Wednesday, May 05, 2010

Indra

/* Yang ni entry ketiga yang aku nak re-publish. Original publish date - 6 September 2009 @ 8:58pm - yang ni aku takde edit apa-apa kecuali ubah font type*/

Fakta:

Aku ni, seorang yang -
  • tak ensem
  • tak macho
  • tak comel
  • tak cute
  • takde harta
  • takde pangkat
  • takde rupa
  • tak best
  • takde apa-apa keistimewaan zahir dan batin
  • muke hyper banyak jerawat n parut2 jerawat
  • badan pun byk jerawat gak
  • selalu melakukan kesilapan, kekhilafan & kesalahan
  • kerani berjawatan & bergaji rendah
  • lately, selalu susah nak burp lepas makan. akibatnya, perot aku kembong.. lepas sejam dua camtu, baru leh burp... vodo nyaaaaa...
  • kalu bulan puasa ni, selalu susah nak kawal tangan ni... asik2 nak korek idung je.. gatal larh.. ada resdung... selalu maki diri sendiri kalu termasuk jari dlm lobang idung sendiri time siang ari puasa
  • kadang2 tak punctual... kadang2 ya.. bukan all the time
having said all this, tak bermaksud aku tak bersyukur dengan apa yang ada...

aku dah dapat menerima diri sendiri seadanya... alhamdulillah, aku cukup sifat

  • deria pendegaran yang masih okay (walaupun kdg2 tu pekak sket sebab asik dengar Mp3 kuat)
  • mulut ni masih mampu bercakap & merasa 
  • dua tangan, kaki & jari-jari yang cukup
  • mata yang tak rabun warna (rabun jauh yg agak teruk la.. power sebijik mata tu dah 300+)
  • tubuh badan yang sihat
  • ada satu kelebihan aku yang agak susah didapati dikalangan lelaki2 melayu & malaysia ni... apa dia? Rehsia... xleh tao... hahahahah...
  • tak susah nak ketawakan diri sendiri kalu dah terbuat kesalahan2 bodo
  • kadang2 tdo pakai stokin (socks) sebab kalu kaki sejuk, tak dapat nak tdo dengan nyenyak. dan kadang2, tido tak pakai apa2.. hahahahah.. (hey, sekati aku la.. aku tdo sorang2... apa salahnya.. hohoho...)
  • oh ye... lagi satu yang paling penting! Aku tau aku baek orangnya... so what? hahahah...

lagi menda2 yang best pasal aku -

  • aku ni penyabar
  • boleh dipercayai untuk simpan rahsia - sebab, aku ni pelupa. so, kalu org ckp apa2 rahsia dia kat aku.. lepas 2-3 bulan camtu, aku lupa apa yg dia dah ckp... hahahaha.. no la... mmg aku ni sorang yg amanah~ yeaay! =P
  • tak ske stress atas sebab2 yang tak dapat dikawal - aku tak paham kenapa org nak stress sebab traffic jam, hujan turun, blackout n other things yang memang outside of thier control. for what lah?
  • tak suka memaksa orang utk membuat apa2 yang dia tak suka, kecuali hal2 kerja.. tu pun susah nak pakse org..
  • suke tolong orang...
haishh.. banyak sangat sampai aku lupa larhhh... nnt aku update lg kalu aku ingat okay.. =P

so, aku memang bersyukur dengan apa yang aku ada...

aku ada seorang ayah yang sangat2 best! kalu aku dapat capai separuh dari apa yang dia dah buat, aku anggap aku ni sangat2 berjaya

ayah aku -

jual aiskrim untuk mencari pendapatan keluarga (aiskrim yg bawak naik motor tu.. jual pakai scoop)
walaupun terpaksa berhadapan dengan panas terik sampai tangan dia hitam coz sun burn yg sangat teruk dan bekerja setiap hari tanpa cuti

tapi, dia...
  • tak pernah sekali pun mengeluh walaupun dia layak untuk berbuat demikian...
  • dia tak pernah tinggikan suara pada anak2nya
  • tak pernah tinggal sembahyang 5 waktu 
  • tak pernah tinggal sembahyang sunat sebelum & selepas sembahyang 5 waktu tu
  • tak pernah pukul anak2nya (aku penah kne lempang sekali masa kecik sebab: aku degil nak mampus time tu.. melawan cakap dia.. Penampor sebijik. padan muka aku.. hahahah.. lps tu, xde lg dah)
  • tak pernah abaikan tanggungjawab
  • tak pernah sekali pun berlaku kasar, menengking, marah2 atau pukul mak aku
  • selalu ceria & gembira walaupun dia selalu kepenatan
  • dia tak pernah cakap - papa sayang anak2 papa. tapi, perbuatan dia tu semuanya cakap - papa sayang anak2 papa & papa sanggup berkorban apa sahaja untuk anak2 papa

itu lah En Pardi yang aku kenal. dah hampir 27 tahun aku kenal En Pardi yang sorang tu

sebab tu aku sangat2 kagum ngan papa aku ni
sebab tu aku cakap, kalau aku dapat capai & dapat buat even separuh menda yang dia dah buat, aku rasa aku dah sangat2 berjaya dalam hidup

I love him so much. The guy I look up to in my life.

my mama, I love her so much too...

mak & ayah aku lagi best dari mak & ayah korang tau... hahahahahahah... =P
(bese la statement ni... sumerang ckp mak ayah dia lagi best dari mak ayah org laen)

-sekiyan-

3 comments:

  1. amboi, apa yg ada pada u tp x der pada lelaki mlayu lain tu?

    g tau plis...

    huhu...

    ReplyDelete
  2. rehsiaaaaa... =P

    ReplyDelete
  3. saya taw..hahahahaha!! 6.5"...kekekeke

    ReplyDelete