Monday, November 23, 2009

an accident and a stitch

“Oh my God! What happen?”


“Ermm.. Accident. Terhantuk kat dinding swimming pool. And got one stitch also.”


“Goshh.. Are you okay? Be careful next time ya.”


“Okay.. Thank you..” - senyum

Antara transkrip perbualan aku ngan CEO aku dalam lif pagi tadi masa nak masuk keje. Time nak scan bag & handphone sebelum masuk kat Tower 2, dah ternampak dia. And I was like, Oh my... Of all people, takkan dia kot? Memula ingat nak biarkan dia pegi dulu. But then, dia nampak aku, senyum dan kasi signal suruh masuk dalam lif yang sama.

Ni sumer pasal terhantuk kepala kat dinding swimming pool gym semalam. Salah sendiri la tu.

Last week, aku gi gym kat mid valley. Workout kat situ on weekend memang best. Dah le gym tu lagi besau dari gym kat Lot 10. Pastu, orang pun tak ramai. So, semangat nak workout tu membara lah. Dulu pun ada pegi gak. Tapi makin malas nak pegi sebab terasa jaouh.. Hahaha..

Pastu, berenang2 katak kejap kat swimming pool kat situ. Dan terjah Jacuzzi pool dia gak. Perghhh! Best siot~ Warm water + pancutan air dari water jet nya. Sambil2 lepak, sambil2 urut bontot n badan yang lenguh.

Hak hak hak~

So, atas kesinambungan semangat waja last week, aku dengan gembiranya pegi gym kat Mid Valley tu lagi. Semalam.

Sampai gym dalam kol 4. Pastu workout cam orang gila sampai kol 6. Penats.

Gi tuka short swim trunk, pastu gi terjah Jacuzzi dulu. Adehh.. lagi panas dari biasa la. Over panas. Ingat nak rendam satu badan. Tapi tak jadik. Rendam sampai paras peha je. Pastu, turun kejap2 sampai paras pinggang.

Takleh lelama lorr berendam paras pinggang.. Kang abis sperma aku kepanasan. Kesian beliau2 semua tu. Kene jaga leklok owhh.. Harta Karun yang paling berharga tu.. Thehehehe~

Pengakuan: Aku ni sebenanya tak berapa reti berenang. Pulak tu, semalam tak bawak goggle. Dan berenang memain dalam keadaan yang rabun sangatlah tak best.

Tapi, gatal gak nak swim2...

Tengah syiok-syiok mengepak lengan gaya katak, BAM!

Perghhh! Sedap! Bergegar kepalahot aku. Bila raba dahi, Alamak! Berdara~

Tapi kene act cool dan control walaupun dalam kesaketan. So, aku continue cam bese je la.. berenang2 lagi, pastu kejap2 gi Jacuzzi nak panaskan badan balek (benci swim pool tu. Sejuk bebeno airnya)

Naseb bek orang tak ramai. Hak hak hak~

Pastu, bila abis swim, aku naik locker room. Tu dalam setengah jam kemudian. Belek2 luka tu kat dahi.

Rasa nak pitam di tempat pun ada. Aku ni takut dara. Pastu, tgk luka tu, ada dalam 1.5cm.. still meleleh darah tu (sekarag tgh menaip dalam keadaan yang sangat tak selesa sebab terbayang2 balik luka tu.. menciii!)



Pastu, cover kejap ngan handiplast (kalu tgk bandage kat handiplast tu, sepanjang tu la luka nya..)
Pegi menerjah kat klinik kat situ. Naseb bek klinik tutup kol 10 malam. Lega...



Tapi, dah sampai dalam kol 7.45 camtu, doc takdok. Kuar gi dinner.

Cipan! Damek!

Aku dah rasa tak selesa gilaaa~

Pastu, nak divert perhatian dari luka tu, aku gi makan. Kat Noodle Station ke, tah hapa tah nama kedai yang kat sebelah klinik tu.



Abis dinner kol 8.50 malam. Susah giler nak makan ayam dalam mangkuk. Vodo tul~



Aku terus gi klinik balik.. tunggu kejap sebab ada patient yang lain dalam klinik tu.

Doc tengok luka aku, dia terus kasik jab kat bahu kiri. DAMEK! Aku menci jarum..

Pastu, dia nak jahit luka ni. And I waz like, HELL NO! NO MORE NEEDLES!

