Monday, November 23, 2009

an accident and a stitch

“Oh my God! What happen?”


“Ermm.. Accident. Terhantuk kat dinding swimming pool. And got one stitch also.”


“Goshh.. Are you okay? Be careful next time ya.”


“Okay.. Thank you..” - senyum

Antara transkrip perbualan aku ngan CEO aku dalam lif pagi tadi masa nak masuk keje. Time nak scan bag & handphone sebelum masuk kat Tower 2, dah ternampak dia. And I was like, Oh my... Of all people, takkan dia kot? Memula ingat nak biarkan dia pegi dulu. But then, dia nampak aku, senyum dan kasi signal suruh masuk dalam lif yang sama.

Ni sumer pasal terhantuk kepala kat dinding swimming pool gym semalam. Salah sendiri la tu.

Last week, aku gi gym kat mid valley. Workout kat situ on weekend memang best. Dah le gym tu lagi besau dari gym kat Lot 10. Pastu, orang pun tak ramai. So, semangat nak workout tu membara lah. Dulu pun ada pegi gak. Tapi makin malas nak pegi sebab terasa jaouh.. Hahaha..

Pastu, berenang2 katak kejap kat swimming pool kat situ. Dan terjah Jacuzzi pool dia gak. Perghhh! Best siot~ Warm water + pancutan air dari water jet nya. Sambil2 lepak, sambil2 urut bontot n badan yang lenguh.

Hak hak hak~

So, atas kesinambungan semangat waja last week, aku dengan gembiranya pegi gym kat Mid Valley tu lagi. Semalam.

Sampai gym dalam kol 4. Pastu workout cam orang gila sampai kol 6. Penats.

Gi tuka short swim trunk, pastu gi terjah Jacuzzi dulu. Adehh.. lagi panas dari biasa la. Over panas. Ingat nak rendam satu badan. Tapi tak jadik. Rendam sampai paras peha je. Pastu, turun kejap2 sampai paras pinggang.

Takleh lelama lorr berendam paras pinggang.. Kang abis sperma aku kepanasan. Kesian beliau2 semua tu. Kene jaga leklok owhh.. Harta Karun yang paling berharga tu.. Thehehehe~

Pengakuan: Aku ni sebenanya tak berapa reti berenang. Pulak tu, semalam tak bawak goggle. Dan berenang memain dalam keadaan yang rabun sangatlah tak best.

Tapi, gatal gak nak swim2...

Tengah syiok-syiok mengepak lengan gaya katak, BAM!

Perghhh! Sedap! Bergegar kepalahot aku. Bila raba dahi, Alamak! Berdara~

Tapi kene act cool dan control walaupun dalam kesaketan. So, aku continue cam bese je la.. berenang2 lagi, pastu kejap2 gi Jacuzzi nak panaskan badan balek (benci swim pool tu. Sejuk bebeno airnya)

Naseb bek orang tak ramai. Hak hak hak~

Pastu, bila abis swim, aku naik locker room. Tu dalam setengah jam kemudian. Belek2 luka tu kat dahi.

Rasa nak pitam di tempat pun ada. Aku ni takut dara. Pastu, tgk luka tu, ada dalam 1.5cm.. still meleleh darah tu (sekarag tgh menaip dalam keadaan yang sangat tak selesa sebab terbayang2 balik luka tu.. menciii!)



Pastu, cover kejap ngan handiplast (kalu tgk bandage kat handiplast tu, sepanjang tu la luka nya..)
Pegi menerjah kat klinik kat situ. Naseb bek klinik tutup kol 10 malam. Lega...



Tapi, dah sampai dalam kol 7.45 camtu, doc takdok. Kuar gi dinner.

Cipan! Damek!

Aku dah rasa tak selesa gilaaa~

Pastu, nak divert perhatian dari luka tu, aku gi makan. Kat Noodle Station ke, tah hapa tah nama kedai yang kat sebelah klinik tu.



Abis dinner kol 8.50 malam. Susah giler nak makan ayam dalam mangkuk. Vodo tul~



Aku terus gi klinik balik.. tunggu kejap sebab ada patient yang lain dalam klinik tu.

Doc tengok luka aku, dia terus kasik jab kat bahu kiri. DAMEK! Aku menci jarum..

Pastu, dia nak jahit luka ni. And I waz like, HELL NO! NO MORE NEEDLES!

“Kene jahit jugak luka ni, kalu tak jahit nanti parut terbonjol keluar...”

Dalam ati – “Vavi laa.. aku tak suka jarum la ngok ngek! Takmo takmo!”

Tapi terpaksa ikot gak sebab dok tunjuk cermin depan aku, aku rasa nak pitam lagi tgk luka tu.

HOLY SHIT!!! Another needle? NO NO NO!

