Thursday, November 03, 2011

#SeksualitiMerdeka

Seksualiti Merdeka.

Pernah dengar terms ni sebelum ni? First time saya dengar pasal terms ni adalah tahun lepas.

Kawan saya ada share link video kat youtube. Kalau tak silap, yang buat menda ni exploded kat Malaysia ni sebab pengakuan beberapa orang homoseksual.

"Saya gay. Saya ok."

Macam-macam prejudis, komen, makian, cerca dan kata-kata kesat yang dilemparkan ke orang yang buat pengakuan dalam video tu.

Lupa agama, hedonist, orang yang bertuhankan nafsu, bertopengkan Human Rights untuk menghalalkan apa yang jelas HARAM disisi agama. Macam-macam lagi lah pendapat masyarakat pasal ni.

Baru-baru ni, dalam twitter, cerita pasal #SeksualitiMerdeka timbul balik.

It cause stir. Again. Sampai ke parlimen n politicians (sadly, because of politics and they want to be regarded as Hero, macam-macam lagi tohmahan yang timbul.)

Entri kali ni sebab saya nak share ngan korang apa yang saya rasa pasal Seksualiti Merdeka ni.

For me, i strongly believe that, whatever it is the thing that we do in this world, there must be a limit on it.

We're humans.

Kita ada nafsu, ada akal.

From one point, IF to fight for Seksualiti Merdeka means, to legalise and to make it morally acceptable for Homosexuality, I STRONGLY oppose it.

I do not and and will not condone, allow and support the fight to make Homosexual as a norm and legal.

No matter what the situation is, no matter what the reason is, morality can never ever surpass religion.

Morally, more than 50 years ago, to commit adultery is wrong. In all parts of the world.

Now, it have been generally 'accepted' worldwide that, to commit adultery is a normal thing. Something that has been accepted as morally 'right' and its okay to do it.

By religion. Any religion. In this case, Islam. Its NEVER RIGHT.

Same goes to Homosexual. Sampai kiamat pun, homoseksual tetap haram. Ni hukum Allah yang takkan bertukar.

But if Seksuality Merdeka means, to fight fo equality in terms of treatment in the society, i'm all up for it.

The fact that public have been ferociously bashing this movement is because they sees it as to "morally accepting Homosexuality".

Terms they always use is LGBT (Lesbian, gay, bisexual, transgender).

In the mind of short sighted people, Seksuality Merdeka is nothing more than an attempt to preach and to make a person an hedonist. Sex and nothing more than sexual relationship.

Liwat. Meliwat. Diliwat.

Itu sahaja.

I will not counter this with the common - kes rogol, buang anak, bunuh baby, incest & macam-macam lagi perilaku manusia-manusia 'lurus' ni.

Its too shallow if i were to do it. The fact that to counter a wrong and sinful thing with another wrong and sinful thing will not make things better.

But MANY of us have been playing God in this issue. Dengan sesuka hati, menghukum orang-orang LGBT ni sebagai manusia berdosa dan akan dihumban ke dalam neraka.

Seriously, who are we to say that? Who are we to pass judgement to fellow humans?

Its true, dalam Al Quran, Allah ada jelaskan hukuman yang menanti golongan LGBT ni. But at the end of the day, only Him can pass the judgement. Not you, not me, not us.

Tak perlu lah nak bersikap sangat kritikal dengan golongan LGBT. Kita semua manusia. Kita ada emosi, ada perasaan.

Maybe orang-orang yang terlalu kritikal terhadap golongan LGBT ni terlupa, perkara yang sama boleh berlaku pada mereka. Mungkin, tanpa mereka sedari, orang2 disekeliling mereka, ahli keluarga meraka adalah golongan LGBT.

I think, there is nothing wrong untuk hidup bertolenransi regardless of what is your sexual orientation is.

Besides, Allah sendiri yang cakap, perbaiki hubungan dengan Dia dan perbaiki hubungan dengan sesama manusia.

Semua orang ada pendapat masing-masing dalam hal ni. Dan ini adalah pendapat saya.

For me, i will try the best that i can not to cross the limit that I have set to myself.

Adalah tak adil untuk menjatuhkan hukuman bila satu-satunya yang layak untuk menjatuhkah hukum, Allah.