“Kene jahit jugak luka ni, kalu tak jahit nanti parut terbonjol keluar...”

Dalam ati – “Vavi laa.. aku tak suka jarum la ngok ngek! Takmo takmo!”

Tapi terpaksa ikot gak sebab dok tunjuk cermin depan aku, aku rasa nak pitam lagi tgk luka tu.

HOLY SHIT!!! Another needle? NO NO NO!

Doc & assistantnya cakap - “Its okay... This will just take a while and you won’t feel anything.”

Yeah rite~

Aku dah menggeletar do terbayang jarum tu cocok dahi aku. Bila doc cucuk je, PERGHH! Macam haram punya sakit. I HATE NEEDLES! Huhuhuhuh~

“OWHHHH FUCKKK!” - terkeluar jugak perkataaan tu dari orang yang civilized macam aku (hik hik hik~)

“Its okay. You can curse and say anything, but DON’T TOUCH YOUR FOREHEAD - amaran dari doc tu.

Serious! Aku ni memang seorang Needle-o-phobia (ada ka terms ni?) dan Hemophobia (phobia pada darah.) Dan yang bestnya, dapat dedua ni pada masa yang serentak. Memang bongok sangats..

Aihhh..



Pagi ni, datang nak datang opis pun jadi satu adventure yang sangat mengesankan! Orang dok tengok aku macam ada tanduk kerbau yang tumbuh kat kepala aku ni. Chet! Bodo tul. Korek bijik mata kau kang baru tau. Pehal tengok2 orang camtu? Ada utang ka?

Sampai opis je…



“What the hell? What happen to your head?” 
“Did you fight with someone?” 
“Kenapa? (sambil tunjuk dahi sendiri)” 
“Oh My Gawd! What happened?” 
“Hey! Kenapa tu?” 
“Hah! Tu kenapa tu? Dah takde keje lain la tu. Gadoh ngan orang la tu”

Tu adalah antara soklan2 yang ditanya..

Antara jawapan aku -

“I bumped my head onto the swimming pool wall”
“Langgar kerbau semalam. Saja nak test jadi matador”  
“Accident & 1 stitch”  
“Saja je langgar orang”  
“Gado ngan jiran sebelah”  
“Shadap yu.. sebok je.. pukul kang baru tau. Nak?”

Owhhhh! Shuttup you all~

Denyut denyut kepala ku ni... Huhuhuh~ Doc mengong tu tak kasik pain killer. Kasi antibiotic je. Waaaaaa~

An accident & One stitch.

I HATE NEEDLES & BLOOD! So very much!

Huhuhu.. Saketnyeeeww~

FutNote: Walaupun dalam pic ni aku senyum sokmo. Tapi kepala tetap denyut2.. kene menten prosessional lorr.. hak hak hak~



My head is throbbing! (kalu head lain yg throbbing, layan best gak. Ni tak, head ni yang throbbing. Adoyaii~ Hak hak hak~)

hapdate: aku telah TERTIPU dengan dakyah doktor tu. Kelepet betol. Dia cakap dia nak jahit ONE stitch ONLY. Baru kejap tadi aku tukar bandage. RUPANYA ada 2 STITCHES! Mangkuk~ Huhuhuhu... I hate needles~ (blog ditulis pada petang, hari isnin. Di hapdate pada malam isnin)

5 comments:

  1. haha..ingat love byte tadi..nanges x??

    ReplyDelete
  2. iyllie: Manada orang wat love bite kat dahi... orang bese wat kat leher ato dada ato... (whoops! naseb bek tak terlepas cakap.. hahahha..)

    tak la.. manada nanges.. i said, i HATE needles, bukannya SCARED of needles. So, tak maen la nanges2 nehh.. Hiks! =P

    ReplyDelete
  3. Salam Dari kami Warga Kerja http://www.firestartingautomobil.blogspot.com/

    kepada semua
    Keluarga, saudara mara, sahabat handai, rakan niaga,
    pelanggan dan pengunjung blog ini.

    Salam kenalan dari kami … kami sedang baca older post blog entry anda…ape pun kami tetap akan menziarahi blog kamu sebagai tanda nilai satu persahabatan yang terjalin … salam sebuah persahabatan…. Kami amat menghargainya…..

    ReplyDelete
  4. allaaaaa siannye dier...

    i dah sminggu tak g gym klu tak mesti lah lama terserempak =P

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete