Friday, December 25, 2009

idiot me!

“Indra, cemane nak buat eh kalu orang tu tak paham yang kita ni tak suka kat dia?”

“You dah cakap kat dia ke yang you tak boleh nak suka kat dia?”

“Dah… Tapi dia macam tak paham pulak. I baca blog dia, I tau ada menda yang dia tulis tu, menda tu pasal I.”

“Kalau camtu, tanggungjawab you on this matter dah selesai lah. So, tak perlu risau apa-apa pasal dia. Sebab you dah cakap kat dia. Menda ni bukannya boleh dipaksa-paksa, kan?”
(Menda ni tu, merujuk kepada perasaan sayang)

Aku senyum kat dia lepas aku cakap last sentence tu. Lepas tu, kitorang borak2 pasal menda lain.

Balik rumah, aku teringat-ingat balik menda yang aku dah buat sepanjang hari dengan dia. Seharian kat Pavilion. Tengok marching band, tengok wayang, makan, merayap2 kat dalam Pavi tu, pastu lepak2 n borak2 panjang.

Bila aku teringat balik menda2 yang dibuat tu, aku senyum sorang2 kat dalam bilik aku ni. Rindu kat dia. Dah lama sangat teringin nak jumpa dia. Dengar suara dia, tengok muka dia, jalan sebelah dia, makan dengan dia, borak-borak dengan dia. Nothing more than that.

Tiba-tiba, aku tersentak…

My God… dia cakap pasal aku ke tu? Oh my…

Aku taknak pikir yang bukan2 pasal ni sebab dia pernah cakap – You jangan fikir yang bebukan ok...

Tapi… Makin lama aku fikir, makin kusut otak aku ni. Bila imbas balik semua yang jadi dari seawal kenal agak rapat bulan Julai lepas, sampailah sekarang ni, aku jadi makin kusut.

Dia pernah cakap dia tak mahu ada sebarang hubungan yang serius lagi buat masa sekarang ni (mungkin khas untuk aku sahaja apa yg dia cakap ni?)

Dan aku pulak, dah beberapa kali tulis entry dalam blog aku ni yang berkaitan pasal dia.

Am I a plain dumb person?

Or am I just a slow idiot who thinks that things can work out fine between us and perhaps we can be more than just friends?

Maybe I’m blinded my very own self-believe and feelings that me and that person can become an item one day?

Goshhh… I’m obviously very-very-very stupid for not being able to detect this the moment that question was asked to me.

Malunya…

Sangat-sangat memalukan ke atas diri aku sendiri sebab jadi camni. I know from the first place yang aku ni tak layak untuk dia. Dia terlalu bagus untuk aku… Tapi aku tetap jugak nak letak harapan...

I don’t know what to feel when I first come to this realization. I really don’t know what to feel when I realized that I am that person that “...kita ni tak suka kat dia?

These stupidity, insanity, sort of obsession, wild dream and too much confident must be stopped!

If I don’t stop now and I let myself to wonder even further in this ‘day-dream of mempuyai hubungan istimewa dengan dia’ aku sendiri yang akan jatuh nanti. I will fall and will fall hard. Real hard.

I have to stop myself from doing this anymore.

Enough Indra! Tak reti nak malu ke? Perasan sungguh kau ni. Cermin diri tu dulu boleh tak? What do you have yang boleh buatkan orang tu nak kat kau? NOTHING!!!

Alangkah bodohnya aku ni…

I will stop. Aku akan berhenti mengejar dia. Dia tak mahukan dan tak perlukan aku. Enough damage yang aku dah rasakan sebelum ni. Better stop now before it’s too late.

It’s better to stop now.

I HATE MYSELF FOR BEING SUCH AN IDIOT!

Sunday, December 20, 2009

Nosy


Salam…
Baru-baru ni (Jumaat lepas), saja je nak tuka status relationship kat mukabuku (fesbuk) aku tu. Memula, status aku adalah single. Aku upgrade la jadi “in a relationship





Kawan2 aku kat situ tak ramai pun. Kalau tengok kat belah kiri kat first and 2nd pic tu, bole nampak jelas, ada 247 orang je. Dalam 95%-98% orang dalam tu, aku kenal personally kat luar. Kawan2 ofiz, sekolah (yang dah rebonding secara maya balik) dan kawan2 luar opiz.
Lepas update status tu, adalah sorang dua yang kasik komen. Biasala tu. Aku pun selalu gak komen2 status kawan2 aku. Tapi selalunya, sebok main Farmville, Mafia Wars, Fishville ngan Barn Buddy je. Memang sangat layan main games2 tu. Especially Mafia Wars. Attack! Attack! Hahahah~
Honestly, I’m a bit annoyed dengan perangai & komen dari beberapa orang ‘kawan’ aku tu.(Bukan annoyed dengan SEMUA komen2 ya. Sebahagian je). This is not the first time mereka2 cakap camtu. It has happened a few times before.
Poking and sticking their noses into somebody else’s business is one thing. But doing it with derogatory and malicious intention is another thing.
Macam aku cakap la, banyak orang dalam friendlist aku tu, ofismate aku, kawan2 luar opis yang aku kenal. Perlu ke nak kasi komen yang camtu?
Aku nak jadi gay ke, womanizer ke, promiscuous guy ke, bisex ke, atau apa2 saja lah. HELL! Why should you ‘care’ (bahasa elok – sebok)?

Aku makan makanan kau ke?
Aku beli baju & barang2 aku ni pakai duit kau ke?
Aku menumpang tinggal kat umah kau ke?
Aku berhutang dengan kau ke?
Aku ada meminta2 dari kau ke?
Yang paling penting - Aku ada masuk campur urusan peribadi kau ke?
For all the above - HELL NO!

Aku memang taknak delete komen2 tu. Dan aku memang sengaja balas balik respond kat status aku tu camtu. Mereka2 nak terasa? Mereka2 nak marah? Mereka2 nak kecik ati? Biarkan…
A simple matter like changing status in a social website can cause quite a stir. Kat opis pun ada yang tanya verbally – “Wahh.. In a relationship? Dengan sapa?”. Respond aku, - SENYUM je… Aku ni bukannya orang yang terkenal pun. Lainla kalau sebaliknya… Nak kene justify sana-sini...
Kalau fikir2 balik, rasa kelakar pun ada. Dah memang sifat semulajadi manusia. Inquisitive and curious. Should I blame them for that? Tapi apapun yang dibuat, kene la ada batas. Jangan nak melampau batas. Kesabaran setiap orang tu, ada hadnya. Betul?
-sekian-

Saturday, December 12, 2009

hapdate! hapdate~


Salam semua…
Waahh.. Giler lama tak hapdate blog aku ni.. (ada yang kisah ke? Hahaha)
Rasa rendu nak hapdate blog ni memang membuak-buaks.. tapi sebab keje banyak ditambah perisa malas 5 sudu besar, maka proses menghapdate blog ni tertangguh lah. Aihhh…

Hajat dihati nak hapdate blog ni di awal December. Sebab nak summarisekan apa yang haku dah buat masa besday month aku. Tapi kemalasan yang terlalu melampau2 sangat.. sebab tu tak dapat nak hapdate. =P [alasan!!]

Banyak benda yang aku buat untuk diri sendiri sempena berlangsungnya besday month aku bulan lepas. Tapi kat sini, aku nak tujuk sket2 je.. Kang tergolek bosan plak orang nak baca kang..

Pertama, aktiviti mencelupkan kaki kat fish spa. Dah a few times cuba menda ni kat a few places – Aquaria, Mid Valley n some other places. Tapi kat Kenko Fish Spa kat Pavilion lain sket. Sebab ada 2 jenis ikan. Satu jenis yang kecik cinonet camni… Sangatlah rakusnya dan lahapnya mereka2 itu menjamah kaki aku..




Satu lagi jenis yang besar sket..



Macam mana skalipun, memula masuk kaki kat dalam tu, memang la tak hengat punya geli. Tapi kene control jantz la beb. Manaleh nak mengilai2 tahan geli kat situ. Kang tak pasal2 orang dok kasik jelingan tajam. Malu larh.. hahahah..



(nampak buku the secret kat ujung belah kiri? baru terhegeh2 nak baca buku tu.. hehhehe)

Tapi papepun, kesimpulannya adalah lagi best celup kaki kat dalam kolam ikan yang agak besau sket tu. lagi ganaz dan terasa gigitannya.. perghhh..




Papepun (tanpa tapi), aku tetap suka anak2 ikan. They’re cute & adorable~ (tetibe? Hahahaha..). RM38 untuk setengah jam. Berbaloi atau tak? Ntah la.. aku malas nak gi tempat lain time tu sebenanya..

Antara aktibiti2 lain yang dibuat adalah…

Berkaraoke sampai suara aku yang FLAT [kwn aku yg terer menyanyi ckp aku bersuara flat kalu gi karok. So, terima je la hakikat] ni jadi garau & husky-musky [cam seksi plak rasanya kalu bersuara husky ni. Tapi malangnya itu hanyalah sementara sajer..]

Clubbing – tetiap minggu pegi.. gigih! (kecuali malam besday aku tu, iaitu jumaat malam = hari raya haji.) Arghhh…. Cover charge dah naik! Ampehz..

Shoppink (semestinya! Hahahah..) beli t-shirt kat fcuk yang bertulisan & bergrafik – HOT DOGGING. Ohh.. I LOVE that shirt~ ho ho ho ho~ beli jeans kat A|X, beli wallet (lagi) kat cK, beli iPod shoulder strap untuk pakai kat gym, beli jeans kat fcuk, beli wallet (lagi.. nak wat cemane, wallet tu lawa) kat energie, beli  spender & singlet kat tangs – private structure, berjaya mendapatkan diari starbucks 2010 setelah mabuk kopi 11 kali (vanilla latte & java chip frapp are my fav), dan lagi shoppink cam orang gila.. oh yer, hampir2 tersubscribe Celcom blackberry curve package. Tapi sebab derang cakap kredit digi akan burn, aku postpone dulu niat pembazeran itu. Sayang la.. RM150 kredit bleh antar byk sms tau…

Okla.. dah penat menaip dah.. lenkali nak sambung lagi. Kali ni nak tulis something yang agak berunsur2 serious pulak. Asik2 yang spastic cam ni je. Busan~

oh ye... Jangan   dilupa eksiden di dahi ye... pun berlaku masa bulan besday gak.. Aihh..




Futnote: Aku dah start cuti! Yeayy!! 2 minggu. Dari 14 – 28 December. Abiskan annual leave. Syiokknyaaaa~ Aim – nak jelajah sumer cawangan celebrity fitness di masa yang terluang ni.. scout scout! Hahahah.. =P

Monday, November 23, 2009

an accident and a stitch

“Oh my God! What happen?”


“Ermm.. Accident. Terhantuk kat dinding swimming pool. And got one stitch also.”


“Goshh.. Are you okay? Be careful next time ya.”


“Okay.. Thank you..” - senyum

Antara transkrip perbualan aku ngan CEO aku dalam lif pagi tadi masa nak masuk keje. Time nak scan bag & handphone sebelum masuk kat Tower 2, dah ternampak dia. And I was like, Oh my... Of all people, takkan dia kot? Memula ingat nak biarkan dia pegi dulu. But then, dia nampak aku, senyum dan kasi signal suruh masuk dalam lif yang sama.

Ni sumer pasal terhantuk kepala kat dinding swimming pool gym semalam. Salah sendiri la tu.

Last week, aku gi gym kat mid valley. Workout kat situ on weekend memang best. Dah le gym tu lagi besau dari gym kat Lot 10. Pastu, orang pun tak ramai. So, semangat nak workout tu membara lah. Dulu pun ada pegi gak. Tapi makin malas nak pegi sebab terasa jaouh.. Hahaha..

Pastu, berenang2 katak kejap kat swimming pool kat situ. Dan terjah Jacuzzi pool dia gak. Perghhh! Best siot~ Warm water + pancutan air dari water jet nya. Sambil2 lepak, sambil2 urut bontot n badan yang lenguh.

Hak hak hak~

So, atas kesinambungan semangat waja last week, aku dengan gembiranya pegi gym kat Mid Valley tu lagi. Semalam.

Sampai gym dalam kol 4. Pastu workout cam orang gila sampai kol 6. Penats.

Gi tuka short swim trunk, pastu gi terjah Jacuzzi dulu. Adehh.. lagi panas dari biasa la. Over panas. Ingat nak rendam satu badan. Tapi tak jadik. Rendam sampai paras peha je. Pastu, turun kejap2 sampai paras pinggang.

Takleh lelama lorr berendam paras pinggang.. Kang abis sperma aku kepanasan. Kesian beliau2 semua tu. Kene jaga leklok owhh.. Harta Karun yang paling berharga tu.. Thehehehe~

Pengakuan: Aku ni sebenanya tak berapa reti berenang. Pulak tu, semalam tak bawak goggle. Dan berenang memain dalam keadaan yang rabun sangatlah tak best.

Tapi, gatal gak nak swim2...

Tengah syiok-syiok mengepak lengan gaya katak, BAM!

Perghhh! Sedap! Bergegar kepalahot aku. Bila raba dahi, Alamak! Berdara~

Tapi kene act cool dan control walaupun dalam kesaketan. So, aku continue cam bese je la.. berenang2 lagi, pastu kejap2 gi Jacuzzi nak panaskan badan balek (benci swim pool tu. Sejuk bebeno airnya)

Naseb bek orang tak ramai. Hak hak hak~

Pastu, bila abis swim, aku naik locker room. Tu dalam setengah jam kemudian. Belek2 luka tu kat dahi.

Rasa nak pitam di tempat pun ada. Aku ni takut dara. Pastu, tgk luka tu, ada dalam 1.5cm.. still meleleh darah tu (sekarag tgh menaip dalam keadaan yang sangat tak selesa sebab terbayang2 balik luka tu.. menciii!)



Pastu, cover kejap ngan handiplast (kalu tgk bandage kat handiplast tu, sepanjang tu la luka nya..)
Pegi menerjah kat klinik kat situ. Naseb bek klinik tutup kol 10 malam. Lega...



Tapi, dah sampai dalam kol 7.45 camtu, doc takdok. Kuar gi dinner.

Cipan! Damek!

Aku dah rasa tak selesa gilaaa~

Pastu, nak divert perhatian dari luka tu, aku gi makan. Kat Noodle Station ke, tah hapa tah nama kedai yang kat sebelah klinik tu.



Abis dinner kol 8.50 malam. Susah giler nak makan ayam dalam mangkuk. Vodo tul~



Aku terus gi klinik balik.. tunggu kejap sebab ada patient yang lain dalam klinik tu.

Doc tengok luka aku, dia terus kasik jab kat bahu kiri. DAMEK! Aku menci jarum..

Pastu, dia nak jahit luka ni. And I waz like, HELL NO! NO MORE NEEDLES!

“Kene jahit jugak luka ni, kalu tak jahit nanti parut terbonjol keluar...”

Dalam ati – “Vavi laa.. aku tak suka jarum la ngok ngek! Takmo takmo!”

Tapi terpaksa ikot gak sebab dok tunjuk cermin depan aku, aku rasa nak pitam lagi tgk luka tu.

HOLY SHIT!!! Another needle? NO NO NO!

Doc & assistantnya cakap - “Its okay... This will just take a while and you won’t feel anything.”

Yeah rite~

Aku dah menggeletar do terbayang jarum tu cocok dahi aku. Bila doc cucuk je, PERGHH! Macam haram punya sakit. I HATE NEEDLES! Huhuhuhuh~

“OWHHHH FUCKKK!” - terkeluar jugak perkataaan tu dari orang yang civilized macam aku (hik hik hik~)

“Its okay. You can curse and say anything, but DON’T TOUCH YOUR FOREHEAD - amaran dari doc tu.

Serious! Aku ni memang seorang Needle-o-phobia (ada ka terms ni?) dan Hemophobia (phobia pada darah.) Dan yang bestnya, dapat dedua ni pada masa yang serentak. Memang bongok sangats..

Aihhh..



Pagi ni, datang nak datang opis pun jadi satu adventure yang sangat mengesankan! Orang dok tengok aku macam ada tanduk kerbau yang tumbuh kat kepala aku ni. Chet! Bodo tul. Korek bijik mata kau kang baru tau. Pehal tengok2 orang camtu? Ada utang ka?

Sampai opis je…



“What the hell? What happen to your head?” 
“Did you fight with someone?” 
“Kenapa? (sambil tunjuk dahi sendiri)” 
“Oh My Gawd! What happened?” 
“Hey! Kenapa tu?” 
“Hah! Tu kenapa tu? Dah takde keje lain la tu. Gadoh ngan orang la tu”

Tu adalah antara soklan2 yang ditanya..

Antara jawapan aku -

“I bumped my head onto the swimming pool wall”
“Langgar kerbau semalam. Saja nak test jadi matador”  
“Accident & 1 stitch”  
“Saja je langgar orang”  
“Gado ngan jiran sebelah”  
“Shadap yu.. sebok je.. pukul kang baru tau. Nak?”

Owhhhh! Shuttup you all~

Denyut denyut kepala ku ni... Huhuhuh~ Doc mengong tu tak kasik pain killer. Kasi antibiotic je. Waaaaaa~

An accident & One stitch.

I HATE NEEDLES & BLOOD! So very much!

Huhuhu.. Saketnyeeeww~

FutNote: Walaupun dalam pic ni aku senyum sokmo. Tapi kepala tetap denyut2.. kene menten prosessional lorr.. hak hak hak~



My head is throbbing! (kalu head lain yg throbbing, layan best gak. Ni tak, head ni yang throbbing. Adoyaii~ Hak hak hak~)

hapdate: aku telah TERTIPU dengan dakyah doktor tu. Kelepet betol. Dia cakap dia nak jahit ONE stitch ONLY. Baru kejap tadi aku tukar bandage. RUPANYA ada 2 STITCHES! Mangkuk~ Huhuhuhu... I hate needles~ (blog ditulis pada petang, hari isnin. Di hapdate pada malam isnin)

Tuesday, November 17, 2009

zip-off



Zup zap zup zap~ (sound effect aku tengah bersiap2 kat gym lepas mandi & nak balik umah malam semalam)..

Aku pakai singlet itam ngan jeans & menggalas back-pack itam. Sambil2 jalan, sambil2 on9 pakai iPhone aku tu. Saja nak abiskan kredit DiGi yang still agak banyak tu (still ada RM120 dan perlu reload sebelum 5 Dec) Sehari online pakai DiGi, kene bayo RM5 je. Agak berpatutan (kot?).

Lepas tu, berjalan la dari Lot 10 ke KLCC. Gym yang aku join, Celebrity Fitness Lot 10. Masuk dalam Pavilion, singgah ke tandas kejap sebab nak basuh muka (muka rasa ketat & kering sebab terlalu lama kat dalam sauna & steam room). Belek2 muka kejap kat cermin besar floor-to-ceiling kat tandas tu. “Uhh, chomel gak aku ni kalu tengok dari sudut2 tertentu. Senyumm~” Hak hak hak~

Keluar dari tandas, singgah kejap kat Starbucks kat sebelah Tangs tu. Beli Vanilla Latte. Dah 6 stamp yang aku kumpul sebab nak tukar ngan diary starbucks 2010. 5 more to go – Yeay! 

Lepas tu, sambung catwalk ke KLCC. Kene rush sket sebab dah almost 10pm. Nak catch bas kol 10.30pm kat stesen LRT Taman Melati ke rumah aku. Sambil2 jalan, sambil2 minum & meraba-raba warm latte tu. best ouhh... Dikala kesejukan angin malam menikam2, dapat meraba sumthin yang warm n cosy.. priceless feeling. He he he~

Sampai LRT KLCC, masuk dalam lrt, continue sambung surf the tenet lagi. Website yang aku masuk – facebook, myspace dan ada beberapa lagi yang tak patot di expose kat sini. Malu la..

Then, sampai LRT Taman Melati dalam kol 10.30. Lepak kat tempat nak tunggu bas. Orang tak ramai kat situ. Dalam 10 orang camtu je kot.

Jam - 10.45pm, pemandu bas berjalan ke arah bas. Menandakan bas nak bergerak. Aku pun bangkit dari tempat duduk tu.

Barulah aku perasan, zip jeans aku tak di zip-on. Owhhhh Damek! (versi bahasa melayu untuk damn it!)

Terbukak sokmo dari Lot 10 tadi. wu wu wu~ segan~ Dah le pakai skimpy underwear warna putih. Aihhh...

Wednesday, November 11, 2009

Cock

Last 2 weeks, lepas balik dari club, singgah minum2 kat kedai mamak Q Bistro (kat Bandar Sri Permaisuri tu). Aku memang suka gak lepak kat kedai mamak - mana2 mamak la. Cepat, murah dan kadang2 tu, sangat sedap rasa makanan kat situ (biasanya, bese2 je).

Kepada kamu -  takde salah apa pun makan kat kedai mamak...

Cuma tak berapa berkenan kalu mamak tu hyper-berbulu. Pernah kan tengok ada antara mamak tu yang lipat lengan baju, mengexposekan lengan yang bebulu lebat tu. Geli siottt. Kalu yang jenis camtu dan masak makanan, memang aku tak makan kat kedai tu la.

Nak share pasal menu kedai ni sebenarnya - kelakar gak. Mungkin typo error, atau menda dalam menu ni memang wujud, aku tak pasti plak la sebab aku tak order tu pun. Aku mintak menda lain time tu.