Macam mana keadaan pun, morality harus berpandukan agama. That is how it suppose to be.

Niat sama sekali tidak boleh menghalalkan cara. Cara-cara menghentam golongan LGBT semata-mata kerana niat mahu menyedarkan mereka itu adalah salah.

And another important thing from me, instead of FIGHTING for #SeksualitiMerdeka, why not change it to REQUEST or ASK for it.

Don't fight for equal rights. Dont fight to make yourself be heard by other people. Don't use the negative word, fight.

Remember, when there is a fight, there will always be resistance. The harder the fight, the harder the resistance and fight back will be.

Assalammualaikum.. =)


Saturday, September 24, 2011

burung VS buku

Buku..



Masuk opis, switch PC, bukak site ni dulu.



Masa firewall opis still ramah tamah, still boleh main fishville, farmville, mafia wars.


Then, firewall dah kedekut n tak kasik lagi bukak site2 game tu.


Agak kronik jugak la withdrawal syndrome bila tak dapat main game-game tu.

Kalu buat keje, buku tetap maintain bukak. Once every 5 minutes, nak je komen2 ato senarnya, carot2 kat page kenkawan. 


Lepas tu, burung pun diintroducekan kat dunia ni.


Memula taknak sign up site tu. Kekwat kau tau! Alasan - bosan la. Nak fokus kat buku je la. Takde banyak sangat bole dibuat ngan burung tu la. 


Then, being the usual me, I'll get bored to buku. Kawan2 kat buku tu pun macam ombak. At one point, aku ada 800+ kawan dalam tu. 


Rasa bosan kat most of them sebab banyak yang senyap je. 


Tegur tak pernah. Komen tak pernah. Mesej pun haram.


So, almost 50% of them aku delete dari friendlist. 


Strangers,


Officemates,


Kenkawan sekolah lama,


Kenkawan Kolej.


Memang banyak giler aku delete.

Kekwat kan??

Then, bila dah semakin bosan, aku pun mulakan tabiat suspend account. 

Memula tu, kelakar jugak sebab ada kawan yang marah2. Cakap aku block or delete dia. So, kene explain. 


Dalam blog ni pun dah ada entry pasal tu.


Sebulan atau dua bulan sekali, akan diulang2 tabiat ni. 


Now, aku dah bosan pulak aktiviti suspend2 account ni.


Dalam salah satu aktiviti suspension tu, aku cuba aktifkan diri dengan burung.


Memula awkward jugak. Tak reti nak pakai n bodo-bodo je.


Now, dah ketagih nak main burung je.


Sebelum tido, last thing aku buat, aku tgk burung.


Bila bangun tido, first thing aku buat, aku tengok burung aku.


Aku sanggup baca beratus2 menda dalam burung tu ada sekali, sampai 500+ 


Seronok sebab macam2 yang ada. 


Now, aku dah abaikan buku tu. Sekarang ni, sekali sehari je aku bukak. 


Pastu, bila nak baca apa yang kenkawan tulis kat dalam tu, aku rasa bosan lepas 10 or so updates. 


Lepas tu aku tutup. 


Baaaaahahahahahahah..


Sekian pertarungan pusingan pertama antara buku dan burung.


Buat masa sekarang ni, SAYA SUKA BURUNG SAYA.


#eh


#oktenksbai

Thursday, September 22, 2011

Kelentikumera

Hi.

Selamat berkenalan.

Nama lembu ni, lembu stress.

Kegunaan lembu ni, untuk menghiburkan diri empunyanya dikala stress.

Lokasi lembu ni, kat opis saya.

Sebab stress banyak didapati di opis.

Sebab once saya dah melangkah kuar je dari pintu opis, segala2 pasal opis akan ditinggalkan kat opis.

Sebab tu stress banyak kat opis.

Anyway, takde nama spesifik untuk lembu ni ya.

Tapi kalu nak letak jugak nama, Kelentikumera pun sounds cute.

Ok.. Enuff with the introduction.

Sekarang ni nak letak pic lembu yang comel macam sial ni.

Nampk pic dibawah?


Lembu ni berwarna putih badannya dan matanya besar terbonjol berwarna biru.

Tanduk Kelentikumera ni pun berwarna biru.

Comel kan senyumannya. Plus, matanya pun kiut miut macam sial.

Bila stress, genggamlah Kelentikumera ini dengan sekuat hati.

Nanti hasilnya akan jadi begini -


Bertambah tahap kecomelan Kelentikumera ni kan?

Macam namratospatpulohduajuta kali ganda lebih comel dari keadaan sebelom dipicit.

Tapi still, kekadagn tu stress tak hilang jugak.

Sebab Kelentikumera still senyum!

Macam mana bole jadi camni?! Ini tak adil!!

(Ada je option lain. Lempar je si Kelentikumera ke orang penyebab stress tu. Dengan harapan tanduknya yang tajam tu akan menikam dan membocorkan mata si pelaku. HA HA HA HA HA! Baru puas hati aku! Hamek kau madafaka!)

Oke lah.

Sekian.. Tu saja kali ni untuk entry blog yg merapu-rapu yang jarang di update lately ni. Weols MALAS nak update blog weols ni tau tak uols sekaliannn!!

Oh ya.

Selamat Hari Raya. Maaf Batin (sahaja ye. Saya tak penah menkasari zahir kalian.). Pada bekas-bekas skendel sekalian, pada bekas kawan-kawan sekalian, pada seluruh pembaca dan pemfolow terbahekk blog saya yang tahpape ni.

Dengan ucapan, saya maafkan korang sumer. Hihiks.. =P

p/s: Jangan nak marah lagi dah lepas ni. Kalau marah2 lagi, ai fak u lelaju karang, baru tau.

#kbai

p/p/s: saya aktip gilababi tahap Kelentikumera ngan #twitter skang ni. ala2 nak jadi #tahitwitter.. so, pada yang ada twitter tu, jangan malu, folow saya eh... =P

Klik je kat badge twitter saya kat sblah ni..

#kbai

Monday, August 15, 2011

i'm.just.a.little.bit.caught.in.the.middle

I'm.just.a.little.bit.caught.in.the.middle
Life.is.a.maze.and.love.is.a.riddle
I don't know where to go I can't do it alone I've tried
And I don't know why

Salam semua... Dah lama giler tak update blog secara bertulis ni (entry sebelum ni pasal Arwah Ishak, saya cut-paste dari notes yang saya taip kat Facebook saya.)

Okeh. Start menulis entry ni - 

Kenal kan dengan lirik lagu kat atas tu? "The Show" by Lenka. Memula lagu tu keluar, saya tak minat. Saya rasa lagu tu slow giler dan tak best. Saya ingat lagi, time tu Myspace saya still wujud lagi.

Perkenalan saya dengan seseorang dalam Myspace tu menyebabkan saya merubah pendapat saya kat lagu tu. Orang tersebut letak status dia kat page dia tu, the first two line in the first paragraph of the song - 

I'm.just.a.little.bit.caught.in.the.middle
Life.is.a.maze.and.love.is.a.riddle

Sebijik macam tu lirik tu ditaip. Ada noktah antara words. Orang tu adalah orang yang berjaya mencuri hati saya sejak dari mula-mula perkenalan kat cyber world tu, sampai lah sekarang ni.

Orang yang sama jugak lah yang menghadiakah saya dengan satu (or, seekor?) Mini Teddy Bear yang sangat-sangat comel pada pertemuan kami yang kedua, dan mungkin yang terakhir. 


Sekarang, teddy ni ada kat dalam opis. Depan keyboard saya. Dibawah skrin PC saya ni. Pic diatas tu pulak, screenshot dari iPhone saya. Eventho tarikh kat screeshot tu 6 April, tapi saya dah buat pic teddy tu sebagai wallpaper saya way before that date. Dan sampai ke hari ni lah pic ni saya buat wallpaper saya.

This entry is for you. I know that eventually, sooner or later, you will read this entry. 

Since the day you give me that teddy bear, the last time we met, not even a single day pass by without me thinking of you. I've been writing a lot of entry here in my blog about you. Because I like you. Because I love you. 

Everytime I look at my phone, I will remember you. The way you smile that just melts my heart, the way you express yourself, the way you of being you, the way I am when I'm with you. I do feel extremely happy whenever I receive text sms from you. No one else have ever made me that way. To me, you're my world.

