Friday, September 25, 2009

Gym afta puasa

Salam semua...

semalam, hari kedua aku pegi gym lepas cuti sebulan lebih sebab puasa (memang besenya aku akan freeze [beku-kan] gym membership sepanjang bulan pose. malas nak gi gym time lapa2 ni.. hehe)



hari petama gi sana, dua ari lepas. tapi takde buat pape sebab terlupa nak bawak kunci padlock shoe locker aku. so, aku mandi shin-chan je la... (kalu sapa2 yang baca komik shin chan, musti penah tgk scene shin chan mandi, gosok2 badan pakai tuala kecik. tu la yg aku gelarkan mandi shin-chan. OH YE, pelukis komik shin chan da meninggal dunia masa gi hiking kat gunung.)

anyway, kalu mandi camtu, memang akan komfem bersih satu badan yerp.. celah2 mana pun tetap akan bersih. hahaaha... =P

oh ye, aku simpan kasut aku, about 5 pasang sluar n baju pakai masa main gym n few other toiletries kat dalam shoe locker tu. so, sebab tak bawak kunci untuk menatang tu, tak dapat la nak workout.

semalam, aku pegi lagi.. kali ni, komfem la bawak kunci sebab xmo la mengulangi kebodoan yg sama dua kali kan. hahahah..

anyway, aku takde la semangat sangat sebab kaki aku yang terkelepet ni still tak sembuh lagi. every langkah yang aku buat, musti sakit kaki. cam hapa je.. tapi aku still gak buat chest n bontot..

aku rasa, lepas puasa ni, chest aku ni makin leper la.. bontot pun sama.. ye arh.. da turun almost 4 kilo masa puasa. mana tak leper..
dahla sendiri memang takde bontot (flat screen), pastu, lagi tambah leper..
waaaaaaaaaaa~ nak gak dapat sexy bubble butt! tapi cemano? tak buleh. tensen je...
haihhh.... kene berusaha lagi kuat ni! hahahah...

anyway, tu je la..
skang ni, aku takleh nak buat rutin biasa lagi.

besenya, sampai gym, aku lagi dalam 15minit (speed 10-12kmj), pastu, dah peluh n warm-up satu badan, baru aku stat buat resistance (weight lifting and sumer2 tu la..)

lagi satu, selama aku ber gymmak (whooops! silap, gym-ming) ni, aku tak penah amik mana2 atau apa2 makanan tambahan (food supplement) ato vitamin ato steroid ato apa2 unsur2 luar yang boleh mengubah bentuk badan jadi lagi lagi best dari skang ni... aku cuma makan cam bese je... so, memang agak lambat la nak tgk hasil.. (hehehee.. alasan nak kover malas je ni..)

anyway (lagi..),
selamat kembali ke gym! waaaaaaaa~ i miss my gym lorrhhh..



-sekiyan-

p/s: oh yer, akhernya!!!!

aku berjaya jumpa balik IC n lesen aku tu... tahniah tahniah!!! (pesanan sisi kepada diri sendiri - mengong! lenkali jangan clumsy camni lagi...)

p/p/s: pic gym ni, aku googlekan. malas nak snap sendiri.. so, mekaseh kepada tuan punya blog tu... (sape2 je la ea.. =P)

Thursday, September 24, 2009

Kamu...

Hey kamu,
Yang baru lepas operation tu..

jangan lasak-lasak tau..
jangan degil & kene ikot cakap doc..
jangan lupa makan ubat..
jangan skip your meal..

kita disini doakan yang terbaik untuk kamu..
semoga kamu cepat sembuh..
dan kamu dapat balik semula ke sini secepatnya..

hey kamu,

kamu perlu tahu ini..
kita disini rindu sama kamu..

IC & Lesen

waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

aku tak tau kat mana aku punya IC n lesen!!!
semalam, lepas shoping, aku balik ke opis smula.. pastu, terlupa letak kat mana IC n lesen u..

wuwuwuwuwu~
what to do now?
aku da carik merata-rata, tapi tak jumpa pun..
waaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!!

tensennyaaaaa!!!

seriously, aku memang bebetul tak tau kat mana aku terletak menda tu...

bodo la indra ni..
huhuhuu~

Sunday, September 20, 2009

i hate u s0 much.

i hate u s0 much.

without any indication or warning. i got this sms @ around 11.20pm just now.

what have i done wrong?
have i said something wrongly?
why the sudden change of emotions?
why did u turn off ur phone?


WHAT HAVE I DONE?! TELL ME!
  

Sembahyang Raya

salam...


pagi tadi, aku lewat bangun. dalam kol 7.30 camtu
nasib bek masjid dekat je ngan umah...
so, aku pun dengan tegesa2 gi mandi sunat (niat mandi sunat n mandi wajip disertakan sekali ye.. hahahah..)


sampai masjid dalam kol 8.00 pagi
masjid da penuh time tu. n sembahyang raya stat kol 8.30


aku cuba manjadi seorang manusia yang rasional n bertimbang rasa. tapi tadi, agak panas jugak la hati ni..


citernya macam ni..


sebab aku dah lambat sampai, tempat da penuh n all, aku dok tunggu n bediri kat baris belakang la. dekat ngan pintu. takde pilihan lain. masjid kat umah aku ni ada 3 tingkat. ke tiga2 tinkat da penuh ngan org.

yang aku tak suka tengok ni, org2 yang datang lagi lambat dari aku, selamba badak je dok nak merempuh masuk n langkah ramai org2 yg tgh duduk tu..


ntahla.. aku tak tau la pendapat org lain pasal ni. pada aku personally, kalu sendiri dah lambat atas sebab apapun, jangan la suka2 je nak langkah org2 kat situ. i think, its very rude n selfish nak buat camtu. dah la lambat. pastu nak langkah2 bahu org lain plak tu. ada yang tepuk bahu n kasi signal nak langkah. ada yg selamba gila main langkah2 camtu je..



pastu, tadi yang dok buat menda2 tu, pakcik2 yg lagi tua n matang dari aku ni.. yg pakai serban n berjubah n berjanggut panjang. pulak tu, kalu bole nk gi saf yang paling depan. aku rasa, ada minimum 20 baris saf yg dia kene lalu nk smpai ke saf depan tu.


hmmm... ntah la.. menda ni bukan sekali dua je jadi... kalu gi semayang jumaat pun sama gak.. selalu gak nampak org2 yg langkah2 bahu ni. yang lagi rude, sambil buat menda2 tu, tangan ada pegang kasut (selalu nampak kat masjid klcc tu). hadoiihh... please lahh.. org lain pun pkai kasut n selipar gak. perlu ke nak usung menda tu skali ke tempat wudhuk tu.


berbalik semula pasal semayang raya tu tadi,


sebelum start semayang, imam da nasihat sumerang supaya rapat2kan saf n penuh2kan saf yang kat depan n mcm2 lg la. bagus imam ni. sangat tenang cara dia bercakap tu.


akhirnya, aku berjaya dapat tempat kat tengah2. tak depan sangat, tak belakang sangat. okay je. lepas semayang, ingat nak stay n dgr khutbah sampai abis. tapi time tengah2 khatib bc khutbah, aku terpakse kuar. idung buat hal. selsema larh.. lupa nak bawak tisu masa kuar dr umah. hahahah..


-sekiyan-


p/s: selamat hari raya kawan2, rakan2 n para sahabatku... =)

Saturday, September 19, 2009

salam lebaran... (lagi)

salam semua...


sekarang ni, dah hampir jam 11 malam. malam raya...

sekali lagi, orang lain dok sibuk2 prepare things untuk raya, aku dok menghadap lappy akak aku ni..

masa kecik2 dulu, memang excited gila nak sambut raya. aku rasa, aku la org yang paling awal nak bangun tdo n kejutkan parents aku...

skang ni dah terbalik.. parents aku - mak la besenya..
dok beriya2 nak kejutkan aku. leter2 lagi.. tapi still malas nak bankit tdo, g mandi n semayang raya.. (walaupun malas, tapi aku tetap buat tau.. hahaha)


dulu ske main bunga api..
ye, bunga api SAHAJA... sampai skang ni aku tak berani nak main mercun.
takut sebab 2 kejadian. 
1. mercun padi penah meletup kat jari aku masa aku main menda tu kekecik. nasib bek menda tu tak cacatkan jari aku. cuma rasa panas jari je time tu...
2. satu mercun yg agak besau n kuat bunyinya telah dilempar oleh jiran aku time tu n meletup kat sebelah aku. memang celake. aku jd pekak sementara time tu. telinga berdesing...


so, smpai skang ni aku tak berani nak men mercun lg. bunga api, okay je... hehehe.. 
klu nak main pun, aku akan pastikan sumbu mercun tu sangat panjang n aku bole baling jejauh sebelum menda tu meletop.


skang ni, dkat umah aku ni tak henti2 dari tadi dgr bunyi mercun. haihhh... memang takde kije betol la derang2 ni. bingit betol..


- baru dapat sms dari dia. tak dapat nak beraya sama. aku dah takde mood nak tulis pape lg...


-end-

salam lebaran...

(updated on Thursday, 24 September - tambah pic je. dulu xde pic dalam post ni)

salam...

akhirnya, lepas sebulan, esok dah syawal...
orang lain sumernya tengah dok sibuk2 prepare nk raya, aku pulak menghadap lappy akak aku ni, dok sibuk nak update blog....aihhh...

seriously, aku takde mood nak beraya. pada aku, raya or not, sama je...
bukan ada gi memana pun..
kawan2 aku yg aku selalu lepak sama kat maluri tu, sumer da balik kg memasing..

last year, first day of raya, aku beraya kat ikea. serious. aku gi sana ngan kwn2 aku..
bodo je kan? hahahah...
esok pulak, aku tak tau nak watpe...

lepas semayang raya, salam parents n family, makan benda2 yg kat umah ni, aku xtau nak watpe lg..
parents aku akan balik kg kat medan, indonesia

oh ye, aku nak postkan new entry pasal bebuka puasa semalam n dua hari lepas. tapi sebab server yang mengong, aku tak dapat nak access blogger site ni dari opis.
dua ari lepas, plan nak bebuka kat klcc ngan kwn2 aku. bertiga.

tapi sebab salah sorang tu terlalu diva (yes, u know who u are), malas nak datang awal dengan alasan - takmo la tunggu lelama kat klcc tu.. bukan ada watpe pun. - time dia nak kuar umah je, ujan turun lebat. so, dia tak dapat nak datang..

sorang je kawan yg dpt dtg... ok, fine, tak kisah lah.. but then, dari pukul 6.30 sampai kol 7.30, line maxis buat hal cam cipet. langsung takleh nak call n takleh nak mesej. memula janji nak buka kat fud court level 4 je. tapi sebab tempat penuh ngan cepatnya (besela, dah ujan kat luar tu, so, org pun mls nk kuar dari klcc). aku dok meyarap2 carik tempat, tak jumpa2 gak...

at last, dah kol 6.50 camtu, aku lalu kat depan The Lawn. kat situ takde org. aku oder spaghetti prawn olio ngan choc brownies wif ice cream ngan ice lemon tea.




perghh!! gila la nak bebuka pose minum ice lemon tea. masam gilak sampai rasa macam menyirap darah naik ke muka.. hahahahah... aku tepakse cover siot... pastu mintak plain water je.. =P




choc brownies (hot & steaming inside) wif vanilla ice cream & choc sauce... seeeeeeedap~




lepas aku abis makan, baru dapt sms n call kwn aku tu. aku oderkan menda yg sama utk dia DAN untuk aku jugak. so, aku mkn 2 kali. hahahah.. (tamak tamak~)

semalam, aku buka pose dgn ditemani opismate aku yg non-muslim. Geraldine & Frederic. sorang mix philippine & baba nyonya & sorang lagi chinese...

memula nak makan laksa kat little penang kafe. bila call n nak book, tempat tu da penoh. nak gi makan kat chillis, malas nak berato n tempat tu mmg takkan terima booking (gila kekwat~). last2, makan kat dome je. call n book a place kat situ..

dome? gilerr! aku nak save duit nak gi becuti ni. makan kat dome plak. huhuhu..
tak kesah la.. skali2 je. bukan selalu..

anyway, aku makan wild mushroom soup ngan spicy spageti n ice peach juice. kenyang. alhamdulillah. d surprise is, bila nak bayo, kwn2 aku tu cakap - isokay, kitorang belaja -

alhamdulillah... yeayyy! thanks Gee & Fred.

ni Fred - 


diz is Gee (Geraldine)



Diz is... urmmm...
of koz la its me~





hahaha.. aku nak cakap pasal raya sebenanya ni. tapi dok melalut pasal bukak pose plak.. nanti2 la aku buat entry pasal raya ni.. haihhh...

-sekiyan-

Wednesday, September 16, 2009

buka puasa @ Office - the second

Salam kenkawan~

arini, aku bukak pose kat opis lageee..

kali ni pun pizza gak..
tapi keadaan perot aku tak sama macam semalam larh..
pagi tadi da bangun saho n makan yang agak banyak..

so, aku takde la selapar semalam...

arini aku oder ni - spicy sambal wif extra cheese + classified ciken wif extra cheese + hot n spicy ciken wing

 
penglihatan jarak dekat - 

 
oh ye, kalu korang perasan, kat pic petama tu, ada file kat belakang tu. meja ni sebenanya kat kawasan kubikel/area boss aku... 
ni mini meeting place... n sumtimes, makanan2 letak kat sini..
hehehe..
seterosnya~
ciken wing~ ciken wing~ ciken wing~ la la la la~ ciken wing~ ciken wing~ ciken wing~ (ulang korus 2 kali lagi). sedap siyooooot~


pemandangan zoom in (classified ciken wif extra cheese)~


sepaisi sambal (spicy sambal) secara bersemuka~



sebab takde kurma, makan ferrero rondnoir (versi ferrero rocher dark cokolat) masa sesi permulaan pembukaan pose.. hehe..

 
siyes penat nak abiskan pizza tu... lenguh nak mengunyah.. pastu, aku terdampar kekenyangan! (alhamdulillah.. rejeki Allah kasik..)


-sekiyan-

p/s: sepeti biasa, jangan lupa bismillah sebelum makan tau~ hehehe.. =P

Selamat Hari Raya


Kepada rakan-rakan, sahabat, kawan & semua yang kenal saya (cewahh.. kene guna kata ganti nama yang lebih bersopan dari 'aku'), saya dengan rasa rendah diri dan sepenuh hati ingin meminta maaf atas semua kesalahan, kesilapan & kekhilafan yang sayang dah lakukan.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua...

Kepada yang travel balik kampung tu, mohon berhati-hati semasa dalam perjalanan. Saya doakan semoga selamat perjalanan balik ke kampung & balik semula ke destinasi asal.

-sekiyan-

Tuesday, September 15, 2009

buka puasa @ Office

-salam-

pagi tadi, aku tak saho...

alasan kenapa aku tak saho -
hujan yang hyper lebat! lagi lebat dari lebat!
then, aku makan ubat terseliuh yang doc kasik semalam...
sebab overdose ngan dadah tu, aku susah nak bangun
walaupun mak aku dengan sepenuh ati membangunkan aku untuk saho
dah ketok2 pintu macam nak pecah,
still tak bangon...
hebat kan?
hahahahahah~

aku bangun tdo kol 7.30 pagi..
terus siap2 nak gi kje..
mak aku meleter - tu la... aku dah kejut saho td takmo bangun. sembanyang subuh pun telepas. (dan ada lagi banyak yang aku takkan tulis. leter yang tipikal la.. tapi aku still lurve mama aku yang sorang tu...)

so, sepanjang hari ni aku menanggung derita extra lapar... (T_T)
tadi, aku decide nak balas dendam masa bebuka... >:-]

aku oder PIZZA!

2 regular pizza ngan ciken wing. dedua pun thin crust. aku tak berapa suka hand toast yang tebal tu. kang xleh abis. kalu thin crust, memang komfem aku leh abiskan...

dibawah adalah pizza yang telah dioder~

BBQ ciken + classified ciken + hot & spicy ciken wings...


BBQ ciken - up close & personal


Classified ciken secara dekat...


ciken wing yang telupa nak bukak masa snap pic.. takpe takpe.. janji ciken wing ni abis dulu dari pizza... best siyoottt~


aku kekenyangan+kemalasan lepas abis makan~
alhamdulillah... =)


-sekiyan-

Myspace - vodo

Urhhh...

Myspace ni bangang la... Asik2 dapat error ni... katanya kejap je...


Semalam, aku dapat error yang sama dari kol 2 sampai kol 5 lebih. Da nak balik, baru okay smula. Bodonyaaaaaaa~

Arini pun sama gak... Sekali lagi... Bodonyaaaaaaaaaaaaaaaaaa~

Sebab ni, takleh nak view mesej, komen2 n fren rekuest...

-sekiyan-

Cenderahati Raya

Baru kejap tadi aku dapat raya gift dari salah satu agensi yang kitorang upah untuk advertise. (kitorang tu, maksudnya merujuk kepada kompeni aku.)

Nak tau apa aku dapat?

Tgk pic ni...


Ada serunding (dalam kotak) pastu ada Al-Maathurat & ada doa dari Al-Quran.


Aku terkesima kejap. Tapi bila tengok menda2 tu, rasa sejuk ati sket. N unik gak sebab aku tak penah lagi jumpa kitab yang camni. Kecik comel je. Cover dibuat dari baldu dan cara nak bukak menda ni pun, tak sama ngan kitab2 yang bese2 tu...

 
  
 

Nanti2 la kalu aku rajin, aku baca doa2 dalam ni... =)

-sekiyan-

Monday, September 14, 2009

Terseliuh

Salam semua...

Ari jumaat lepas, sepeti biasa, aku gi lepak umah kedua aku (cewah... sebenanya umah kawan2 kalu kat maluri tu..),kaki aku terkelepet (betoi ke penggunaan ayat ni?). Dok gurau2 ngan kawan2 aku yg gilak tu, aku tersadung kaki sendiri n teseliuh.

Masa menda tu jadi, macam ada tedengar bunyi dari kaki aku ni. Sakit yang HAMAT!

Aku tediam serta merta lepas kaki tekelepet tu... Saket sioooottt~

Pastu, esoknya, kaki aku bengkak. Kat bahagian buku lali (nak komfemkan, kawansan yang kat kakai bawah ada tulang tebonjol kluar tu, namanya buku lali kan?). So, aku pun jadi lah OKU sementara. Aku nak gi klinik dan dah call pun klinik panel.

Klinik tu kat jalan imbi. So, aku dengan ketabahan hati to the max, jalan slow2 dari lrt ke times square ke klinik tu.

Bila sampai klinik je, aku terkesima lagi...

Sebab, klinik da tutup!!!

Memula aku call ING, aku tanya, operation hours ari sabtu sampai kol baper yek? Dia jawap, sampai kol 9 malam incek… Okay fine... Dengan penuh harapan, aku gi la ke sana...

Tetibe, aku teberenti kat depan klinik tu. Sebabnya, operation hours masa bulan pose adalah sehingga pukul 5.30 petang sahaja.

Hadoihhh...

Kasihanilah aku yang separa tempang nie...

Pastu, patah balik ke Times Square lah...

Dah la aku tengah sakit kaki tu, tensen pulak sebab klinik da tutup... pastu, ditambah lagi ngan prob ngan you...

You ni kan, memang kejam tau... I tengah sakit, you dok marah-marah kat I suh dok umah plak. Memang la menda ni bole tuam ngan kain panas n redakan bengkak tu. Tapi kan lagi better kalu gi klinik and amik ubat. I don’t have any other choice lah.

Pastu, gado kejap ngan dia... (gado2 manja je.. hehehe)

Tapi menda ni tak lama lah (gado tu)... esoknya da okay balik. Cuma aku agak tensen ngan dia. (skang ni dah okay dah.. aku malas nak panjang2kan menda yang bole settle cepat ni.)

Oh ye... ari sabtu tu sebab aku takde mood dan sumer tempat pun dah penuh (aku gi servey kat secret recipe, wendy's, papa john, ciken rice shop n few other places lagi. Tapi sumer pun da penuh). So, aku bubuka pose kat stabucks je. Gila bazer... shepherd's pie yang cinonet n coffee jelly cost almost RM25.

Tapi kan, kenyang gak la... kenyang makan ati kot... hahahahah.. =P

Oh ye, sampai ke arini (isnin, 14 Sep) kaki aku ni still sakit lagi. Masuk opis pagi tadi, opismate aku tanya, "Why are you limping? What have you done on the weekend?" (soklan yg normal. Tapi cara penanyaan yang mereng) Geezzz... aku dikelilingi oleh orang2 yang gilak macam aku ni... hahahaha... =P

-sekiyan-

/update/

Tadi aku gi TTMC... Amik ubat kat sana... perghh... banyak gler doc kasik ubat. Tengok pic kat bawah ni...

 

Pastu, doc wat Xray kat kaki aku sebab aku komplen kat dia, aku mcm terdengar sumthin ms adengan tekelepet tu..

Aku takmo, tapi doc suh gak...

Esok baru leh tau result sebab arini xde radiologist. haihh...

Tadi kene caj 200 utk sumer2 ni..

Sekali lagi, kompeni yg bayo, so, xpe.. hihihi... Mekaseh yer.. =P

S.E.J.U.K

Salam semua...

Kali ni aku nak stori pasal opis lagi...

Opis aku ni sangat sejuknya tau. Nampak pic kat bawah ni? Ada 3 air-cond outlet yang bebetul kat atas kepala aku. Yang tiga petak itam itulah tempat air cond akan keluar menderu-deru... Haihh... sejuk siottt...


Tak pecaya, tengok temperature kat kubikel aku ni - 23.7 Celsius. Suhu bilik yang selesa, dalam 26-27 darjah camtu...
Memang nampak macam - halaaa, poyonya budak ni. baru 23.7. Blum lagi minus 12. giler poyo!

Taaapi, kalu dah angin sejuk tu sentiasa bertiup sepoi2 bahasa tak henti2 dari aku masuk opis sampai la aku balik petang/malam. Sejuk la babe! Hapa laaa...


Menda ni sebenanya clock+thermometer+date+stopwatch+alarm+time... sangat convenient dan aku suke design menda ni. Simple je. Transparent lagik. Dapat masa lawat Singapore Science Centre bulan 11 taun lepas.

sejoooooooook! beku beku beku!
-sekiyan-

Sunday, September 13, 2009

....

aku bingung...
aku tak faham..

aku rasa aku dah berusaha sebaik mungkin nak memahami dia..
tapi....


kalu tak mahu, cakap terus terang...
i can accept it. honestly...
jangan buat macam ni...

Friday, September 11, 2009

Update - P.U.A.S.A

Salam...
(Cewahh.. di bulan pose yang da nak abis ni, kne tunjuk teladan baik2 shj kpd adik2 yg masih bersekolah..)

Hari ni da masuk hari ke 20 (ye ke? tak pasti sbb tak penah kira pun. n aku pun jarang niat puasa. masa 1st ramadhan tu je niat pukal untuk sebulan. So, kira da langsai la sumer niat2 puasa aku untuk taun ni. Akekeke.. =P)

Anyway, masuk hari ke doploh (ato lebih) ni, ada beberapa benda nak postkan kat sini [yeay! Ada bahan nak dicakapkan!]

Memula pasal berat badan...