Dah le menda tu termasuk dalam kategori aiskrim (kene jilat2 kan? Hahahaha) Pastu, namanya plak, COCK. (RM4.00 je? Murah gak. Hahahah..) Tergelak besau bila nampak menda tu dalam menu. (Motip sangat kan? Memang otak kuning tol. Hahahaha)






Update: Warghhhh!!! Sorry sorry! Dah salah kedai mamak la.. bukan kat Q Bistro, tapi kat MZ Corner. Kedai mamak dekat ngan umah kawan2 aku kat maluri tu. (Tu la, dah excited sangat nak buat entry pasal COCK ni, tak pasal2 dengan tak sengajanya ter'pitnah' Q Bistro.)

Maafkan~ Maafkan~ [T_T]

Footnote: Original entry ni dibuat pada 10 Nov 2009. Masa aku tengah mandi & sabun2 pagi tadi, baru aku tersedar yang aku dah salah kedai.. Edit ni dibuat pada 11 Nov 2009

Tuesday, November 10, 2009

27 November

27 November 2009 = Hari Raya Aidiladha (Eid-ul-Adha 1430H) = birthday Indra ke 27



alhamdulillah... besday taun ni serentak dengan hari raya haji. Semoga aku dapat tumpang keberkatan hari itu dan menjadi orang yang lebih baik. Amin...

(^_^)


p/s: aku dilahirkan pada jam 10.40 pagi.

Wednesday, November 04, 2009

phone

Tiga hari lepas, secara tak sengaja aku terjatuhkan phone aku masa nak tukar baju kat gym.

Sekarang, phone aku ada masalah...

Ada line yang panjang kat bucu atas sebelah kanan skrin tu. Bukan sebab skrin retak.


Tengah tension dan berfikir, adekah aku kene pakai balik hp nokia aku yang lama tu? Malas nak pakai N93i tu sebab sakit jari tekan keypad tu kalu send sms byk2..


Nak tukar iPhone yang baru.... naaaaaaaaak~!

Monday, November 02, 2009

i miss you

i miss you...

kita rindu sama kamu...

hmmmm...

"If you love someone, set it free.


If it comes back it was, and always will be yours.


If it never returns, it was never yours to begin with"

Sunday, November 01, 2009

pixture percutian

tak sempat lagi nak upload pic2 tu kat dalam blog ni... (most probably sebab m.a.l.a.s kot.. hehehe)

tapi dah upload kat my facebook..

kalu rajin, jenguk2 la.. =)

http://www.facebook.com/album.php?aid=117327&id=537363278&l=1f1e44d860






total ada about 1400 pic yang di snap2 masa kat sana. tapi kat dalam album tu ada 80 pic je.. takkan la nak letak sumer 1400 pic kat situ. gila ka?


hehe..


kesimpulan trip tu, sangat berbaloi sebab pegi dengan kawan2 yang gila dan mereng kepala otak beliau. dari pagi sampai malam asik tergelak sokmo. kdg2 tu ketawa sampai kuar air mata n sakit perot..

Thursday, October 29, 2009

Arghhhhh! Tension!


I kept on telling other people that I’m okay. I’m fine and I’m good. Don’t have to worry about me. The fact is that I’M NOT OKAY!


Here it goes. I’m going to bitch about what’s actually happens. This is my blog and I’m so not afraid of whatever the consequences that will befall on me because of this post.


I’m supposed to be at Bangkok yesterday. Flight sepatutnya touchdown kat Suvarnabhumi Airport dalam kol 11 pagi camtu. Tapi, skang ni aku still ada kat KL. Kat opis.

Arrangement untuk trip ni dah lama dibuat. Flight ticket dah dibeli lama dah. Hotel dah book dan itinerary sumer dah ada. Last2 minit, cuti aku untuk trip ni tak di approve.


HELL!


Alasan yang diberi adalah - Cuti you clash dengan cuti I. So, u tak boleh amik cuti ni.
Alasan-alasan sampingan yang lain yang aku anggap tak masuk akal n agak bodo adalah -
1.       Tak boleh tak ada orang kat section kita ni
2.       Ada keje kene buat

WTF?


Oh.. Aku lupa.. Aku ni Cuma kerani cabuk yang biasa je. Atau dalam bahasa sopannya, KULI or kulikatif. Aku bukan bertaraf eksekutif. So, apa2 pun, aku boleh dipinggirkan camtu je. Again, WTF?!

Aku bengang dan marah sebab -

Harga tiket flight tu almost 1/3 dari gaji bulanan aku. SUCH A WASTE OF MONEY camtu je. Bangang betol!



Langsung takde empathy shown towards me. No sorry or anything similar. For me, the excuses given is the other way of saying - I'm the boss and you’re NOT! So, I have the final say here. I don’t care what you think about it. I don’t care what will you say about it and I just simply don’t care.

Kawan baik aku yang patutnya pegi sama untuk trip ni dah marah giler ngan aku.

I’m so pissed off lah. Ada banyak menda yang aku buat & berkorban untuk company ni (malas la nak list menda2 tu. Nanti nampak sangat tak ikhlas bekerja.) Lagipun, bukannya ada kerja yang mighty important for me to do to cancel this trip. Dahla jarang amik cuti. Bila nak amik cuti, jadi camni plak. Aihh...

Demoralizing betol la.. bodoh je..

Wednesday, October 28, 2009

t.r.u.s.t

You don't have to crack your head to find the solution for the problem. All you need to do is to listen!

Semua orang ada masalah masing2. Betul?

Kalu takde masalah, bukan orang lah namanya tu. Hanya Allah je yang takde apa2 masalah. Betul?

Kalau ada orang yang nak mengadu masalah dia ke korang, apa yang korang buat? Adekah korang akan rasa -

Damn! Ko hengat ko sorang je ke yang ada masalah kat dunia ni? Aku pun ada masalah gak. Napa plak ko nak bebankan aku ngan masalah ko yang tahpape tu? Sebok la ko ni.. Pi mampus la ko ngan masalah ko tu..

Or,

Hello!! It's not my problem, it’s your problem! Why should I care about it? Buzz off!


Atau...

Alaaaa... Ko lagi ke? Kalu dah muka ko, memang takde menda lain la. Gerenti pasal problem ko yang tak abis2 tu. Malangnya jadi ko ni kan? Tak teringin nak mandi bunga & tolak sumer bala2 tu ke? Mana la tau kot2 lepas mandi bunga tu, kurang sket masalah nak datang menjenguk ko ni.

Hmmm... Kalu bole, jangan la jadi sebarang menda2 yang kat atas tu. Tak baek larhh... Kalau ada antara kawan2 yang datang ke kita sebab nak mengadu masalah dia, kalu bole, jangan la tolak orang tu mentah2/bulat2 camtu je. Dengar dulu apa masalah kawan tu.

Sebab tu entry kali ni, aku start ngan statement yang kat atas tu. Maksud statement tu lebih kurang camni - kita tak semestinya memberikan jalan penyelesaian pada setiap masalah yang diajukan kat kita. Cukup sekadar jadi pendengar pun dah berbaloi rasanya.

Take it from me personally.