Doc & assistantnya cakap - “Its okay... This will just take a while and you won’t feel anything.”

Yeah rite~

Aku dah menggeletar do terbayang jarum tu cocok dahi aku. Bila doc cucuk je, PERGHH! Macam haram punya sakit. I HATE NEEDLES! Huhuhuhuh~

“OWHHHH FUCKKK!” - terkeluar jugak perkataaan tu dari orang yang civilized macam aku (hik hik hik~)

“Its okay. You can curse and say anything, but DON’T TOUCH YOUR FOREHEAD - amaran dari doc tu.

Serious! Aku ni memang seorang Needle-o-phobia (ada ka terms ni?) dan Hemophobia (phobia pada darah.) Dan yang bestnya, dapat dedua ni pada masa yang serentak. Memang bongok sangats..

Aihhh..



Pagi ni, datang nak datang opis pun jadi satu adventure yang sangat mengesankan! Orang dok tengok aku macam ada tanduk kerbau yang tumbuh kat kepala aku ni. Chet! Bodo tul. Korek bijik mata kau kang baru tau. Pehal tengok2 orang camtu? Ada utang ka?

Sampai opis je…



“What the hell? What happen to your head?” 
“Did you fight with someone?” 
“Kenapa? (sambil tunjuk dahi sendiri)” 
“Oh My Gawd! What happened?” 
“Hey! Kenapa tu?” 
“Hah! Tu kenapa tu? Dah takde keje lain la tu. Gadoh ngan orang la tu”

Tu adalah antara soklan2 yang ditanya..

Antara jawapan aku -

“I bumped my head onto the swimming pool wall”
“Langgar kerbau semalam. Saja nak test jadi matador”  
“Accident & 1 stitch”  
“Saja je langgar orang”  
“Gado ngan jiran sebelah”  
“Shadap yu.. sebok je.. pukul kang baru tau. Nak?”

Owhhhh! Shuttup you all~

Denyut denyut kepala ku ni... Huhuhuh~ Doc mengong tu tak kasik pain killer. Kasi antibiotic je. Waaaaaa~

An accident & One stitch.

I HATE NEEDLES & BLOOD! So very much!

Huhuhu.. Saketnyeeeww~

FutNote: Walaupun dalam pic ni aku senyum sokmo. Tapi kepala tetap denyut2.. kene menten prosessional lorr.. hak hak hak~



My head is throbbing! (kalu head lain yg throbbing, layan best gak. Ni tak, head ni yang throbbing. Adoyaii~ Hak hak hak~)

hapdate: aku telah TERTIPU dengan dakyah doktor tu. Kelepet betol. Dia cakap dia nak jahit ONE stitch ONLY. Baru kejap tadi aku tukar bandage. RUPANYA ada 2 STITCHES! Mangkuk~ Huhuhuhu... I hate needles~ (blog ditulis pada petang, hari isnin. Di hapdate pada malam isnin)

Tuesday, November 17, 2009

zip-off



Zup zap zup zap~ (sound effect aku tengah bersiap2 kat gym lepas mandi & nak balik umah malam semalam)..

Aku pakai singlet itam ngan jeans & menggalas back-pack itam. Sambil2 jalan, sambil2 on9 pakai iPhone aku tu. Saja nak abiskan kredit DiGi yang still agak banyak tu (still ada RM120 dan perlu reload sebelum 5 Dec) Sehari online pakai DiGi, kene bayo RM5 je. Agak berpatutan (kot?).

Lepas tu, berjalan la dari Lot 10 ke KLCC. Gym yang aku join, Celebrity Fitness Lot 10. Masuk dalam Pavilion, singgah ke tandas kejap sebab nak basuh muka (muka rasa ketat & kering sebab terlalu lama kat dalam sauna & steam room). Belek2 muka kejap kat cermin besar floor-to-ceiling kat tandas tu. “Uhh, chomel gak aku ni kalu tengok dari sudut2 tertentu. Senyumm~” Hak hak hak~

Keluar dari tandas, singgah kejap kat Starbucks kat sebelah Tangs tu. Beli Vanilla Latte. Dah 6 stamp yang aku kumpul sebab nak tukar ngan diary starbucks 2010. 5 more to go – Yeay! 

Lepas tu, sambung catwalk ke KLCC. Kene rush sket sebab dah almost 10pm. Nak catch bas kol 10.30pm kat stesen LRT Taman Melati ke rumah aku. Sambil2 jalan, sambil2 minum & meraba-raba warm latte tu. best ouhh... Dikala kesejukan angin malam menikam2, dapat meraba sumthin yang warm n cosy.. priceless feeling. He he he~

Sampai LRT KLCC, masuk dalam lrt, continue sambung surf the tenet lagi. Website yang aku masuk – facebook, myspace dan ada beberapa lagi yang tak patot di expose kat sini. Malu la..