Semalam aku gi timbang pakai penimbang berat badan elektronik. Sebelum puasa aritu, berat aku adalah 60kg. Semalam, da turun ke 57.5kg...

Hadoihhh... punya la susah nak naikkan berat... senang sangat pulak nak turun.

Aku pelik gak. sebab time bebuka besenya aku makan tak hengat dunia punya lahap. Tamak on the max.

Especially minggu ni, sepanjang minggu aku dok makan banyak giler...



Ni masa makan kat klcc ari isnin... (teringin giler2 nak makan mushrum soup. so, tunaikan apa yg aku mengidam tu..)



Chicken wif turmeric (kunyit) sauce ni da sejuk time nak dimakan. haihhh.. saba je... lagi sedap secret recipe punya ciken wif turmeric sauce.



Papepun, wild mushroom ni memang da best~ yang ni je penawar kalbu.. nasik tu, tah pape...


Yang bawah ni, makan kat fud court ngan kekawan yang tahpape mereng... hahahaha... =P
ntah hapa platter tah nama benda alah ni.. tapi pinggannya memang segedabak besau. ada beef, ciken ngan lamb. aku tak mintak sayo sebab tak suka sangat mixed veggi tu. tak sedap



pandangan jarak dekat -


mushroom soup. tapi tak sesedap wild mushroom. hehehe. =P


pebandingan sudu biasa dan pinggan -


feveret aku, black paper sauce.. =)

 
yang ni bukak puasa kat piccolo hotel star hill. kompeni orang lain jempot. kalu nak pegi sendiri, memang tak la kan... 
 
 
sumer yang ada kat dalam pinggan ni sangat sedap giler bapak! tak sangka chef italian pun bole masak rendang yang sangat sedap. hahaahha...
 

tanpa segan, aku mengaku yang aku makan sampai 5 round. makan atas ni, pastu makan pastries, pastu amik pastries lagi, pastu amik ikan bakar, pastu amik lagi a few lauk. hahahaha.. gila tamaklahap!

pepatah melayu mengatakan, orang tamak selalu rugi.
tapi, aku tamak selalu kenyang... (bole? hahahaha.. =P)

Hari Raya!

Raya...

Hmm.. raya dah nak dekat sangat da ni... korang sumer da prepare nak sambut raya ke?

Aku, biasa2 je... seperti biasa, aku akan beraya kat KL lagi. Kenapa tak balik kampung? Hurmm..

Aku berasal dari Indonesia. Medan to be precised. Mak ayah aku je yang rajin baik kampung. Aku tak penah pun.. ada sekali la.. masa umo 10 taun. Balik sana sebab akak aku kawin. Lepas tu tak penah balik2 lagi dah..

Ntahla... mugkin satu ari nanti aku akan balik jugak kot. Tapi bukan sekarang lah... hehehe... :P

Anyway, selain dari soklan 'balik kampung mana?' dan diikuti jawapan sperti diatas, soalan2 umum adalah seperti berikut:

1.Soklan: Da shopin untuk raya?
Jawapan: Aku da selalu sangat shopping. Beli baju, sluar n menda2 yang derang offer masa sale. Contoh terbaik, semalam. Aku beli jeans kat Miss Sixty yang aku pakai skang ni(yerp... aku tak salah taip. Memang beli kat Miss Sixty n bukan Energie. Skang ni, aku ada 3 jeans pompuan. Tapi aku muat pakai. Hahahahaha~ [eh, lantak la.. janji jeans ni takde sulaman2 bunga n tak nampak terlalu keperempuanan, so, okay per]).

So, kesimpulannya, raya ke, tak raya ke, kalu ada sale n suka, beli je. Hahahaha.. (yes, key wordnya adalah SALE. Kalu takde sale. Tak mampu larhh.. mahal nak mampos. Gila! Mana mampu nak bayo 700 untuk sekepin jeans!)

2.Soklan:
Maksudnya, beli baju melayu ke, sampin ke, songkok ke...
Jawapan: TAK. Aku sangat jarang pakai baju melayu. Setahun tu, Cuma sekali dua je pakai. Kalu nak gi semayang jumaat, biasanya aku kat opis dan memang pakai office attire sahaja. Lagipun, sumer baju melayu terlalu besau lahh..

Nak tempah yang slim fit pun mcm membazer je. Ye la.. pakai untuk sekali dua je. What is the point kan? (ngeee... alasan orang yang mmg pemalas...)

Sonkok pun aku tak pakai. Sebabnya, kepala aku ni besar! Sangat susah nak carik songkok yang boleh memuatkan saiz kepala aku yg besar neh

Kain sampin, buatpe nak beli kalu dah tak pakai baju melayu? Haishhh...