Baru sekarang ni aku berani dan tau cemana nak share sikit2 masalah yang aku ada dengan orang sekitar aku. Mostly kawan2 lah. Dulu, aku langsung tak reti cemana nak share feelings ngan sapa2. Not to my family, not to my friends, not to stranger (maksudnya, mcm blogging ni lah. Kan ke sama je cam kita dok story masalah ngan stranger yang tak kenal? kan kan kan?), not to counselor, not to anyone at all lah. Sumer simpan sendiri je.

Akibatnya, aku jadi sorang yang sangat pengecut, very self-aware dengan apa2 je yang aku buat (takot org lain kutuk n keji), self-confidence yang zero percent dan macam2 lagi negative aspect la.

Heyy! Bukan nak stori pasal aku la.. Melalut2 je.. aishhh... (lagipun aku dah tak camtu skang ni woo.. confident! Hahahah.. =P)

Anyway, look at it this way..

Semua orang ada masalah masing-masing dan bila ada orang yang datang nak mengadu masalah dia ke kau, especially kawan rapat, bayangkan menda ni..


Hmmm.. kawan aku tu percaya kat aku sampai dia sanggup nak cerita masalah dia ke aku.

Ingat! Sometimes, masalah seseorang tu ada jugak mengandungi aib, khilaf n kekurangannya. So, by telling and sharing their problem with you, they're also exposing their weakness. Ko berani ke? 

Siapa yang kat dalam dunia ni yang takde ego? Cube kasitau aku sapakah orang bertuah itu? Semua orang tak kira guys or girls ada ego. Yang beza Cuma taraf ego masing2 tu. Ada yang ego tinggi melangit sampai membawa perangai orang tu ke tahap bongkak dan sombong, dan ada gak ego yang biasa2 saja.

Kalau kau? Tanya diri sendiri la. Mana aku tau jawapan soklan ni.

And sometimes, seseorang tu kene sacrifice ego dia sebab nak share masalah pada kawan2 atau sahabat yang dia boleh percaya.

Jangan khianat kepercayaan tu.

Alhamdulillah, rasanya aku ni jenis orang yang orang lain dan kawan2 aku dok story masalah dia ke aku. I'm very honored actually everytime ada dikalangan kawan2 or sapa2 je orang yang nak share problem dia ngan aku.

Hey hey.. like I said, you don't have to crack your head to find the solution of the problem. All you need to do is to listen. Be a good listener and you will and can gain other people's trust. And with that, comes many more good things.

Sometimes, you'll feel the relief bila dah share the problem tu ngan kawan2. Rileks la.. Jangan la harapkan yang lepas je ko citer masalah ko ke kawan2 tu, diorang akan kasik solution serta merta. Depend on the type of problem la jugak.

Kalu yang non-material (duit, barang, etc), mungkin boleh la sama2 nak figure out apa yang bole dibuat dengan problem tu. Kalau yang melibatkan material dan duit, tak semestinya kawan yang kita ceritakan problem tu aka nada penyelesaian. Cukup la sekadar ada orang yang sanggup dengar masalah anda..

Kepada orang yang sudi mendengar masalah aku, thank you for your time. Your time is very precious and for that, nothing else is worth saying except THANK YOU.

Dan kepada yang sudi berkongsi masalah dengan aku, TERIMA KASIH atas kepercayaan yang diberi ke atas aku & I'm very honoured. To trust someone is a very difficult thing to do in life and it may take years to develop it. But to lost it, it just take a matter of seconds.

Sharing is caring.

Aite? =)





Wednesday, October 21, 2009

Back from holiday

Salam semua...

Tadi flight dari bandung touch down kat LCCT lebih kurang kol 1.30pm

Skang ni aku kat opis. Balas email yang melambak2 n mendengar rungutan opismate aku. Aihh... aku ni kerani cabuk je. Things kat opis ni still can go on without me around.

Anyway, holiday kat Jogjakarta & Bandung selama seminggu since 14 Oct lepas memang gempak giler!

Aku akan postkan some of the pic yang diamik masa holiday tu nanti bila aku da dapat DVD dari kawan aku tu...

Sekarang ni tengah menderita sunburn yang agak teruk gak lah. Aihhh...

Tapi takpe, asalkan puas ati jalan-jalan & shoppink! Hahaha... =P

Tuesday, October 13, 2009

i like you

i like you, yes 
love you, yes  
i adore you, yes  
i cherish you, yes
i care for you, yes
i treasure you, yes


but...


that doesn't mean that i revere you
that doesn't mean that i worship you
that doesn't mean that i'm totally obsessed with you
that doesn't mean that my life revolve around you and you ONLY


and most definitely, 


that doesn't mean that you can play around with my feelings without me doing nothing to protect it.


my heart is NOT made of stone,
my heart is NOT made of diamond,
my heart is NOT made of wood,
my heart is NOT made of straw,


like yours and any other people, its made of flesh and blood


it can break, 
it can brittle, 
it can hurt,
it can ache,

it can get wounded,




understand this please... i'm just a human...

Saturday, October 10, 2009

Feeling (Part 1)

Salam semua..


Arini aku nak wat follow-up blog yang aku penah buat dulu.. Pasal sayang dan perasaan yang berkaitan dengannya. (Amaran ringkas, ayat2 B.Melayu dalam entry kali ni mungkin boleh membuatkan korang rasa bosan n mual. Sebab aku tak reti sangat nak berkarya2 ni. So, mintak bersabar ea. Tenkiu...)


Anyway, menda ni memang da lama sangat belegar2 dalam kepalahot (kepala hotak) aku ni. Cuma tak tersempat nak tulis kat mana-mana. Mugkin sebab aku ni terlamau malas kot. =P


Semua orang pn ada experience memasing pasal sayang ni kan? Ada yang happy, ada yang sedih. Biasa la tu. Human is full with emotion. Its just that how handle it makes us a bit different dari orang lain.


Ada yang sangat2 into the feelings tu sampai banyak menda dalam hidup dia terkena effect feelings tu.


Contohnya, ni ada satu kisah benar yang terjadi di kalangan orang2 yang aku kenal. Tak payah la nak tau sapa orang tu. Cuma aku harap menda ni dapat jadi iktibar. Untuk aku sendiri sekurang-kurangnya.


Sebelum si A tu kenal n kapel ngan si B, si A tu ble dikatakan sangat rapat dengan kawan2nya yang lain. Tapi, pada satu hari tu, si B dating dalam hidup si A dan perangai si A mula berubah. Si A dah jarang2 nak bergurau2 atau nak bergaul ngan kawan2nya (termasuk aku) sama macam dulu. Pada A, B adalah segala-galanya. Kitorang sumer perasan akan perubahan sikap si A ni. 24 jam, asik berkepit ngan B. Asik terperap dalam bilik. Dan perangai B yang memang sejak mula-mula tak mesra alam, dah terjangkit kat A.


Kitorang sumer pada mulanya anggap - Takpelah, bese la tu, orang yang baru berchinta.


Tapi, lama kelamaan, kitorang mula merasa jelak ngan perangai A & B yang living in their own world. (Hmmm.. ni dah kira memburukkan kawan sendiri ni. Tapi macam aku cakap, apa yang aku nak tulis ni, aku nak jadikan iktibar untuk diri aku sendiri sekurang2nya. Kalau ada orang lain yang bole amik pengajaran, apa salahnya. Kan?)