Then, sampai LRT Taman Melati dalam kol 10.30. Lepak kat tempat nak tunggu bas. Orang tak ramai kat situ. Dalam 10 orang camtu je kot.

Jam - 10.45pm, pemandu bas berjalan ke arah bas. Menandakan bas nak bergerak. Aku pun bangkit dari tempat duduk tu.

Barulah aku perasan, zip jeans aku tak di zip-on. Owhhhh Damek! (versi bahasa melayu untuk damn it!)

Terbukak sokmo dari Lot 10 tadi. wu wu wu~ segan~ Dah le pakai skimpy underwear warna putih. Aihhh...

Wednesday, November 11, 2009

Cock

Last 2 weeks, lepas balik dari club, singgah minum2 kat kedai mamak Q Bistro (kat Bandar Sri Permaisuri tu). Aku memang suka gak lepak kat kedai mamak - mana2 mamak la. Cepat, murah dan kadang2 tu, sangat sedap rasa makanan kat situ (biasanya, bese2 je).

Kepada kamu -  takde salah apa pun makan kat kedai mamak...

Cuma tak berapa berkenan kalu mamak tu hyper-berbulu. Pernah kan tengok ada antara mamak tu yang lipat lengan baju, mengexposekan lengan yang bebulu lebat tu. Geli siottt. Kalu yang jenis camtu dan masak makanan, memang aku tak makan kat kedai tu la.

Nak share pasal menu kedai ni sebenarnya - kelakar gak. Mungkin typo error, atau menda dalam menu ni memang wujud, aku tak pasti plak la sebab aku tak order tu pun. Aku mintak menda lain time tu.



Dah le menda tu termasuk dalam kategori aiskrim (kene jilat2 kan? Hahahaha) Pastu, namanya plak, COCK. (RM4.00 je? Murah gak. Hahahah..) Tergelak besau bila nampak menda tu dalam menu. (Motip sangat kan? Memang otak kuning tol. Hahahaha)






Update: Warghhhh!!! Sorry sorry! Dah salah kedai mamak la.. bukan kat Q Bistro, tapi kat MZ Corner. Kedai mamak dekat ngan umah kawan2 aku kat maluri tu. (Tu la, dah excited sangat nak buat entry pasal COCK ni, tak pasal2 dengan tak sengajanya ter'pitnah' Q Bistro.)

Maafkan~ Maafkan~ [T_T]

Footnote: Original entry ni dibuat pada 10 Nov 2009. Masa aku tengah mandi & sabun2 pagi tadi, baru aku tersedar yang aku dah salah kedai.. Edit ni dibuat pada 11 Nov 2009

Tuesday, November 10, 2009

27 November

27 November 2009 = Hari Raya Aidiladha (Eid-ul-Adha 1430H) = birthday Indra ke 27



alhamdulillah... besday taun ni serentak dengan hari raya haji. Semoga aku dapat tumpang keberkatan hari itu dan menjadi orang yang lebih baik. Amin...

(^_^)


p/s: aku dilahirkan pada jam 10.40 pagi.

Wednesday, November 04, 2009

phone

Tiga hari lepas, secara tak sengaja aku terjatuhkan phone aku masa nak tukar baju kat gym.

Sekarang, phone aku ada masalah...

Ada line yang panjang kat bucu atas sebelah kanan skrin tu. Bukan sebab skrin retak.


Tengah tension dan berfikir, adekah aku kene pakai balik hp nokia aku yang lama tu? Malas nak pakai N93i tu sebab sakit jari tekan keypad tu kalu send sms byk2..


Nak tukar iPhone yang baru.... naaaaaaaaak~!

Monday, November 02, 2009

i miss you

i miss you...

kita rindu sama kamu...

hmmmm...

"If you love someone, set it free.


If it comes back it was, and always will be yours.


If it never returns, it was never yours to begin with"

Sunday, November 01, 2009

pixture percutian

tak sempat lagi nak upload pic2 tu kat dalam blog ni... (most probably sebab m.a.l.a.s kot.. hehehe)

tapi dah upload kat my facebook..

kalu rajin, jenguk2 la.. =)

http://www.facebook.com/album.php?aid=117327&id=537363278&l=1f1e44d860






total ada about 1400 pic yang di snap2 masa kat sana. tapi kat dalam album tu ada 80 pic je.. takkan la nak letak sumer 1400 pic kat situ. gila ka?


hehe..


kesimpulan trip tu, sangat berbaloi sebab pegi dengan kawan2 yang gila dan mereng kepala otak beliau. dari pagi sampai malam asik tergelak sokmo. kdg2 tu ketawa sampai kuar air mata n sakit perot..