3.Soklan: Abis tu, kalu tak pakai baju melayu, takkan pakai T-Shirt je masa gi semayang raya?
Jawapan: Hehehe.. sebenanya, baju melayu, mak aku yang belikan.. =P
Hey! Jangan salah anggap dulu tau. Aku da cakap siang2 ngan mak aku, aku takmo beli baju melayu. Dan dia pulak, tak suke tgk aku pakai baju taun2 lepas punya (aku penah pakai baju yang sama untuk 2 kali raya berturut2. Aku tak kesah pun. Bukannya org perasan. Lainla aku ni artis ke... haihh...)

So, mama aku yang baek ati (tapi kuat meleter tu) belikan sekepin untuk aku la. aku terima je kalu mak aku belikan. Tak kesah. =)

4.Soklan: Berapa lama cuti raya?
Jawapan: Tak lama pun. Dan taun ni, aku takde amik cuti extra. Pakai je cuti raya yang ada tu sebab aku takmo la nak cuti lama2 ni. Bukannya ada wat paper pun. Haihh...

Dan ada lagi la beberapa soklan yang aku taknak tulis kat sini sebab aku m.a.l.a.s... hahahahahah.. =P


-sekiyan-

Wednesday, September 09, 2009

Nama

Nama...

Sekali lagi, entry kali ni pasal nama...
Aritu penah buat satu entry pasal nama kat sini.

Kali ni, aku bukan nak cakap pasal nama sendiri, tapi nama ayah.

Aku kenal dengan seorang ni (namakan sebagai A), perwatakannya sederhana, baru berusia awal 20an dan masih lagi sedang menuntut di IPT tempatan. Issue dengan dia ni, aku rasa adalah insecurity dan rasa tak yakin dengan diri sendiri. (Aku bukan nak jugde orang tu, ini adalah pendapat aku berdasarkan pemerhatian aku sendiri)

Aku kenalnya melalui salah satu laman web sosial. Orangnya mempunyai rupa paras yang lebih baik dari orang2 biasa seperti aku. Aku baca & perhatikan komen2 & pendapat dari kawan2 cybernya di situ, terlalu ramai yang memuji dia. Lelaki & perempuan. Dan ramai jugak yang cakap - eh, you ni adik si polan si polan (merujuk kepada salah seorang yang agak terkenal jugak lah).

Dan bila aku baca komen & pendapat balas dari A, dia begitu menyenangi bila terlalu ramai betanyakan soalan serupa & memberikan pendapat yang serupa bahawa dia tu adik kepada seorang yang terkenal itu.

Mungkin berdasarkan dari 'persamaan' dari segi nama, orang lain menganggap macam tu...

Pendapat peribadi aku - kalau betul pun, apa salahnya... tu memang rezeki dia.

Tapi satu hari tu, secara tak sengaja, aku ternampak salah satu dokumen rasmi A ni dan bila aku lihat, nama sebenar ayah A berlainan dari apa yang dia umumkan kepada semua orang di laman web sosial itu.

Aku terkejut sekejap.

So, selama ni, dia berbangga dan gembira atas benda yang tak betul kah? Kenapa enggan mengakui nama ayah sendiri?

Hmmm...

Kalaulah seorang ayah yang selama ni membela seorang anak dengan penuh kasih sayang mengetahui yang anaknya itu enggan mengakui namanya sendiri, apakah perasaan ayah itu? Think A... Think...

Words of advice from me - Stop being someone else and start being you yourself.

You're not the person that you've been telling everyone all this while. You still cannot afford to have all those things that you've been talking about. Not now, at least. I know.

But you've been telling people how you can afford to buy this and that and you living in a lavish lifestyle. What's all this about?

Just be yourself.

As of now, you still can't afford all those things that you've been telling me & telling other people.

But hey, to look at it on different perspective, this might be a way for you to push yourself to do the best and to be a successful person.

Still, a person needs to stand firm on the ground because when a person is up so high in his imaginary world, he might fall if he's not careful & remember, the higher it is, the harder it will fall

-sekiyan-

09.09.09

tarikh harini adalah 09.09.09
macam takde pape yang best. tapi sebenanya agak unik sebab menda ni berlaku seratus tahun sekali sahaja.

selain 09.09.09, tarikh-tarikh yang ni pun berlaku seratus tahun sekali...