Sekarang, A yang mula2 sangat disenangi oleh semua kawan2nya termasuk kami semua ni, dah mula dijauhi n dibenci. Aku rasa kesian ngan si A tu. Aku rasa, aku paham apa yang si A rasa bila dapat B. Tapi, apa2 pun, cara masing2 yang handle emotion la yang membuatkan masing2 tu berbeza dengan orang2 lain walaupun emosi tu adalah jenis emosi yang sama.




Love. Cinta. Sayang. Kasih.




Same type of emotions. Different outcome in different people. Setuju?


Berbalik pada kawan aku A tu. Aku rasa aku paham apa yang membuatkan dia berubah camtu. Tapi ni apa yang aku rasa ni, andaian aku je. Mungkin betul, mungkin salah. Aku tak tau apa yang A fikirkan masa dia ngan B. Sebabnya simple je. Aku tak reti & tak bole nak baca pemikiran si A. (I’ll be damn famous kalu aku bole baca pemikiran orang. Hahaha)


Beauty is in the eyes of the beholder. Kecantikan & paras rupa tu adalah terletak pada mata pemandangnya. Sesetengah orang akan cakap - Waaaaaaaaaaa~ Giler Bapak Ensem mamat tu.


Tapi, pada orang lain - Hele, bese je. Takde ensem mana pun. Kucing aku lagi ensem dari dia.


Betol tak?


So, sama la situasi antara A ngan kitorang ni.


Aku tau sikit2 je sejarah pasal si A punya kisah percintaan. Dia jarang dapat berkapel. Dan kalu tak silap, masa breakup ngan kapel dia dulu, dia punya sedih giler bapak tu.. Aihh.. kesian dgr citer dia ni. Si A ni pulak, kalu da berchinta, dia akan kasik komitment 100% orang yang dia cintai tu. Cinta Agung!


Hmmm... Apa yang aku andaikan ialah -


Sebab si B ni ada rupa sikit (even kawan2 aku & aku sendiri rasa, B ni sangat2 biasa je, tapi macam aku cakap tadi la. Beauty is in the eyes of the beholder) So, pada pendapat aku, pada awal2 perhubungan derang tu, untuk elakkan si B dari tinggalkan kawan aku si A ni, A sanggup nak buat apa sahaja. Sampai la kitorang ni rasa yang A ni dah ‘buang’ kawan2 dia sendiri.


Aku faham kenapa A buat camtu. Bayangkan situasi ni - kalu kamu anggap yang diri kamu tu takde rupa, dan one day, ada sorang yang ada rupa sanggup nak bersama2 dengan kamu. What will you do? Will you not try the hardest to keep the relationship intact and sometimes, you will sacrifice so much, it will not only effect yourself, but it will also affect the people around you. And the sad thing is, u realize it’s happening, but u refuse to do anything about it because the fear of losing the one that you love.


Is it worth it? Berbaloi ke nak buat semua tu?


Tapi, kesnya lain kalau orang tu ada rupa.


Sebelum orang2 hensem & cantik kat luar sana nak hentam aku, please note that apa yang aku nak cakap ni does not apply to everyone. Aku tak samakan semua orang and aku takkan generalize people. Hanya orang2 yang bodoh je yang akan anggap semua orang tu sama. Lain orang, lain cara dia handle problem.


Cuba tanya soalan ni kat diri sendiri. Kalu orang tu ada rupa, bukankah senang untuk orang lain jatuh hati pada orang tu? Aku personally percaya, sekurang2nya, 90% dari manusia kat muka bumi ni akan pendang pada rupa dulu. Dari rupa tu la macam2 impression akan timbul.


Aku suka kat dia lah, muka orang tu cam perompak lah, muke jahat lah, muke ustaz lah, muke perempuan suci la. Macam2 lagi. Dah biasa dengar dialog ni kan? Kalu bukan diri sendiri yang cakap, musti dengar dari mulut orang lain. Sebab tu ada - dari mata turun ke hati.


Haihh.. (tetibe penat plak nak menaip... aku dah lost focus ni sebab ada perkara2 tertentu yang takleh nak cakap kat sini)




Lenkali la aku sambung ea... sorry...

Wednesday, October 07, 2009

Raya Gath

Salam semua...

Isnin lepas, ofiz aku ada wat gathering raya. Dan pada hari itu jugaklah, satu sejarah baru telah terchipta untuk diriku sepanjang empat (4) tahun aku keje kat sini (uhuk~ tua suda~ dah pat taun keje kat sini..)

Sejarah apa ye? Terdengar desas desus pertanyaan yang tak semena-mena.

Sejarahnya adalah~

FIRST TIME ever! Aku pakai baju melayu ngan sluar ngan sampin. Yay! Ahahahah... 



Takleh la cakap aku pakai baju melayu lengkap sebab memang tak lengkap pun. Takde songkok larhh.. So, persalinan baju melayu aku ni memang tak lengkap lah. Anyway, baju yang aku pakai ni, lagi lengkap dari apa yang aku pkai untuk raya baru2 ni. Kenapa? Meh aku stori...

Aku memang takpenah beli baju melayu untuk diri sendiri. Even untuk raya. Bukan kedekut. Tapi sebab aku jarang giler pakai baju melayu. Gi semayang jumaat pun pakai baju opis. So, camtula.. malas la nak beli2 baju yang setahun sekali je pakai ni. Dan aku pulak, sangat2 tak kesah kalu nak pakai baju yang sama untuk 2 ato 3 taun (ala, pakai masa semayang raya je pun.. Lagipun, aku ni bukannya artis, org nak perasan2 bagai neh..) So, chill je la..



Mak aku pulak lain kes... Dia tak ske tgk aku pakai baju yang sama untuk semayang raya. Dia akan meleter - hala! Baju tu kan da pakai taun lepas, watpe nak pakai lagi.. pot pet pot pet pot pet~ (bese la. mama aku ni memang sayang kat aku. Sebab tu dia bebel lelebih skit. I Love You To Mama. Yes! Aku panggil mak aku Mama. So what?)

So, taun ni, tu la baju melayu yang dia belikan. Aku tak kisah kaler apa pun dia kasik. Janji size S. hahaha… taun lepas, dia belikan saiz M, aku reject. So, dia pi tukar balik kat kedai tu. hihihi.. Jahat cam hapa je Indra neh!





Anyway, pasal baju ni lagi...

Untuk gathering raya kat opis ni, aku pakai lagi lengkap dari apa yang aku pakai masa semayang raya. Nak tau aku pakai pe masa semayang raya? Aku pakai baju melayu tu, suar slack itam. Tu je. (of koz la pakai boxer jugak. Tapi xkan tu pun nak sebot kot. Adoi laaa~)

Kan? Lagi lengkap aku pakai masa gathering ni kan? Hahahaha..



Yang tak bestnya kalu pakai sampin segala bagai ni, kalu nak gi kencin, kene angkat kain dulu, selak sana, selak sini, zup zap zup zap, carik zip suar, pastu, baru leh kencin.


Proses yang sama kene buat kalu nak seluk poket suar baju melayu tu. Dah le letak HP dalam tu. Bayangkan buat perkara selak-selak tu time tengah berjalan ato depan orang? Hahahaha... (pssttt... aku da buat... malu gak, tapi mesej kene balas beb. Klu tak nanti merajok)



Adoiiiiiiii~ banyaknya keje kene buat sebelum kencin..