(nak tulis entry ni pun macam dah tungganglanggang ayat sebab i'm afraid to offend you in any way thinkable and unthinkable)

I do miss you every single day. Saya selalu terfikir, sihat ke awak? Apa khabar awak sekarang?

That sms I received from you, wishing me "Selamat berpuasa", is something that really made my day.

No matter where you are right now, what you're doing, whom you are with, I sincerely hope and pray for your well being and happiness (and your mom too).

Because when you're happy, my whole world will be happy. That's more than enough for me.


Salam...

Wednesday, April 06, 2011

Mohd Ishak Bin Mustapha Kamal

Mohd Ishak Mustapha Kamal.





Seorang sahabat saya yang telah pergi selama-lamanya pada pagi Ahad, 20 Mac 2011 akibat barah sistem limfa.

Saya mengenali arwah pada tahun 2004/2005. Waktu tu, saya masih lagi seorang volunteer di Petrosains. Saya masih ingat lagi, pertama kali saya berkenalan dgn arwah, sewaktu arwah masih dalam On Job Training (OJT).

Waktu tu, saya ditugaskan di stesen/section Diorama. Saya sebagai volunteer 'lama', share bits and pieces of knowledge that i have on that station with him.

Memula, rasa menyampah pun ada sbb dia ni mcm poyo sket. Asik2 menyampuk je bila org kasi explaination on things. Inspite of that, he still wants to learn n able to cracks some jokes wif me as if dah lama kenal dia eventho that's the first day we met.

N dia mmg cepat mesra dgn semua org, including saya jugak. And after that, kadang2 kitorang akan ditugaskan dlm station yg sama.

Until a few months later, ada satu school holiday program yg makes our friendship becomes better.

Me, ishak n a few other volunteers (hadi, shafiq, nuril, faten, farah, shahril, shima, etc) were chosen to be the volunteers to conduct the school holiday program workshop.

Because its a new program, so, the training takes longer time than the usual training for other programmes. One month.

Dlm masa sebulan tu, kitorang semua (about 10 of us) berkurung dlm training room, testing d lego mindstorm set n try to familiarise with d system as much as we can.

Masa tu lah kitorang semua get to know each other more. In our group, Is lah yg paling menonjol. Dia n perangai gila2 dia tu. Always manage to makes everyone laughs and we laughs so hard, selalu sampai kuar air mata sbb gelak.

Antara benda2 gila yg dia buat, dia bc instruction on how to operate d lego set tu (in english), gaya mcm org tgh mengaji. Siap letak jari kat telinga n tone suara mcm mengaji. We were like, Is bongokkk!! Tapi lps tu, ramai2 bantai gelak tak kering gusi.

Kalau bosan2, dia ajak menari reramai dlm training room tu. Dan kitorang sengaja menari gila2 kat dpn cctv yg komfem, polis bantuan boleh nampak. Pastu gelak tak ingat dunia.

Lagi, main truth or dare. Antara yg dibuat, paksa faten turun sliding tube, kepala yg turun dulu. Faten tu chubby2 sket. Bila buat mnda tu, mmg bantai gelak tak ingat lah..

And many2 more keletah Arwah Is yg kadang2 tu, buat pening kepala nk layan. He's like that. Able to lighten up n cheer up d mood in where ever the place he is at that time. Ada masa2 serius, tapi, most of the time, its cheerful moments.

Never ever ada kenangan yg kurang atau tak menyenangkan kalau dgn arwah Is. Kekadang tu, dia ada gak cerita masalah dia pada saya n jugak kitorang sumer2, tp tak pernah sebagai sebab nk buat alasan utk cari simpati kwn2nya.

Dia cerita sumer masalah dia tu pun sbb kitorang paksa dia cerita. Kalu tak, mmg takkan keluar dr mulut dia apa2 psl masalah dia.

Banyak sharing session n luahan perasaan tu happens durig 'the truth or dare' games yg kitorang buat selalu.

He's also very professional. Sangat suka tgk dia mengajar participants2 lego. Sabar n cara pengajaran dia tu, simple n seboleh2nya, dia akan buat semua org faham.

At the end of d workshop, mmg penat, mmg sangat obvious sbb physically n mentally, semua volunteers yg involved dlm workshop tu kepenatan.

Being Ishak, he manage to make us forgets all those tiredness n cheer us up dgn gaya gila2 dia tu.