  • 01.01.01 <-- (01 Jan 1901 atau 2001 atau 2101 dan seterusnya)
  • 02.02.02 <-- (02 Feb 1902 atau 2002 atau 2102 dan seterusnya)
  • 03.03.03 <-- (03 Mar 1903 atau 2003 atau 2103 dan seterusnya)
  • 04.04.04 <-- (04 Apr 1904 atau 2004 atau 2104 dan seterusnya)
  • 05.05.05 <-- (05 May 1905 atau 2005 atau 2105 dan seterusnya)
  • 06.06.06 <-- (06 Jun 1906 atau 2006 atau 2106 dan seterusnya)
  • 07.07.07 <-- (07 Jul 1907 atau 2007 atau 2107 dan seterusnya)
  • 08.08.08 <-- (08 Aug 1908 atau 2008 atau 2108 dan seterusnya)
  • 09.09.09 <-- (09 Sep 1909 atau 2009 atau 2109 dan seterusnya)
  • 10.10.10 <-- (10 Oct 1910 atau 2010 atau 2110 dan seterusnya)
  • 11.11.11 <-- (11 Nov 1911 atau 2011 atau 2111 dan seterusnya)
  • 12.12.12 <-- (12 Dec 1912 atau 2012 atau 2112 dan seterusnya)
tarikh yang berlaku seribu tahun sekali pulak

yang dah berlaku...

  • 1.1.1111 <-- Satu Januari Tahun Seribu Seratus Sebelas. Zaman ni, Melaka pun belum dijajah Portugis lagi. 400 tahun lepas tahun ni (tahun 1511), baru Melaka kene jajah
  • 11.11.1111 <-- Sebelas November Tahun Seribu Seratus Sebelas. Tahun yang sama, cuma bulan je yang lain
yang belum berlaku lagi (Allahua'lam kalu sempat jadi ke idak)
  • 2.2.2222 <-- Dua Februari Tahun Dua Ribu Dua Ratus Dua Puluh Dua. Lagi 213 tahun lagi dari tahun 2009 ni sebelum sampai ke tahun 2222
  • 22.2.2222 <-- Dua Puluh Dua Februari Tahun Dua Ribu Dua Ratus Dua Puluh Dua. Bulan yang sama, tahun yang sama, tarikh je lain
da tentu2 kita semua ni tak sempat nak merasa tarikh yg jadi seribu tahun sekali ni... so, rasanya tak salah nak appreciate tarikh2 yang unik ni...

oh ye, rasanya, ni lagi tarikh2 yang berlaku setiap seratus tahun...

  • 11.1.1911 & 11.1.2011 (jadi camni - 11.1.11)
  • 22.2.1922 & 22.2.2022 (jadi camni - 22.2.22)
banyak lagi kot.... cuma aku dah malas nak pikir..
hahahah..


-sekiyan-

13 inch tail!


With a 13-inch tail, Chandre Oram, a tea-estate worker, has become quite an object of devotion in his native Alipurduar, West Bengal and believes that Hanuman is manifest in him.

"I was born on Ram Navami (birthday of Lord Ram). People have a lot of faith in me - they get cured of severe ailments when they touch my tail. I believe I can do a lot of good to those who come to me with devotion," says the man, before whom thousands of people queue up each day to seek blessings. In a corner of the courtyard of his home, Oram has set up a small Hanuman temple, where he receives offerings on Ram Navami, which he later offers to the deity.

However, because of the tail, Oram has found it difficult to get a bride. "Almost 20 women have turned down marriage proposals. They see me and agree to a match. But as soon as I turn around, they see my tail and leave. But I have decided I will marry the woman who accepts me and my tail. Or else, I'll remain a bachelor like Hanuman," he said.

Oram's family is proud of his tail and has turned down offers from doctors for its removal by surgery. "He will not survive without his tail. It has become part of his being, his existence," said Rekha, his sister. Doctors say that true tails are rare. But they are located in the coccygeal end of the vertebral column whereas Oram's tail shoots out from the lumbar region.

"The coccyx is a vestige in humans and we stopped growing tails from that region a long time ago when we evolved from monkeys. Oram's case seems an aberration, an offshoot of a congenital defect," said eminent surgeon Dr B Ramana. The medical community reads the monkey man's case as a spina bifida -- a defect in the bone of the spine covered by a hole with lots of hair covering it.

---

komen aku - 13 inci? waaaa... aku pun nak jugak lah.. tapi bukan ekor kat blakang... kat depan lor... ehehehe.. =P

kalu nak tau lg lanjut, carik kat google menda ni - 13-inch tail, Chandre Oram

-sekiyan-

Tuesday, September 08, 2009

Tun Mahathir & Tun Hasmah

Ni antara pic yang aku ada pasal Tun M ni...
dalam banyak2 pemimpin Malaysia ni, dia satu2nya org yg aku sangat respect sampai ke hari ni...

gamba ni masa besday Tun M rasanya. tapi, besday yang ke berapa, tak tau la pulak. Tgk Tun Siti Hasmah. motherly figure..

i love both of em...

(^_^)


bersungguh-sungguh nak tiup lilin.. klakau sangat.. ahhaha...

satu... dua...
tigaaa...

is that turkey? or kambing? look delicious larhh..

acara memotong disambung lagi... pulut kuning pulak...

antara bakat Tun Siti Hasmah

i'm sure those guys happy dapat perform depan Tun aritu...

baaaaaa.....


chakk!

hahahaha...

-sekiyan-