Anyway, still, aku rasa aku suka la pakai baju melayu n sampin ni. Aritu jugak, aku pegi gym pakai mnda yang sama. Aku bejalan dari KLCC ke LOT 10 (Celebrity Fitness), lalu kat Pavilion n BB, selamba badak je. Dah la ari isnin. Kalu jumaat tu, mungkin okay gak la kot. Hahahaha.. (saja sekali-sekala nak mencapub [MENCAri PUBlisiti])












Tapi aku takmo la pakai baju melayu yang bese2 camni. Nak tempah baju melayu SLIM FIT! Tak suke la pakai baju yang mengerbang2 ni. Leceh. Hahahahah~

-sekiyan-

Sunday, October 04, 2009

aku jutawan!

Yes, kalu korang nak tau, aku adalah certified JUTAWAN yerp... Omputeh cakap, millionaire...
Hehehe...

"Berangan! Jutawan tengkorak kamu~"
"Wahh! Nampak sangat penipu! Chantek ke muka kao nak jadi jutawan ni? Da pandang chermin semenjak dua menjak neh?"
"Yeke? Yeke? Tipula awak ni. Poyo cam longkang~"
"Millionaire My A$$!"


Antara respond2 yang aku tau ada antara yang membaca entry kali ni cakap. Betol? Hahahaha...


Neway, ni la yang aku maksudkan JUTAWAN tuh! Adoii.. suka je nak kutuk2 orang sblum tau pekara sebeno~





Tuuuuu... nampak tu? Sekarang ni, aku memperolehi pendapatan sebanyak $59,691,950, Upkeep: -$364,310 (total, dapat la dalam  $59,327,640 in every 54 minutes - read, Lima Puluh Sembilan Juta Tiga Ratus Dua Puluh Tujuh Ribu Enam Ratus Empat Puluh Dollar setiap 54 menet)

Hahahahaha... Berangan TAK HENGAT!!!

Padahal gaji sebagai kuli cabuk kat kompeni aku ni berapa sen sangat lah... 59 Juta kunun... Ptuihh~ hohohohoh.. =P

Saja je nak pamerkan kekayaan palsu virtual aku ni. Sebagai seorang samseng Mafia yang berjaya, aku memperoleh pendapatan yang bagus~ Hahahaha...


Target aku adalah mendapat $100juta setiap 54 menet... hahahah... Boley tak rasa2nya? =P


Mood: BERANGAN!!!

Saturday, October 03, 2009

Ngaaauuummmm! Meoww Meoowww~

Salam semua...

Harini, aku malas nak tulis entry yang panjang berjela macam entry sebelum ni. Aku takde feel n tak datang lagi mood rajin nak taip panjang2 tu. Musti busan baca entry menda2 yang panjang n meleter2 tu kan? =P

Lagipun, sambil melayan Tagged n berperang kat Mafia Wars dan berchatting di YM. Aku ni kadang2 je on9 YM. Selalunya, kalu on9 pun, akan appear offline sebab kalu on9 kat opis, memang takleh nak appear on9 lah. kang kalu org buzz n tak layan, di-chop sebagai sombong plak.

Anyway, ni pic yang aku nak share ngan korank~

Pengakuan -  Pic2 ni diambik dalam keadaan yang kontrol giler.. sbb time tu ada ramai org.. takmo la appear like a badut infront of them. hehee. 


Pic petama - aku dengan Velociraptor 




Pic kedua - biar derang lompat. Aku takmo lompat~




Pic ketiga - Yang ni garang sket. Dengan Spinosaurus

 

Pic keempat - aku + velociraptor + sorang dinosaur yang masih lagi hidup n bergerak bebas di muka bumi ini. Ahahahahah.. =P




Pic kelima - the most famoustest dinosaur of all - encik T-Rex bersama-sama aku n dinosaur idup tu. aku dah suh dia pegi. Tapi dia takmo. nak wat cemane. hahahah.. (>_<)





Itulah sahaja entry untuk kali ini. 


Oh ye, sumer pic ni diambik kat DinoTrek2 kat Petrosains kat KLCC tu.



-sekiyan-



m.e.m.o.r.i

Salam semua...

Aku sekarang ni online dari cyber kafe n jam sedang menunjukkan hampir kol 3 pagi. Gilak! Mata da ngantok giler da ni. Tapi still malas gak nak balik n tdo. Hahaha..

Anyway, entry kali ni, aku nak share a bit pasal zaman persekolahan aku. Skolah rendah.

Aritu, masa naik bas nak gi stesen LRT taman melati (aku stay kat gombak n sebab transport xdok - moto kene curik n serik nak beli moto baru, aku naik lrt je la kalu nak gi keje. Dari rumah ke stesen lrt, kene naik bas or teksi. Dan akan lalu kat sekolah rendah aku), aku ternampak banner ni kat sekolah rendah lama aku tu.



Tajuk sekolah aku ni, Sekolah Rendah Kebangsaan Gombak Setia.

Bila tengok banner ni, aku - laaaa... Da masuk tahun ke 50 rupanya skolah ni. Maknenya, skolah ni ada masa zaman2 baru merdeka rupanya. Aku baru perasan. Hahahaa... bukannya sebab aku tak tau. Tapi aku tak penah nak baca n amik tau pun. (hey, seblom kutuk2 orang, tanya diri sndri, skolah rendah ko, bila establishmentnya? Hehe)

Anyway, sebab sekarang ni umo aku nak masuk 27 pada 27 NOVEMBER 2009 (adiah besday manaa?) ni, so, selepas perkiraan pakai kalkulator saintifik henfon aku ni (jangan tak caya. HP aku ada saintifik kalkulator k.. hehehe), aku start skola kat situ masa taun 1989.

Terima kasihnya (thankfully), aku still dapat ingat lagi apekah kelas yg aku masuk kat situ.

Darjah 1 kat kelas 1A8
Darjah 2 kat 2A8
Darjah 3 kat 3A8
Darjah 4 kat 4A8
Darjah 5 kat 5A12
Darjah 6 kat 6A12

Penerangan - setiap darjah kat skolah tu, ada 12 kelas. Dari darjah 1 sampai darjah 6.

Takde segregation (pengasingan) of class masa darjah 1 sampai 4. so, tak kisah la ko dapat no 1 ke, ato no 40 ke, still akan kekal kat kelas yang sama. Tapi, darjah 5 & 6, kelas 'terpandai' dan paling elok result examnya akan ditempatkan kat kelas 5A12 & 6A12. (ada nada2 riyak ke? Hurmmm.. rasanya macam takde. Tapi, ntah la.. aku cme nak mengingat balik je. Lantakla apa perception org.)

Anyway, tak banyak sangat kenangan manis masa kat skola ni. Banyak yang  tabest, pahit n taknak diingat atau ditempuhi lagi.

Kepada sesapa yang tak tau lagi, aku ni berasal dari Indonesia. Dilahirkan di Medan, Sumatera. Parents berhijrah kat sini masa umo aku 4 taun. So, tadika, skola rendah, menengah n uni - kolej, sumer kat sini.

