky [cam seksi plak rasanya kalu bersuara husky ni. Tapi malangnya itu hanyalah sementara sajer..]

Clubbing – tetiap minggu pegi.. gigih! (kecuali malam besday aku tu, iaitu jumaat malam = hari raya haji.) Arghhh…. Cover charge dah naik! Ampehz..

Shoppink (semestinya! Hahahah..) beli t-shirt kat fcuk yang bertulisan & bergrafik – HOT DOGGING. Ohh.. I LOVE that shirt~ ho ho ho ho~ beli jeans kat A|X, beli wallet (lagi) kat cK, beli iPod shoulder strap untuk pakai kat gym, beli jeans kat fcuk, beli wallet (lagi.. nak wat cemane, wallet tu lawa) kat energie, beli  spender & singlet kat tangs – private structure, berjaya mendapatkan diari starbucks 2010 setelah mabuk kopi 11 kali (vanilla latte & java chip frapp are my fav), dan lagi shoppink cam orang gila.. oh yer, hampir2 tersubscribe Celcom blackberry curve package. Tapi sebab derang cakap kredit digi akan burn, aku postpone dulu niat pembazeran itu. Sayang la.. RM150 kredit bleh antar byk sms tau…

Okla.. dah penat menaip dah.. lenkali nak sambung lagi. Kali ni nak tulis something yang agak berunsur2 serious pulak. Asik2 yang spastic cam ni je. Busan~

oh ye... Jangan   dilupa eksiden di dahi ye... pun berlaku masa bulan besday gak.. Aihh..




Futnote: Aku dah start cuti! Yeayy!! 2 minggu. Dari 14 – 28 December. Abiskan annual leave. Syiokknyaaaa~ Aim – nak jelajah sumer cawangan celebrity fitness di masa yang terluang ni.. scout scout! Hahahah.. =P