Memula, dia memang ada ckp pd saya yg dia berminat nk jadi facilitator kat petrosains sbb mengajar/facilitate org adalah menda yg dia suka.

Tapi maybe takde rezeki dia bekerja kat petrosains. Jawatan terakhirnya ialah lecturer di salah satu kolej kat shah alam. He manage to work in the field that he loves to do. To teach other people.

Kali terakhir saya jumpa arwah, sewaktu malam harijadi saya. Nov tahun lepas. Saya, arwah Is, nuril, Teesilia, idayu n aidil berkaraoke dia pavilion. Mmg sangat obvious yg arwah nampak tak sihat. Badannya panas, dan arwah batuk2.

Saya dan kwn2 lain tak suspek langsung yg arwah ada penyakit yg serious, lebih2 lagi kanser. Saya bising2 gak malam tu, suruh arwah berhenti atau kurangkan merokok sbb arwah mengadu dah lama batuk n sakit tekak.

Sebelum ni, kalau diajak berjumpa beramai2 camtu, selalunya arwah tak dpt dtg sbb ada urusan lain. Tp mlm tu, arwah dtg juga walaupun tak berapa sihat.

Akhir tahun lepas, mama arwah meninggal dunia. Arwah selalu bercerita tentang mamanya pada kami waktu training lego. Arwah sangat sygkan mamanya.

Dlm 3 minggu lps, saya diberitahu sahabat baik arwah yg arwah Is dimasukkan ke hospital sebab doc ada jumpa ketumbuhan dia lehernya - kanser.

Akhirnya, pada pagi tadi saya mendapat khabar arwah sudah tiada lagi. Innalillahiwainnaillaihirojiun...

Allah lebih menyayangi arwah. Lebih kurang 80hari arwah ishak menyusul selepas meninggalnya ibu arwah.

Kami semua terasa sangat2 kehilangan arwah. Walau usianya singkat, tapi arwah berjaya memberi impak yg sangat bersar pada sesiapa yg bertuah yg dpt mengenali arwah.

Semangat arwah, sikap yg sentiasa positif, auranya yg menyenangkan dan segala2 mengenai personaliti arwah yg sangat2 disenangi rakan2nya termasuk kami.

Saya dan empat rakan yg lain (nuril, aidil, shafiq n farah), sempat melawat arwah selepas mayatnya dibawa pulang.

Sayu dan sangat hiba bila saya melihat jasad seorang sahabat saya terbujur kaku di tengah2 rumah. Rupa arwah sangat bersih. Dia kelihatan seperti org yg sedang tidur nyenyak. Sangat tenang. Menitis air mata bila mengenangkan kenangan yg saya, arwah dan rakan2 yg lain dah lalui bersama2.

Tak ada lagi Ishak yg kedua. Ada di kalangan kawan2 arwah yg memanggilnya boy. Tapi kami selesa memanggilnya Is atau Ishak.

Bila saya membaca wallpost arwah di FB ni, dari anak2 didik arwah dan rakan2nya, mengalir lagi air mata. Begitu ramainya yg sayangkan dan sukakan arwah. Tak kira kaum. Saya sangat tersentuh.

Ya Allah.. Ampunkan dosa2 sahabat kami ini ya Allah. Permudahkan hisab amalnya, lapangkan kuburnya, hindarkan dan peliharalah dia dari siksa kubur, tempatkan dia dikalangan hamba-hambaMu yg beriman, payungi dan naungi arwah dengan limpahan rahmat dan kasih sayangMu. Ampukan dosa-dosanya Ya Rahman.

Ishak, kami sangat-sangat merindui gelak tawa dan keletah kau Is. Terlalu awal kau pergi. Kami sangat2 sayangkan kau. Ishak, semoga rohmu tenang di sana. Amin amin ya Rabbal alamin...

Mohd Ishak Bin Mustapha Kamal
(30 Apr 1984 - 20 Mac 2011)

notakaki: Note ini ditulis pada (Sunday, March 20, 2011 at 11:48pm). Pada malam arwah meninggal dunia. Asalnya,, saya postkan note ni kat dalam FB saya. Dah lama berniat nak postkan menda yang sama dalam blog saya ni. Cuma tak berkesempatan...

Al Fatihah...