Anyway, berbalik kepada persoalan memori tu. Masa belaja kat sini la ada a bunch of my classmates yang tak suka aku sebab asal n keturunan aku. Pendek kata, racist.

Ada dalam 6 or 7 orang kot. Panggil aku pemdatang haram la, rubbish la, macam2 lagi lah. Siap ada lagu lagi yang derang nyanyi spesifik untuk aku sorang. "Pendatang haram, dia Malaysia, ini bernama, Indra"

Beramai2 la dok nyanyi lagu tu kalu time mood derang baik n nak buli aku. Kalu nak pikir sekarang ni, memang nak tergelak pun ada gak. Ye la, bebudak kan. Mana reti nak pikir pasal sumer2 ni.

Tapi impact masa tu lain sangat. Aku sangat2 tertekan sebab menda ni. Hasilnya, aku jadi sorang yang penakut, takde kawan lngsng, tak penah rehat ngan sapa2 sepanjang aku kat skolah tu. Selalu jadi bahan gelak kat kelas even aku takde watpape kesalahan kat derang.

Dan sebab tu jugak, my self esteem is way below the drain. Omputih cakap - rasa yakin diri aku ni, lagi rendah dari longkang. Almost zero. Kalu cikgu panggil nama aku nak suruh jawap apa2 soalan, aku musti meggeletar sebab takut giler. Takut kene gelak ngan classmates n to make things worse, ada dikalangan cikgu2 racist jugak.

Hehehe..

Sepanjang masa tu, aku tak penah mengadu kat sapa2 pun. Parents aku tak tau langsung pasal ni sampai la ke hari ni. Aku ni memang jenis yang suka pendam n tak share apa2 yang jadi kat aku ni kat sapa2 pun. So, sumer2 yang jadi kat aku tu, takde sapa2 yang tau la...

anyway, menda2 ni sumer dah lepas. Dan aku bukan nak ungkit ato nak salahkan sapa2.. kalu aku nak balas dendam, nama2 sumer orang yang wat 'jahat' & racist kat aku dulu tu, memang aku tulis kat sini la. (lagipun, aku bukannya ingat nama derang tu. Hahahaha). Apa yang aku tulis ni, sekadar nak share je..

Antara menda2 yang aku ingat sampai skang ni adalah kebencian cikgu darjah 6 aku ke aku sebab racist ni lah. Pompuan, tudung labuh n aku memang ingat lagi muka dia. Heheheh..

Antara menda yang dia buat, lepas habis exam final, sebagai cikgu kelas, dia distribute borang permohonan nak masuk ke skolah berasrama penuh & MRSM. Semua dalam kelas tu dapt borang tu kecuali aku. Aku memang faham la sebab apa aku tak dapat (sekolah asrama penuh n MRSM hanya layak untuk warganegara sahaja).

Bila da abis distribute borang tu, dia boleh announce kat kelas camnilah lebih kurang - Okay murid2 nanti balik rumah, isi borang ni & mintak ibu bapa tandatangan borang tu dan serahkan ke cikgu semula hujung minggu ni. Indra, awak tak dapat borang ni sebab awak tak layak. Awak tu orang indon. So, awak tak layak.

Perghhhh!!! Sedap siyot! Hahahaha...
Time tu aku rasa telinga aku panas giler sebab malu yang teramat sangat. Kalu cikgu tu tak cakap pun, aku memang faham n sedar kenapa aku tak dapat borang tu. Classmates aku pun sumer tau aku memang asal dari sana. Aku tak tau nak buat apa time tu. Aku tunduk pandang meja je la... Malu tak hengat. Hahahahah...

Lagi satu, masa dapat sijil berhenti, untuk pangkat kelakuan, aku dapat 6. ada pangkat 1 ¨C 6 untuk kelakuan tu. Semua dapat 1 ato 2. aku sorang2 je yang dapat 6 dalam kelas tu. Even tho aku tak pasti, tapi aku takkan terperanjat kalu aku satu2nya murid kat skolah tu yang dapat pangkat 6 time tu. Hahahaha...

Anyway, masa dapat result UPSR, aku heppi giler. Time tu still ada 4 subjek. BM objektif, BM karangan, Maths & English. Target nak dapat 2A2B camtu je. Tapi rezeki, dapat 4A.

Aku gi tgk result aku kat papan kenyataan kat bilik guru (ramai2 la time tu). Wahh! Giler happy! Haahah...

Pastu, sumerang kene kumpul dalam kelas memasing. Cikgu nak announce result UPSR tu. One by one nama dia sebut n announce result yang budak tu dapat ke sumerang dalam kelas. Nama aku agak tengah2 sket sebab start dari I. Smpai ke nama aku je, dia cakap ¨C Indra Gunawan Pardi... (dia terdiam kejap... aku tak suspen pun sebab memang dah tau berapa result aku dapat). A A, A A... (muka dia keruh je time ni... tapi aku rasa puas giler! Hehehe...)

Anyway, tu la kisah kat skolah aku ni. (panjang n meleter2 je kan? Bukan penting pun nak story pasal ni. Hehehe)

Masuk skolah menengah, still same case. Ada racist dikalangan classmates n cikgu n aku still selalu kene buli gak (badan aku kecik je time tu). Tapi tak la seteruk cam skolah rendah. Aku still gak rehat sorang2.. tapi at least, aku ada sorang kawan yang aku berkawan ngan dia dari form 1 smpai la skng ni, still contact lg.
Masuk UM, lagi parah... hehehe...

First 2 days is okay n biasa2 je... masuk hari ke 3, ada sorang coursemate yang tanya aku. Eh, kenapa nama awak Indra Gunawan eh? And kenapa no tengah2 kat IC awak ni 71?

Aku ingatkan, sebab da masuk U, they all shud be more open on this. But i'm totally wrong. Bila aku explain why, aku perasan ada several people yang... ntah la... tak tau cemana nak cakap. Mungkin sebab dia rasa dia bukan asal dari sana, so, derang look at me macam aku ni dirt. Completely shuts me down, tak betegur sapa or pandang langsung. N apa2 aktiviti yang department buat, aku tak dimasukkan dalam list. Heheheh...

Lantak laaaaa... menda ni sumer da berlalu...

Susah tau aku nak berubah. Dari sorang yang takde keyakinan kpd sorang yng bese2 (at least, takde la nervous kalu nak wat speech ke, nak becakap kat depan orang ramai ke)...

Neway, thankfully, aku punya self esteem tak sama macam dulu.

Now, I dont care lah kalu orng taknak suka aku sebab race aku. Why shud I care? Kan? (^_^)



Kat banner tu ada website untuk bekas2 pelajar skolah tu register. Nak wat reunion kot? Ntah.. aku tak bukak lagi website tu... nanti2 la aku bukak n register... mana tau, kot2 dapat jumpa balik mereke2 yang jadi classmates aku dulu2 tu... bole cakar2 muka derang... wahahahhahahaha.. (gilak! Takkan nak wat camtu kot.. bodo je.. =P)

p/s: Skang ni da kol 4 lebih lahh..Ngantooook~

-sekiyan-

p/p/s: Sekali lagi, aku cerita menda ni bukan sebab nak balas dendam ato nak tagih simpati sapa2. Cuma nak share je. I'm totally fine and allrite now. =)